omniture

Pemandu Canberra Diundang Ambil Bahagian dalam Percubaan Kenderaan Automatik Utama Dunia

Seeing Machines
2018-04-24 22:19 686

CANBERRA, Australia, 24 April 2018 /PRNewswire/ -- Seeing Machines, peneraju industri bagi teknologi visi komputer yang membolehkan mesin melihat, memahami dan membantu orang ramai, melancarkan fasa satu bagi percubaan kenderaan automatik yang terkemuka di dunia, CAN Drive, disokong oleh Rachel Stephe-Smith MLA dan Kerajaan ACT, yang menyatakan komitmen sebanyak A$1.35 juta untuk projek ini.

Ken Kroeger, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Seeing Machines, melancarkan Fasa 1 CAN Drive di Canberra
Ken Kroeger, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Seeing Machines, melancarkan Fasa 1 CAN Drive di Canberra

CAN Drive, percubaan kenderaan automatik yang pertama di dunia yang menumpu pada tingkah laku pemandu, menggunakan teknologi Seeing Machines, sedang dijalankan di Trek Latihan Pemandu Sutton Canberra, bagi menguji sepantas mana pemandu boleh bersedia untuk meneruskan kawalan kenderaan automatik.

Perisian Seeing Machines mengawasi pergerakan dan ekspresi wajah pemandu bagi menentukan sama ada mereka menumpu perhatian yang secukupnya dan membunyikan amaran sekiranya mereka perlu melihat jalan raya dan mengekalkan kawalan penuh terhadap kenderaan.

"Kerajaan ACT berbangga kerana dapat menjalin perkongsian industri dengan syarikat tempatan Seeing Machines bagi menjalankan ujian percubaan ini," kata Rachel Stephen-Smith MLA. "Seeing Machines menerajui dunia dalam menafsirkan interaksi antara individu dan mesin, memandangkan semakin banyak kenderaan automatik dibangunkan."

"Canberra ialah sebuah bandar yang progresif dan berkembang maju yang meraih reputasi sebagai platform ujian Australia untuk teknologi baharu yang inovatif dan model perniagaan yang dapat menambah baik kehidupan penduduk kami: kami menyokong Uber ke dalam bandar kami, kami menjadi tuan rumah untuk ujian percubaan penyerahan dron yang pertama di dunia dan kini kami mempelopori penyelidikan bagi menjadikan kenderaan automatik lebih selamat," tambah beliau.

Seeing Machines menyeru pemandu Canberra yang berminat untuk mengambil bahagian dalam ujian percubaan ini. Susulan daripada fasa pertama ini di Trek Latihan Pemandu Sutton, ujian percubaan akan diteruskan ke fasa kedua, yang mana ia dijangka untuk beralih ke jalan raya Canberra bagi mengkaji tingkah laku pemandu dalam keadaan dunia sebenar.

Pengerusi Seeing Machines Ken Kroeger mengulas: "Data yang kami kumpul dalam ujian percubaan seperti CAN Drive adalah penting bagi memajukan tahap keselamatan komuniti seluruh dunia. Teknologi-teknologi automatik semakin muncul dalam banyak sektor pengangkutan dan menjadi matlamat Seeing Machines, melalui platform pengawasan pemandu kami, untuk membantu memajukan perkembangan ini dengan menjadikan aspek keselamatan sebagai keutamaan terpenting. Sokongan berterusan daripada Kerajaan ACT dapat membantu Seeing Machines mengekalkan kedudukan kepimpinannya tatkala kami membangunkan teknologi teras kami bagi memenuhi keperluan rakan kongsi, pelanggan dan pihak berkepentingan kami."

Orang ramai yang berminat untuk mengambil bahagian dalam percubaan ini perlu menghubungi marketing@seeingmachines.com.

Latar Belakang Seeing Machines

Seeing Machines (LSE: SEE) ialah peneraju industri bagi teknologi visi komputer yang membolehkan mesin melihat, memahami dan membantu orang ramai. Syarikat menggunakan platform visi pembelajaran mendalam FOVIO untuk memberikan pemahaman waktu sebenar tentang pemandu melalui analisis AI terhadap kepala, wajah dan mata untuk Sistem Pengawasan Pemandu (DMS), yang memantau tahap tumpuan pemandu termasuk ketika mengantuk dan gangguan. DMS semakin dianggap sebagai teknologi keselamatan automotif teras serta teknologi pemungkin untuk Pemanduan ADAS/Berautonomi. Penyelesaian kumpulan komersial rintis Syarikat (Guardian) memberikan sistem intervensi keselamatan dalam kabin selepas jualan dengan perkhidmatan pengawasan sepanjang masa dan analitik awan yang diberikan menerusi SaaS telematik. Syarikat turut menyediakan perkhidmatan kepada pasaran Penerbangan, Kereta Api dan Luar Jalan Raya, dan turut berusaha menginovasi dalam pasaran-pasaran baharu. Berpangkalan di Canberra, Australia dengan hasrat untuk berkembang di AS dan Eropah, Syarikat menyediakan penyelesaian berbilang platform bermula daripada perisian terbenam dan pemproses kepada penyelesaian sistem dan perkhidmatan selepas jualan kepada pemimpin-pemimpin industri di seluruh dunia. www.seeingmachines.com.

Pertanyaan Media

Sophie Nicoll
sophie.nicoll@seeingmachines.com  
Tel. +61 (0) 419-149-683

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180423/2111835-1

Source: Seeing Machines
Related Stocks:
LSE:SEE
Keywords: Auto Computer/Electronics Internet Technology Machinery Transportation New products/services