omniture

Foton Motor dan Piaggio Group tandatangani perjanjian untuk pembangunan kenderaan komersial ringan

Foton Motor Group
2018-05-26 03:06 2272

Bersama-sama bangunkan pasaran Eroph dan wujudkan penanda aras "Logistik Tahap Akhir"

PONTEDERA, Itali, 26 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Pada 15 Mei 2018, Foton Motor dan Piaggio Group mengadakan majlis penandatanganan berhubung projek pembangunan bersama bagi produk kenderaan komersial tugas ringan baharu di Itali. Perjanjian ini ditandatangani bersama-sama oleh Naib Presiden Foton Motor Group dan Ketua Pegawai Eksekutif Foton International, En. Chang Rui, serta Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Piaggio & C. S.p.A. (PIA.MI), Roberto Colaninno.

Naib Presiden Foton Motor Group dan Ketua Pegawai Eksekutif Foton International En. Chang Rui dan Pengerusi serta Ketua Pegawai Eksekutif Piaggio Group Roberto Colaninno menandatangani kontrak akhir di Itali bagi tujuan pembangunan dan pengeluaran rangkaian kenderaan komersial tugas ringan empat roda baharu
Naib Presiden Foton Motor Group dan Ketua Pegawai Eksekutif Foton International En. Chang Rui dan Pengerusi serta Ketua Pegawai Eksekutif Piaggio Group Roberto Colaninno menandatangani kontrak akhir di Itali bagi tujuan pembangunan dan pengeluaran rangkaian kenderaan komersial tugas ringan empat roda baharu

Sejak tahun 2016, Foton Motor dan Piaggio Group telahpun menandatangani Memorandum Persefahaman dan Perjanjian Kerangka Kerja berturut-turut. Penandatanganan akhir bagi perjanjian ini menunjukkan bahawa kedua-dua pihak menyempurnakan secukupnya analisis kebolehlaksanaan projek dan secara rasminya memasuki tahap pelaksanaan pembangunan produk baharu. Pasaran Eropah ialah sektor penting untuk susun atur global Foton Motor. Projek pembangunan produk baharu bersama Piaggio Group kali ini bukan sahaja merupakan penyelesaian strategik untuk pempelbagaian global Foton, tetapi turut memperlihatkan resolusi Foton untuk peluasan pasaran Eropah.

Piaggio Group ialah pengeluar motosikal yang terbesar di Eropah, dengan jumlah pengeluaran dan jualan motosikal dua roda tersenarai di tempat pertama dalam pasaran Eropah dan berkembang pesat dalam segmen kenderaan komersial tugas ringan tiga dan empat roda. Pada tahun 2017, jumlah jualan global bagi kenderaan komersial mencecah 176,800 unit.

Sebagai pengeluar kenderaan komersial yang pertama di China, Foton Motor terlibat dalam operasi kenderaan komersial bersiri penuh, termasuk trak tugas sederhana dan tugas berat, trak tugas ringan, VAN, pikap dan bas, Foton Motor mewujudkan usaha sama dengan pengeluar-pengeluar yang terkemuka di dunia, termasuk Daimler, Cummins dan ZF, serta mempunyai lebih 1,000 jaringan jualan dan perkhidmatan yang meliputi 110 negara dan wilayah seluruh dunia. Sentiasa mendepani trend industri kenderaan komersial China di seluruh dunia, Foton Motor kini sedang menggabungkan teknologi maklumat dan teknologi pengilangan serta menyasarkan untuk merealisasikan produk pintar, kilang pintar dan pengurusan pintar.

Jalinan kerjasama antara Foton dan Piaggio Group kali ini merupakan satu pencapaian penting untuk peluasan bersama pasaran auto Eropah untuk kedua-dua pihak. Dengan mengambil peluang ini, Piaggio Group akan merealisasikan penaiktarafan produk kenderaan komersial dalam pasaran Eropah dan dalam masa yang sama memainkan peranan aktif dalam strategi peluasan perniagaan pasaran dan pengukuhan kedudukan pasaran. Produk kenderaan komersial tugas ringan empat roda baharu untuk pasaran Eropah adalah berasaskan platform produk trak mini semasa Foton Motor, yang mewarisi kelebihan trak mini Foton Motor dari segi kualiti produk, keselesaan pemanduan/tunggangan serta penjimatan bahan api dan turut menggabungkan teknologi-teknologi termaju dunia bagi melancarkan penyelesaian pengangkutan logistik dan penumpang serba baharu dan melengkapkan ekosfera logistik bandar "Tahap Akhir" serba baharu. Pada masa depan, kedua-dua pihak akan membangunkan kenderaan elektrik baharu pada masa yang sesuai menerusi sistem kesalinghubungan pintar dan mengikut kesesuaian, menembusi pasaran Timur Tengah, Asia Tenggara, Amerika Tengah dan Selatan serta Afrika.

Jalinan kerjasama China-Eropah membuktikan bahawa Foton Motor bukan sahaja mempunyai sistem pengilangan pengurangan sisa yang terkemuka di dunia, tetapi turut menggabungkan rangkaian produk beraneka dan keupayaan pembangunan menyeluruh. Kerjasama ini merupakan satu langkah kecil untuk Foton Motor terus membawakan strategi globalisasi pasaran Eropah dan juga merupakan lonjakan penting ke arah output teknologi harta intelek yang disokong oleh "Buatan China 2025".

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180524/2142367-1

Source: Foton Motor Group
Keywords: Auto Transportation Licensing/marketing agreements