omniture

Pertandingan Global SF Airlines untuk Skim Rekaan Corak Khas Pesawat Boeing 747 Rasmi Bermula

SF Airlines
2018-04-24 19:18 653

Hadiah bernilai 100,000 Dolar AS!

SHENZHEN, China, 24 April 2018 /PRNewswire/ -- Pada 20 April 2018 (Waktu Beijing), "Pertandingan Global SF Airlines untuk Skim Rekaan Corak Khas Pesawat Boeing 747" dimulakan secara rasminya. Penajanya, SF Airlines Co., Ltd. akan memberikan hadiah wang tunai bernilai 100,000 dolar AS bagi mendapatkan idea-idea kreatif daripada bakat-bakat kreatif dan reka bentuk di seluruh dunia untuk rekaan corak khas serba baharu Pesawat 747-400ER, yang diharap dapat meningkatkan imej korporat dan pengaruh jenamanya.

Global Livery Design Competition for SF Airlines’ 747 Freighter
Global Livery Design Competition for SF Airlines’ 747 Freighter

 

SF Airlines,wholly-owned subsidiary of SF holdings
SF Airlines,wholly-owned subsidiary of SF holdings

SF Airlines Co., Ltd., penganjur pertandingan berkenaan, ialah subsidiari milik penuh SF Holdings, penyedia perkhidmatan logistik komprehensif yang terkenal di China. Beribu pejabat di Shenzhen, Wilayah Guangdong, SF Airlines komited untuk menyediakan perkhidmatan pesawat udara yang selamat dan cekap untuk SF Express. Ia mengendalikan lebih 40 pesawat dan jaringan perkhidmatannya diperluas kepada hampir 50 bandar dan kawasan di dalam dan luar China.

Pada akhir tahun 2017, SF Airlines mengadakan lelongan yang berjaya melalui platform lelong dalam talian yang terkenal di China untuk dua pesawat Boeing 747-400ER, menandakan pencapaian penting dalam pembinaan armada pesawatnya. "Pertandingan SF Airlines Global untuk Skim Rekaan Corak Khas Kapal Terbang Boeing 747" disesuaikan untuk mereka bentuk corak khas dua pesawat bersaiz besarnya. Pada tahun 2018, karya seni daripada bakat-bakat kreatif akan terbang ke udara bersama-sama pesawat Boeing 747 SF Airlines manakala perkhidmatan SF akan turut terbang ke seluruh dunia bersama-sama pesawat Boeing 747 SF milik sendiri dengan rekaan corak khas serba baharu.

Laman Sesawang Pertandingan: http://pk.arting365.com/sfairlines

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180423/2111863-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180423/2111863-1-b

Source: SF Airlines
Keywords: Air Freight Art Banking/Financial Service Transportation