omniture

Hampir 1,500 Ahli Profesional dari Lebih 60 Negara Hadiri Kongres Kekacang dan Buah Kering Dunia XXXVII di Seville, Sepanyol

International Nut & Dried Fruit Council (INC)
2018-05-26 02:49 2871

SEVILLE, Sepanyol, 26 Mei 2018 /PRNewswire/ --

  • Acara antarabangsa terbesar dalam industri kekacang dan buah kering pecah rekod kehadiran dengan hampir 1,500 peserta dari lebih 60 negara
  • Industri ramalkan jumlah pengeluaran kekacang dan buah kering yang cerah untuk musim 2018/2019
  • Pakar-pakar tersohor, Prof. Jordi Salas-Salvadó dan Dr. Ramon Estruch ambil bahagian dalam Perkembangan Terkini Kajian Pemakanan
  • Kongres INC berikutnya akan diadakan di Boca Raton, Florida, mulai 22 hingga 25 Mei 2019

Majlis Kekacang & Buah Kering Antarabangsa (INC) meraikan Kongres Kekacang dan Buah Kering Dunia XXXVII antara 21-23 Mei 2018, di Seville, Sepanyol. Dengan hampir 1,500 hadirin, satu-satunya acara dan yang terbesar dalam industri kekacang dan buah kering itu telah memecahkan rekod kehadirannya.

generated by system

Ahli-ahli profesional dari lebih 60 negara menghadiri Kongres selama tiga hari itu bagi berkongsi ilmu pengetahuan dan idea berkaitan pembangunan pasaran, rantaian bekalan, penggunaan, inovasi produk, keselamatan makanan, pemakanan dan penyelidikan. Kongres ini mempunyai 18 sesi termasuk sesi meja bulat, seminar dan pembentangan oleh penceramah ucapan dasar.

Pengeluaran Kekacang dan Buah Kering yang Cerah
Pemimpin-pemimpin industri meramalkan jumlah pengeluaran kekacang dan buah kering yang cerah untuk musim semasa, mengekalkan trend perkembangan yang berterusan pada tahun-tahun lalu. Semasa sesi meja bulat yang diadakan di Kongres tersebut, pengeluaran oleh pokok kekacang dunia 2018/2019 diramalkan mencecah 4.5 juta tan metrik (berdasarkan isirong, kecuali pistasio dalam kulit), meningkat sebanyak 5% berbanding musim terdahulu dan meningkat sebanyak 27% berbanding purata 10 tahun sebelumnya. Anggaran awal ini konsisten dengan trend positif yang diperhatikan semasa dekad lalu.

Pengeluaran badam semakin meningkat saban tahun, tanaman 2018/19 diramal mencecah 1.3 juta MT (mengikut isirong). Meningkat sebanyak 5%, tanaman gajus dijangka berjumlah melebihi 800,000 MT. Kenaikan terbesar musim ini dijangka untuk kekacang, pistasio, macadamia dan kacang pekan Brazil. Diramalkan sekitar 29,000 MT, pengeluaran kekacang Brazil dilihat akan pulih daripada kekurangan hasil pada musim lalu dan kembali ke tahap normal semasa 2018/19. Tanaman pistasio dunia juga dijangka meningkat sebanyak 31%, sebahagian besarnya disebabkan oleh tanaman AS yang luas (kembali kepada biasa "mengikut tahun") dan tanaman yang amat produktif dijangka berlaku di Turki. Secara keseluruhan, tanaman macademia dan kacang pekan 2018 diramalkan meningkat masing-masing sebanyak 12% dan 10%, disebabkan oleh peningkatan kawasan tanaman di negara-negara pengeluar utama, manakala bekalan macademia pula dijangka terus berkembang pada tahun-tahun akan datang. Bekalan kacang hazel diramal sama seperti musim sebelumnya. Menurut anggaran awal, tanaman kacang walnut dan kacang pain akan kekal pada tahap purata tahun lalu. Pengeluaran kekacang dunia 2018/19 dijangka mencecah 38.7 juta MT (berasaskan dalam kulit), meningkat sebanyak 3% berbanding purata 10 tahun sebelumnya.

Pengeluaran buah kering dunia diramal mencecah hampir 3.2 juta MT pada 2018/19; meningkat 6% berbanding musim sebelumnya dan 23% berbanding purata 10 tahun sebelumnya, disebabkan oleh peningkatan yang dijangkakan daripada pengeluaran kismis, Sultana dan buah kismis (9%); kurma basah (7%), kranberi kering manis (6%) dan buah prun (5%). Anggaran awal aprikot kering dan buah ara kering dunia meramalkan purata tahap pengeluaran, masing-masing sebanyak lebih 214,000 MT dan 126,000 MT.

Penyampai Ucapan Dasar dan Seminar 
Dr. Andreu Veà, dikenali sebagai "Ahli Biografi Internet " dan menyifatkan diri beliau sebagai "pemerhati dunia" memberi pandangan terhadap "Internet Komunikasi Benda yang Penting", yang mana pakar undang-undang terkenal Antonio Garrigues Walker, Pengerusi Yayasan Garrigues dan Pengerusi Kehormat firma undang-undang Garrigues, memberi gambaran menyeluruh tentang trend geopolitik masa kini. "Kita tidak mempunyai hak untuk bersikap pesimis, kita mempunyai hak untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah," jelas En. Garrigues berhubung kebangkitan populisme masa kini di seluruh dunia.

Kongres tersebut menghimpunkan pakar-pakar pemakanan terkenal seperti Prof. Jordi Salas-Salvadó, Pengerusi Forum Dunia INC untuk Penyelidikan dan Pengagihan Pemakanan dan Dr. Ramon Estruch, Penyelaras Kajian PREDIMED yang mendapat anugerah. Prof. Salas-Salvadó membentangkan tentang "Dapatan Baharu mengenai Kekacang, Buah Kering dan Kesihatan," manakala Dr. Estruch menyampaikan ceramah tentang kajian PREDIMED yang merupakan percubaan pencegahan primer rawak yang terbesar seumpamanya yang menunjukkan bahawa diet Mediterranean biasa yang dilengkapi dengan kekacang adalah bermanfaat bagi mengatasi kejadian beberapa penyakit kronik utama dalam kalangan subjek yang mengalami risiko kardiovaskular yang tinggi. Kajian ini dijalankan di 16 pusat di Sepanyol bersama-sama hampir 7,500 peserta dan median susulan selama 4.8 tahun. "Keputusan menunjukkan pengurangan signifikan (28-30%) bagi gabungan takat akhir serangan jantung, strok dan kematian akibat kardiovaskular," jelas Dr. Estruch. "Para penyelidik mendapati pengambilan diet Mediterranean dengan 30g campuran kekacang (walnut, badam dan kacang hazel) sehari boleh membantu menambah baik penyakit jantung, sindrom metabolik, diabetes, berat dan fungsi otak," simpul beliau.

Program Kongres berkenaan turut melibatkan Seminar Saintifik, dipengerusikan oleh Pino Calcagni dan bersama Dr. Alison sebagai penceramah jemputan yang mengadakan persidangan tentang Pengurusan Bakteriofaj Bahan Cemar Salmonella dalam Buah Anggur. "Penggunaan bakteriofaj, iaitu musuh alami bakteria, ialah satu alternatif yang mungkin berjaya untuk aplikasi agen bakteria konvensional, khususnya dalam pengeluaran organik," ujar Dr. Blackwell. "Setakat ini - tambah Dr. Blackwell - kajian-kajian menumpu terhadap kaedah-kaedah aplikasi bakteriofaj untuk buah-buahan kering dengan tujuan untuk mengurangkan risiko pencemaran awal di peringkat pengeringan, serta menyediakan perlindungan lanjutan terhadap bakteria patogen semasa pemprosesan."

Anugerah INC: Tonjolkan yang Terbaik dalam Industri 
Anugerah INC menyasarkan untuk mengiktiraf pemimpin-pemimpin dan individu-individu berwawasan luar biasa yang menyumbang kepada kecemerlangan industri kekacang dan buah kering. Beberapa individu tersohor dan syarikat menerima pengiktirafan di Kongres INC di Seville. Anugerah Kekacang Emas Individu disampaikan kepada En. Giles Hacking, atas sumbangan beliau kepada sektor INC; Borges Agricultural and Industrial Nuts menerima Anugerah Kekacang Emas Korporat; Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan disampaikan kepada Kumpulan Kajian PREDIMED manakala pemilik Can Bosh Restaurant, Cef Joan Bosch diberi penghormatan menerusi Anugerah Kecemerlangan dalam Gastronomi. Setton Pistachio daripada Terra Bella diiktiraf dengan Anugerah Inovasi INC untuk 100% All Natural Pistachio Chewy Bites.

Akhir sekali, Pengarah Eksekutif INC Goretti Guasch menyampaikan Laporan Tahunan INC pada hari terakhir Kongres. Sebagai sebahagian daripada aktiviti pemasaran, kempen Nuts for a Healthier World (Kekacang untuk Dunia Lebih Sihat) turut diperkenalkan di Seville. Langkah pemasaran ini terdiri daripada beberapa video yang dikaitkan dengan projek solidariti dengan tujuan untuk mempromosikan industri sekaligus menyumbang kepada dunia yang lebih sihat dan lebih saksama. Satu beg campuran Kekacang & Buah-buahan Kering akan disumbangkan kepada orang yang memerlukan setiap kali video tersebut dikongsi dalam media sosial.

Latar Belakang Majlis Kekacang & Buah Kering Antarabangsa
Majlis Kekacang & Buah Kering Antarabangsa (INC) menghimpunkan hampir 800 syarikat daripada sektor kekacang dan buah kering dari lebih 70 negara. INC ialah pertubuhan rujukan antarabangsa berhubung kekacang dan buah kering, kesihatan, pemakanan, statistik, keselamatan makanan, piawaian dan peraturan antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.nutfruit.org.

Bàrbara Branco, press@nutfruit.org, +34-660-392-994

Source: International Nut & Dried Fruit Council (INC)
Keywords: Agriculture Food/Beverages Retail Trade show news