omniture

Bahagian Perkhidmatan Klinikal WCG (WIRB-Copernicus Group) Buka Pejabat di Jepun

WCG Clinical Services
2018-05-22 21:04 1698

WCG luaskan kehadiran sokongan penyelidikan klinikal global

PRINCETON, New Jersey, 22 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Bahagian Perkhidmatan Klinikal WCG™ (WIRB-Copernicus Group®), penyedia penyelesaian yang terkemuka di dunia yang meningkatkan kualiti dan kecekapan penyelidikan klinikal yang boleh diukur, hari ini mengumumkan pembukaan pejabat baharu syarikat di Tokyo, Jepun. Peluasan kehadiran WCG di rantau Asia Pasifik akan mengukuhkan kebolehannya bagi menyokong percubaan klinikal global yang semakin rumit, khususnya dalam bidang-bidang kritikal iaitu pembangunan ubatan dan diagnostik untuk onkologi dan penyakit sistem saraf pusat (CNS).

"Pejabat Tokyo WCG akan menjadi pusat Bahagian Perkhidmatan Klinikal kami di Asia, serta pusat kecemerlangan Kumpulan Penglibatan Pesakit kami yang semakin berkembang," kata Donald A. Deieso, PhD, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif WCG. "Dengan meluaskan jejak WCG di luar negara, kami dapat membantu memastikan setiap percubaan, khususnya percubaan yang paling rumit dan mencabar, dapat memanfaatkan kemajuan terkini kami dalam pengoptimuman percubaan, pengesanan isyarat dan perekrutan pesakit."

WCG mengekalkan kehadiran aktif di 65 negara seluruh dunia, membantu penaja penyelidikan, organisasi penyelidikan kontrak (CRO) dan tapak penyiasatan berganding bahu dengan lebih berkesan bagi menjalankan percubaan klinikal yang lebih pantas, lebih selamat dan lebih boleh diramal.

Dalam dekad yang lalu, Asia menjadi destinasi yang semakin menarik untuk penyelidikan klinikal, dengan adanya infrastruktur percubaan klinikal yang direka bagi menggalakkan kepantasan, keberkesanan kos dan kualiti. Dengan populasi seramai lebih empat bilion orang, Asia turut menyediakan penaja penyelidikan dengan akses kepada sejumlah besar pesakit bagi tujuan perekrutan percubaan klinikal.

Latar Belakang WCG (WIRB-Copernicus Group) 
WCG (WIRB-Copernicus Group) ialah penyedia penyelesaian yang terkemuka di dunia yang meningkatkan kualiti dan kecekapan penyelidikan klinikal yang boleh diukur. Organisasi perkhidmatan klinikal (CSO) pertama dalam industri, WCG membolehkan syarikat-syarikat farmaseutikal, CRO dan institusi-institusi mempercepatkan penyediaan rawatan dan terapi baharu kepada pesakit, sekaligus mengekalkan piawaian tertinggi terhadap perlindungan subjek manusia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.wcgclinical.com atau ikuti kami melalui Twitter @WCGClinical.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/659075/WCG_Logo_Logo.jpg  

 

Source: WCG Clinical Services
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Corporate Expansion