omniture

ICBC (Asia) Manfaatkan Teknologi Canggih Pacu Penambahbaikan dan Pembangunan Kewangan Rentas Sempadan

Huawei
2018-05-28 09:30 1164

SHENZHEN, China, 28 Mei 2018 /PRNewswire/ --

Kewangan rentas sempadan menjadi titik pertumbuhan baharu ICBC (Asia)

Kewangan rentas sempadan kini berkembang pesat hasil pembukaan pasaran modal China, peluang-peluang yang dibawakan oleh pembangunan Kawasan Teluk Lebih Besar Guangdong-Hong Kong-Macau. Contohnya, Industrial and Commercial Bank of China (Asia). ICBC (Asia) memulakan perniagaan RMB rentas sempadannya pada tahun 2013. Menjelang akhir tahun 2017, bank ini menjalin perkongsian dengan lebih 500 pelanggan perusahaan, disokong oleh penyelesaian hampir 20 mata wang, memproses penyelesaian sebanyak lebih CNY36 trilion RMB, mempunyai lebih CNY30 bilion jumlah deposit dan mencapai pertumbuhan dua angka dalam perniagaan-perniagaan berkaitan.

ICBC (Asia) ialah sebuah bank berlesen yang diperbadankan di Hong Kong dan kini mempunyai 57 outlet runcit, berperanan sebagai yang utama dalam perniagaan perbankan luar negara ICBC Group. Jumlah aset ICBC (Asia) adalah sebanyak HK$898.1 bilion setakat akhir tahun 2017. Dengan berpegang pada strategi perniagaan "Bertapak Kukuh di Hong Kong, Berhubung dengan Tanah Besar China, Merangkumi Seluruh Asia Pasifik dan Berdepan dengan Dunia," ICBC (Asia) merebut peluang-peluang Hong Kong yang menguntungkan sebagai pusat RMB luar pesisir dan meneroka dengan penuh minat perniagaan RMB serta perkhidmatan perbankan rentas sempadan. Pada masa depan, ICBC (Asia) akan menyediakan perkhidmatan berkos rendah yang pelbagai, pembiayaan rentas sempadan (mencakupi IPO dan penerbitan bon), RMB rentas sempadan menyeluruh dan pengurusan aset rentas sempadan bagi menggalakkan pewujudan platform pengurusan aset global di Hong Kong.

Teknologi berkhidmat untuk perniagaan dan cipta nilai

Kewangan rentas sempadan kini berkembang pesat dan keperluan pelanggan terhadap kewangan Internet dan kaedah pembayaran baharu meningkat dengan drastik. Ini membawakan peluang hebat kepada perniagaan kewangan rentas sempadan ICBC (Asia) serta cabaran kepada sistem perniagaan ICBC (Asia) serta infrastruktur ICTnya. Pelanggan mungkin memerlukan bank untuk menyediakan perkhidmatan rentas sempadan yang berkualiti tinggi dalam mod-mod berbeza.

Dengan mematuhi objektif "Teknologi Berkhidmat untuk Perniagaan, Teknologi Mencipta Nilai" ICBC (Asia) meneroka secara berperingkat-peringkat laluan untuk membangunkan aplikasi inovatif menggunakan pengecaman biometrik, rantaian blok, Data Raya, AI dan teknologi pengkomputeran awan. Untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggannya, ICBC (Asia) memahami keperluan pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan pengecaman VIP, strategi jualan dan pemasaran yang tepat, cadangan produk tersuai dan penentuan harga pembezaan. Pencegahan dan kawalan risiko pintar membantu mengesan penipuan urus niaga, risiko kredit dan risiko operasi. Di samping itu, "papan pemuka pengurusan" menyokong proses membuat keputusan, amaran aliran modal tak normal, pencegahan insiden dan pengurusan risiko.

Pada tahun 2016, ICBC (Asia) mula merancang dan menggunakan sistem inovatif dengan menggunakan teknologi ICT terkini seperti pemayaan, Data Raya, pengkomputeran awan dan DevOps. Dengan bantuan seni bina baharu, ICBC (Asia) memperoleh kelebihan kedudukan yang baik untuk persaingan pasaran masa depan. Berdasarkan keperluan pembangunan perniagaan dan teknologi ICBC (Asia), Huawei menyediakan beberapa penyelesaian termaju, seperi Penyelesaian Perbankan Multimedia Digital, Penyelesaian Awan Kewangan Selamat dan Penyelesaian Rangkaian Pusat Data Awan CloudFabric.

Tingkatkan pengalaman pelanggan dalam kewangan rentas sempadan

Bagi menangani isu mod perkhidmatan rentas sempadan, ICBC (Asia) membangunkan "sistem mVTM" berdasarkan Penyelesaian Pusat Hubungan IP (IPCC) Huawei, yang membolehkan pelanggan mengadakan persidangan video bersama penasihat kewangan mereka melalui aplikasi ICBC (Asia) dan mendapatkan khidmat nasihat kewangan profesional pada bila-bila masa dan di mana-mana jua. Penyelesaian ini mempunyai banyak ciri unik, seperti akses multimedia, proses perkhidmatan automatik dan platform penghalaan pintar yang boleh menetapkan panggilan masuk kepada ejen-ejen yang paling sesuai. Menerusi ciri-ciri unik yang disebutkan di atas, IPCC akan menyediakan pesanan ringkas, panggilan suara mahupun perkhidmatan interaksi video. Ini bukan sahaja akan meningkatkan pengalaman pelanggan dengan ketara, tetapi juga mendayakan penjejakan semula perkhidmatan bagi memastikan perkhidmatan yang disediakan memenuhi pematuhan kawal selia.

Pada masa depan, ICBC (Asia) akan membangunkan sistem khidmat pelanggan pintar omnisaluran sepanjang masa bagi menjawab pertanyaan oleh pelanggan. Sistem Robot Sembang (Chatbot) ini akan berupaya memproses arahan suara dalam bahasa Mandarin, bahasa Kantonis (bahasa utama Hong Kong) dan bahasa Inggeris, meningkatkan kecekapan pengendalian perkhidmatan dan kualiti khidmat pelanggan ICBC (Asia).

Menumpu pada keselamatan dan ketangkasan

Bank-bank sentiasa berusaha memperbaiki keselamatan dan ketangkasan, walaupun kedua-dua keperluan ini mengalami konflik pada suatu ketika dahulu. Sebagai contoh, penyulitan dokumen dan keselamatan internet, serangan siber mengancam intranet bank dan data sensitif manakala perkongsian data kerja harian kepada pihak ketiga mungkin membawa kepada kebocoran maklumat sulit dan ini boleh menyebabkan kerugian besar kepada bank dan juga pelanggannya. Atas sebab ini, ICBC (Asia) bekerjasama dengan Huawei untuk meningkatkan pengalaman kerja kakitangan dan dalam masa yang sama melindungi keselamatan maklumat sensitif dalaman. Huawei ialah satu-satunya vendor dalam industri ini yang menyediakan penyelesaian ICT holistik yang melindungi perisian protokol awan komputer meja, kepada perisian pemayaan, pelayan, unit storan, tembok api dan rangkaian. Huawei menggunakan lebih 100,000 akaun awan komputer meja secara dalaman, menyediakan perkhidmatan kepada 180,000 kakitangannya dan mengumpul pengalaman luas sepanjang proses berjalan.

Dengan bantuan Huawei, ICBC (Asia) mencapai pengurusan keselamatan terperinci (mengikut pengguna, rantau dan sumber), pengesahan dan penentusahan keselamatan, serta penghantaran dan storan data terhiris. Sistem perlindungan keselamatan "Awan-Saluran-Peranti-Kawalan" komprehensif Huawei dapat meningkatkan keandalan sistem perkhidmatan dalam nod pengurusan dan sambungan pengguna. Sistem O&M baharu ini menyediakan fungsi beraneka dan operasi bestari mudah, yang memaksimumkan kecekapan O&M dan merendahkan kos yang berkaitan.

Kakitangan ICBC (Asia) boleh menyandarkan fail dan data penting kepada Onebox secara kerap untuk perlindungan data yang mudah. Ini merupakan percubaan pertama dalam transformasi infrastruktur pejabat awan yang meningkatkan keselamatan dan kecekapan kerja pejabat ICBC (Asia) dengan ketara. Dalam masa terdekat, Huawei akan menggunakan teknologi pemayaan komputer meja untuk membantu ICBC (Asia) mengasingkan pelayan daripada sistem perkhidmatan dan intranet daripada Internet. Ini akan melindungi sistem ICT ICBC (Asia) daripada serangan siber dan mencegah pembongkaran data sensitif (seperti data pembiayaan rentas sempadan pelanggan dan data aset global) dengan berkesan.

Bangunkan sistem rangkaian neural yang kukuh

Pertumbuhan kewangan rentas sempadan memperkenalkan keperluan lebih tinggi terhadap keandalan storan data, kelajuan rangkaian pusat data dan kestabilan sistem keseluruhan. Statistik menunjukkan bahawa bank komersial besar China dan syarikat-syarikat insurans mempunyai purata lebih 100 TB data dalam pangkalan data mereka. Bagi menangani cabaran kewangan Internet, institusi-institusi kewangan kini menggunakan data untuk memacu inovasi perniagaan. Pusat data, dahulunya berkhidmat kepada bank sebagai pusat sokongan, kini menggalas tanggungjawab untuk mencipta nilai dan keuntungan.

ICBC (Asia) membangunkan sistem perkhidmatannya berdasarkan pusat data tradisional dan mengelaskan sektor-sektor perkhidmatan mengikut perniagaan, membentuk strategi-strategi keselamatan yang rumit. Peningkatan pesat jenis perkhidmatan dan keupayaan membawakan keperluan baharu terhadap penggunaan, penghantaran, pemindahan dan pengurusan anjal bagi himpunan sumber perkhidmatan. Seni bina rangkaian tradisional menjadi titik penghalang yang menyukarkan pembangunan perniagaan. ICBC (Asia) memanfaatkan teknologi rangkaian yang standard dan terbuka serta seni bina pusat data baharu demi menyediakan asas kukuh untuk sistem rangkaian neural yang mantap.

ICBC (Asia) mengatasi halangan dengan menggantikan teknologi-teknologi bukan standard. Pusat data sedia ada dan rangkaian tulang belakang pengeluaran menggunakan penyelesaian tradisional dan teknologi persendirian tertutup seperti EIGRP dan PVST+. Dalam aspek peralatan rangkaian, Huawei menyediakan CloudEngine, Tembok Api Generasi Seterusnya USG (NGFW) dan peranti lain yang mempunyai seni bina terbuka, protokol kawalan rangkaian standard serta antara muka standard.

Bagi aspek pengawal pula, Huawei menggunakan pengawal Rangkaian Tentuan Perisian (SDN) dan Pengawal Tangkas berdasarkan seni bina sumber terbuka, seperti Sistem Pengendalian Rangkaian Terbuka (ONOS) dan OpenDaylight (ODL). ICBC (Asia) menggunakan Pengawal Tangkas Huawei bagi menggantikan seni bina dan protokol rangkaian persendirian sedia ada. Ini dapat melindungi ICBC (Asia) daripada perangkap vendor dan membolehkan lebih banyak syarikat ICT unggul mengambil bahagian dalam pembangunan jaringan bank. ICBC (Asia) kini berupaya mengakses platform awan berasaskan OpenStack, berkongsi sumber pengkomputeran dan perkhidmatan bernilai tambah merentasi pusat data, menikmati penyepaduan berbilang perkhidmatan dan meluaskan serta menaik taraf penyelesaiannya dengan anjal dalam masa terdekat.

Berdasarkan peralatan sedia ada, Huawei membangunkan rangkaian pusat data yang menyokong hubungan dengan platform maya dan evolusi ke arah kolaborasi rangkaian-awan. Dengan adanya penyelesaian Huawei, ICBC (Asia) dapat menaik taraf rangkaiannya dan mengekalkan banyak peranti rangkaian legasinya. Ini dapat memaksimumkan pulangan dalam pelaburan bersejarah ICBC (Asia), memenuhi keperluan bank untuk pembangunan jangka panjang.

Penyelesaian Huawei, berasaskan seni bina spina-daun, menggunakan Pengawal Tangkas dan Suis Siri CE untuk membantu ICBC (Asia) menyelesaikan evolusi pengkomputeran awan dengan lancar. Projek ini dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan tidak melibatkan penggantian perisian atau perkakasan secara besar-besaran. Pada masa depan, ICBC (Asia) boleh memilih untuk membentuk semula rangkaian pusat datanya dan membangunkan SDN. Sekiranya hal ini berlaku, sistem perkhidmatan akan berupaya berkongsi sumber perkakasan rangkaian. Ini bermakna, sistem-sistem ini akan diasingkan secara logik daripada satu sama lain bagi menjamin keselamatan dan berkongsi sumber IT untuk meningkatkan penggunaan sumber serta kecekapan penggunaan perkhidmatan.

Tang Bin, Pengurus Besar jabatan IT ICBC (Asia), berkata bahawa ICBC (Asia) mengiktiraf teknologi dan kualiti produk Huawei serta berpuas hati dengan sokongan dan juga kebolehan perkhidmatan Huawei. "Huawei membantu ICBC (Asia) membangunkan infrastruktur ICT yang lebih terbuka dan stabil," kata Tang Bin, "ia membolehkan jabatan-jabatan perniagaan Bank bekerja dengan lebih selamat dan lebih mudah. Dengan adanya penyelesaian daripada Huawei, ICBC (Asia) mencapai kemajuan penting dalam kepelbagaian produk rangkaian DC, meletakkan asas yang kukuh untuk transformasi awan persendirian pada masa depan. ICBC (Asia) mengharapkan lebih banyak kerjasama yang luas dengan Huawei dalam pengkomputeran awan, Data Raya dan sektor-sektor lain."

ICBC (Asia) menggunakan inovasi saintifik dan teknologi terkini untuk memacu penambahbaikan dan pembangunan perniagaan serta menggalakkan penumpuan meluas dalam teknologi maklumat moden serta operasi dan pembangunan perniagaan perbankan. Hong Kong kini aktif membangunkan Teknologi Kewangan (FinTech). ICBC (Asia) akan merebut peluang ini, bekerja keras untuk membangunkan sistem ICT ke dalam kekuatan terasnya dan sokongan penting dalam menawarkan perkhidmatan kewangan. Dengan sokongan teknologi Huawei, ICBC (Asia) yakin dapat mencapai penambahbaikan menyeluruh dalam aspek pengurusan, perkhidmatan dan inovasi, serta turut memenuhi keperluan yang semakin meningkat terhadap khidmat pelanggan, pengurusan dalaman dan pematuhan kawal selia luaran. ICBC (Asia) akan meneruskan usahanya terhadap penambahbaikan dan berusaha untuk menjadi bank pilihan anda dalam kewangan rentas sempadan.

Source: Huawei
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment