omniture

Giorgio Armani Beauty Sukacita Umum Pelanjutan Kolaborasi Berpanjangan Dengan Cate Blanchett

Giorgio Armani Beauty
2018-05-22 19:12 840

MILAN, 22 Mei 2018/PRNewswire/ --

Giorgio Armani Beauty dengan sukacitanya mengumumkan lanjutan kolaborasi berpanjangan bersama Cate Blanchett, yang menjadi wajah minyak wangi Sì sejak dicipta pada tahun 2013, termasuk Sì Passione yang terkini.

generated by system

Setakat ini, pelakon pemenang Anugerah Academy itu akan mewakili semua kategori Giorgio Armani Beauty. Selain minyak wangi Sì, beliau akan turut mewakili produk alat solek dan penjagaan kulit, menjadikan beliau sebagai Duta Kecantikan Global pertama jenama ini.

Cate Blanchett mempunyai segala-gala yang menjadi pegangan wanita Giorgio Armani. "Bersinar dan sofistikated, keangunan semula jadi dan kecantikan tersendiri beliau menggamit perhatian," kata Giorgio Armani. "Saya berasa sukacita kerana dapat mengukuhkan perkongsian berpanjangan kami."

Apabila menyebutkan tentang kecantikan, visi Giorgio Armani terhadap kewanitaan moden bertumpu pada pendedahan berbanding pengubahan. Sesungguhnya, menerusi produk inovatif yang unik, rangkaian produk alat solek dan penjagaan kulit membolehkan wanita meningkatkan kecantikan semula jadi mereka, menjadi diri mereka yang terbaik.

Menerusi filem-filem termasuk Oceans 8, Where'd You Go Bernadette, The House with a Clock in its Walls dan Mowgli yang semuanya bakal ditayangkan pada tahun 2018, Cate Blanchett juga menjadi Presiden Juri Festival Filem Cannes tahun ini.

Source: Giorgio Armani Beauty
Keywords: Cosmetics & Personal Care Entertainment Household/Consumer/Cosmetics New products/services