omniture

Pesta Canton Memperkenalkan Sumber Global Baharu untuk Rakan Kongsinya - Program Pertukaran Sumber Media (MREP)

The Canton Fair
2014-05-16 12:05 132

GUANGZHOU, China, 16 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Pertukaran maklumat yang menepati masa antara penganjur sesuatu pameran perdagangan serta rakan kongsi dagangan, pembeli dan juga penjual mereka sudah lama memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan hubungan perdagangan antara peniaga. Pesta Canton juga tidak terkecuali dan pada tahun ini, bagi Pesta Canton ke-115, para penganjur telah menjalankan program MREP secara besar-besaran dengan jayanya. Persetujuan bernilai sehingga lebih USD110,000 telah dibantu untuk dimuktamadkan melalui penggunaan sistem MREP ini.

Apakah MREP? MREP ialah platform media yang boleh menghubungkan lebih 210,000 pembeli global secara terus kepada lebih 24,000 pembekal Cina dan pasaran Cina yang lebih luas. Inilah platform yang benar-benar boleh membawa perbezaan kepada apa jua syarikat yang menjalankan perniagaan di Pesta Canton, sama ada membeli atau menjual.

Kini terdapat 15 organisasi perdagangan dan perniagaan dari seluruh dunia yang sedang bekerja secara aktif bersama program MREP, daripada Dewan Perniagaan Awam Hong Kong sehingga Jelajah Perniagaan Orbit di India kepada Dewan Perniagaan Brazil-China kepada Persatuan Perikatan Usahawan Kanada-China.

Apa jua organisasi yang mendaftar untuk MREP, selain menerima layanan VIP untuk sehingga 3 orang daripada organisasi itu, juga akan menikmati manfaat pendaftaran pantas, penggunaan ruang santai VIP, kupon makan tengah hari dan minuman serta bantuan daripada pihak penganjur bagi membantu pengenalan perdagangan. Mereka turut menerima capaian kepada sumber katalog pempamer Pesta Canton, pengiklanan percuma di laman sekunder laman web Pesta Canton, selain dimasukkan dalam Buletin Pesta Canton. Tambahan lagi, pihak penganjur akan menyediakan perkhidmatan pemadanan perdagangan bagi membuatkan pertemuan pedagang dengan kepentingan yang sama menjadi lebih mudah. Kaedah perkhidmatan lain juga boleh dibawa berbincang.

Katalog pempamer diterbitkan tiga kali sewaktu setiap sesi Pesta Canton, satu edisi bagi setiap fasa dengan pengedaran keseluruhan sampai kepada lebih 100,000 pempamer serta rakan kongsi. Buletin ini diterbitkan sekali sahaja dengan 50,000 salinan diedarkan dan turut mengandungi maklumat berguna daripada Kementerian Perdagangan tentang dasar perdagangan berserta pesanan daripada para pegawai perdagangan tempatan yang berada di seluruh China.

Pihak penganjur tidak sabar-sabar lagi untuk menerima lebih banyak permohonan untuk MREP dan untuk mengalu-alukan rakan baharu serta rakan lama, ke Pesta Canton ke-116 pada bulan Oktober tahun ini.

Bagi menyertai MREP dan untuk mendapatkan maklumat lanjut sila lawati www.cantonfair.org.cn/cn/mrep/

Source: The Canton Fair
Keywords: Computer/Electronics Household/Consumer/Cosmetics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Trade show news