omniture

1 dalam 10[1] orang dan 1 dalam 2 pesakit diabetes[2] mengalami Neuropati Periferi manakala 80% pesakit kekal tidak didiagnosis[3]

P&G
2023-05-26 11:53 37

Pakar-pakar Kesihatan Global Terkemuka berkumpul di 'Demystifying Neuropathy Forum' P&G bagi menangani Kebimbangan Kesihatan Awam yang semakin meningkat terhadap Neuropati Periferi

MUMBAI, India, 24 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Sebagai sebahagian daripada Minggu Kesedaran Neuropati 2023, P&G Health, menghimpunkan pakar-pakar kesihatan terkenal di peringkat global dengan 6000 Ahli Profesional Penjagaan Kesihatan dari seluruh Asia, India, Timur Tengah dan Afrika di 'Forum Menyahmistikan Neuropati' ('Demystifying Neuropathy Forum'). Dianjurkan dari Mumbai dan disiarkan secara serentak ke 8 negara, acara khas ini menyaksikan perbincangan tentang panduan klinikal yang terkini berhubung saringan dan pengurusan kebimbangan kesihatan awam yang semakin meningkat terhadap Neuropati Periferi.

Meja Bulat Minggu Kesedaran Neuropati P&G 2023
Meja Bulat Minggu Kesedaran Neuropati P&G 2023

Neuropati Periferi (PN) ialah keadaan klinikal yang kronik, yang mana sistem saraf periferi rosak. Gejala Neuropati Periferi termasuk rasa kebas, kesemutan, tercucuk-cucuk dan sensasi terbakar pada tangan dan kaki. Penghidap PN melaporkan impak ke atas kualiti hidup mereka termasuk keupayaan fizikal yang berkurangan dan kurang tidur. Selain Diabetes Melitus, obesiti, penyalahgunaan alkohol dan kekurangan vitamin B merupakan faktor-faktor risiko tinggi yang lain yang membawa kepada kerosakan saraf periferi.

Aalok Agrawal, Naib Presiden Kanan, P&G Health, Asia, India, Timur Tengah & Afrika berkata, "1 dalam 10 orang dan 1 dalam 2 pesakit diabetes mengalami Neuropati Periferi. Namun begitu, ramai yang tidak sedar bahawa diagnosis awal membolehkan hasil rawatan yang berjaya dan saraf rosak boleh dijana semula sekiranya kerosakan saraf belum berkembang terlalu jauh.[4] Peneraju dalam Kesihatan Saraf, P&G Health komited untuk mengupayakan hasil rawatan yang lebih baik dan meningkatkan kualiti hidup untuk pengguna sejak tahun 1962. 'Demystifying Neuropathy Forum' kami menyaksikan panel pakar berbilang disiplin dari seluruh dunia dan rantau ini berkumpul untuk berkongsi cadangan klinikal mereka mengenai penilaian dan etiologi Neuropati Periferi dan pendekatan rawatan yang holistik termasuk peranan vitamin B dalam menyokong fungsi-fungsi saraf yang sihat."

Berucap di forum tersebut, Prof. Rainer Freynhagen, Ketua Jabatan, Anestesiologi, Perubatan Penjagaan Kritikal & Perubatan Kesakitan di Benedictus Hospitals Tutzing & Feldafing Germany menyatakan, "Neuropati Periferi dan kesakitan dengan komponen neuropati adalah sangat lazim dalam populasi umum. Doktor-doktor di serata dunia menyaksikan berjuta-juta pesakit menderita keadaan ini setiap hari yang agak mudah untuk didiagnosis namun mencabar untuk dirawat, terutamanya pada peringkat lanjutan. Sekitar 10% daripada populasi umum di seluruh dunia terjejas oleh kesakitan neuropati dan 50% daripada pesakit ini tidak diurus secukupnya[1]. Walaupun mengenal pasti pesakit dengan PN bukanlah sesuatu yang rumit, kajian yang diterbitkan ketika ini merentas negara-negara berbeza mengesahkan bahawa sehingga 80% pesakit kekal tidak didiagnosis dan tidak dirawat. Ramai orang mungkin melaporkan sensasi mereka yang menyakitkan hanya selepas ia menjadi tidak tertanggung namun bagi saya, apa yang jauh lebih penting ialah hakikat bahawa hanya kurang daripada 1/3 daripada doktor yakin dapat mengenali gejala dan petanda PN sewajarnya. Bagi saya, sesuatu yang menggerunkan apabila kebanyakan doktor merasakan bahawa kesakitan neuropati sering mempunyai kepentingan yang paling rendah berbanding gejala-gejala lain, walaupun ia merupakan salah satu masalah yang paling membebankan dengan impak yang sangat besar ke atas kualiti hidup pesakit kami."

Prof. Dr Satish V Khadilkar, Pakar Neurologi Terkenal, Profesor dan Ketua Jabatan Neurologi di Bombay Hospital Institute of Medical Sciences in Mumbai, India menyatakan, "Mendiagnosis Neuropati Periferi ialah satu keperluan yang tidak dipenuhi. PN tidak didiagnosis dan dirawat pada peringkat awal, ia biasanya berkembang menjadi kesakitan neuropati yang boleh membawa kepada beberapa komorbiditi yang memberi kesan ketara ke atas kualiti hidup, kehidupan sosial dan kehidupan bekerja pesakit[5]. Ini termasuk kemurungan, gangguan tidur, kebimbangan yang turut memerlukan rawatan menambah kepada beban ekonomi pesakit. PN diabetes yang menyakitkan mempunyai perkaitan penting dengan gangguan status pekerjaan dan produktiviti kerja. Daripada kalangan pesakit yang bekerja, 59% melaporkan mereka kurang produktif di tempat kerja[6]."

Menurut Dr Ankia Coetzee, Pakar Endokrin, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan University of Stellenbosch, Cape Town, Afrika Selatan, "Setiap kontak dengan pesakit merupakan satu peluang dan doktor rawatan asas boleh memainkan peranan penting dalam mendiagnosis neuropati[7]. Memandangkan sesetengah pesakit mungkin mengalami kesukaran untuk menerangkan gejala mereka dengan betul, menyelidik secara proaktif ciri-ciri PN seperti rasa kebas, sensasi pin dan jarum serta kesemutan, sakit menusuk, sakit seperti tikaman atau kejutan elektrik boleh menjadi titik permulaan yang baik. Ujian sensori yang mudah dijalankan seperti ujian persepsi getaran, ujian tusukan pin, ujian monofilamen dan sebagainya mengambil masa tidak lebih daripada beberapa minit dan membimbing diagnosis, manakala ujian makmal boleh membantu memperhalusi diagnosis tersebut."

Dr Inna Eiberger, Pengarah Perubatan Global, Francais Penjagaan Saraf P&G Health berkongsi, "Vitamin B neurotropik penting untuk kesihatan saraf dan menyokong penjanaan semula saraf. Vitamin B1 memberi tenaga kepada saraf, vitamin B6 membantu penghantaran isyarat dalam saraf, manakala vitamin B12 menyokong penjanaan semula saraf. Satu kajian in-vitro yang dimulakan oleh P&G Health menunjukkan bahawa apabila Vitamin B1, B6 dan B12 ditambah kepada kultur saraf dengan sel saraf sihat, terdapat peningkatan dalam jumlah panjang neurit sebanyak 124% dan peningkatan dalam jumlah kawasan badan sel iaitu 55%. Jaringan saraf sel yang diberikan vitamin B1, B6, dan B12 turut berganda. Eksperimen in-vitro selanjutnya membuktikan bahawa Vitamin B1, B6 dan B12 menyokong pemuluhan sel saraf selepas kerosakan sel saraf."

P&G Health turut mengumumkan kolaborasinya dengan EcoMatcher, sebuah perusahaan sosial untuk menanam 'Global Forest of Care' dengan 2000 batang pokok merentas India, Indonesia, Filipina, Thailand dan Malaysia bagi menunjukkan usaha tanpa henti ekosistem kolektif antara golongan profesional penjagaan kesihatan (HCP), persatuan perubatan dan pihak berkuasa kesihatan ke arah penyelidikan, kesedaran dan pengurusan holistik neuropati periferi.

Latar Belakang P&G Health: P&G Health, bahagian penjagaan kesihatan syarikat P&G, menggabungkan Sains perintis dengan pemahaman terhadap pesakit dan pengguna yang mendalam untuk menyampaikan produk unggul yang dipercayai, berkualiti dan disyorkan yang memperkasa orang ramai untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih bersemangat. Portfolio P&G Health merangkumi jenama-jenama yang terkemuka dalam Respiratori menerusi Vicks® dan Nasivin®, Kehamilan dengan Femibion® dan Clearblue®, Penjagaan Oral dengan Crest® dan Oral-B®, Makanan Tambahan Vitamin dan Mineral dengan Bion3®, Seven Seas®, Evion® dan Sangobion®, Kesihatan pencernaan dengan Metamucil®, Prilosec OTC®, Pepto Bismol® dan Align®, Neurobion® serta Dolo-Neurobion®.

Rujukan:

1. Attal N et al, Lancet Neurol 2018; 17: 456–66

2. Kumar S, et al. Laser Therapy 2016;25: 141–144

3. Ponirakis G et al, J Diabetes Investig 2019; 10: 1558–1564

4. Smith P O et al, Int J Phys Med Rehabil, Vol.11 Iss.4 No:1000667

5. O'Connor AB. Pharmacoecon. 2009;27: 95–112.

6. Allemann CJM. Diab Res Clin Practice. 2015;109: 215–225.

7. Malik RA, et al.J Diabetes Investig 2020 Vol. 2 No. 5

 

Source: P&G
Keywords: Health Care/Hospital Trade show news