omniture

FxPro dan Pasukan McLaren F1™ Umum Perjanjian Perkongsian

FxPro
2018-05-26 02:39 1928

LONDON, 26 Mei 2018 /PRNewswire/ --

Broker dalam talian FxPro dan Pasukan McLaren F1™ dengan sukacitanya mengumumkan perjanjian perkongsian berbilang tahun. Bermula daripada Monaco Grand Prix (24-27 Mei), McLaren MCL33 akan menampilkan penjenamaan FxPro ternama, menonjolkan kedudukan firma sebagai broker dalam talian nombor satu di dunia.

generated by system

Zak Brown, Ketua Pegawai Eksekutif, McLaren Racing, mengulas:

"Kami dengan sukacitanya mengalu-alukan FxPro sebagai rakan kongsi rasmi pasukan McLaren Formula 1. Kedua-dua FxPro dan McLaren komited terhadap inovasi dan kecemerlangan dalam bidang mereka, menjadikan perkongsian ini sesuatu yang sudah dapat dijangkakan. Dengan lebih 50 anugerah tempatan dan antarabangsa milik mereka, FxPro telah membuktikan kebolehannya menunjukkan prestasi di peringkat tertinggi."

Dengan lebih 250 juta pesanan dilaksanakan dan sehingga 7000 pesanan diproses setiap saat, FxPro amat menyedari adanya cabaran melibatkan persekitaran bertekanan tinggi dan prestasi tinggi. Perkongsian ini mengukuhkan komitmen terhadap kecemerlangan dan inovasi yang dikongsi oleh McLaren dan FxPro.

Ketua Pegawai Eksekutif FxPro, Charalambos Psimolophitis, mengulas:

"Kami berasa bangga kerana dapat memeterai perkongsian berbilang tahun ini bersama McLaren, pasukan yang mempunyai sejarah tersohor dan masa depan menarik. Kami sentiasa mencari rakan kongsi yang berkongsi minat yang sama terhadap kecemerlangan dan kejayaan, dan McLaren merangkumi nilai-nilai tersebut dengan sempurna."

Ilya Holeu, Ketua Pegawai Pemasaran, FxPro, mengulas:

"FxPro sentiasa menjadi perintis berwawasan dalam segala-gala yang kami lakukan, bermula dengan pelbagai tajaan sukan bertaraf dunia kepada cara kami menghargai nama kami dan cara kami menjalankan perniagaan. Tajaan sukan telah lama menjadi bahagian penting dalam program bantuan kami dan kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan McLaren untuk meneruskan usaha ini."

Nota untuk Media 

Latar Belakang FxPro: FxPro ialah broker dalam talian yang memenangi anugerah, menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan runcit dan institusi di lebih 150 negara. FxPro memberi akses kepada harga kompetitif dan kecairan mendalam tanpa campur tangan meja urusniaga (tertakluk kepada Dasar Pelaksanaan Pesanan FxPro) melalui platform dagangan termajunya, teknologi pelaksanaan dan instrumen algoritma unggul.

Sekiranya anda mempunyai soalan, sila hubungi pasukan Perhubungan Awam, yang boleh dihubungi di talian +44-(0)-20-7776-9720, atau melalui emel di pr@fxpro.com, https://www.fxpro.com/.

Source: FxPro
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Sporting Events Sports Licensing/marketing agreements