omniture

Hawksford Peroleh Salah Satu Penyedia Khidmat Korporat Bebas Utama Asia

Hawksford
2018-06-18 08:00 1358

SINGAPURA, 18 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Hawksford telah memperoleh People & Projects Ltd (P&P), satu pengambilalihan yang akan mengukuhkan kehadiran semasanya di Hong Kong dan Singapura dengan ketara dan menyediakannya dengan jejak yang luas di bandar-bandar utama China. Urus niaga berkenaan memperlihatkan komitmen Hawksford terhadap pasaran Asia dan menjadikan jumlah pekerja global syarikat pentadbiran korporat, pelanggan persendirian dan dana kepada lebih 400 kakitangan dengan seramai 200 kakitangan kini ditempatkan di Asia.

generated by system

P&P ialah perniagaan perkhidmatan korporat berkhidmat penuh yang dinamik dengan rekod prestasi yang kukuh dalam menyokong korporat-korporat antarabangsa untuk mengembangkan operasi, termasuk pengilangan dan jualan, ke dalam dan seluruh Asia. P&P menyediakan penyelesaian perkhidmatan perakaunan, cukai dan korporat yang fleksibel yang membantu pelanggan dalam menavigasi kerumitan dalam penubuhan dan pelaksanaan perniagaan di rantau, khususnya di China yang mana P&P mempunyai lima pejabat. P&P mengalami pertumbuhan organik ketara sejak ditubuhkan pada tahun 2007 dan mempunyai pasukan berbakat dengan berbilang bahasa yang ditempatkan di 10 pejabat yang menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan antarabangsa dalam bahasa Inggeris, bahasa Itali, bahasa Sepanyol, bahasa Jerman, bahasa Mandarin dan bahasa Kantonis.

Ini merupakan pemerolehan keenam yang dibuat oleh Hawksford memandangkan ia mendapat sokongan syarikat ekuiti persendirian Dunedin.

Pelanggan korporat Hawksford kini akan mendapat akses kepada keluasan perkhidmatan yang lebih besar dalam ekonomi-ekonomi utama Asia, manakala pelanggan P&P akan berupaya memanfaatkan perkhidmatan Hawksford yang lebih luas di lokasi-lokasi lain.

Rakan Kongsi P&P Stefano Passarello, Dario Acconci dan Giacomo Stoppa akan menjadi pemegang saham dalam Hawksford dan meneruskan peranan pengurusan kanan bagi menjamin kesinambungan kumpulan pelanggan P&P yang telah lama bertahan.

Michel van Leeuwen, Ketua Eksekutif Kumpulan Hawksford, berkata, "Pemerolehan Hawksford terhadap P&P menepati sasaran strategik kami untuk mempunyai platform perkhidmatan pan Asia yang sebenar. Lima puluh peratus kakitangan Hawksford kini ditempatkan di Asia, menonjolkan kepentingan rantau ini kepada perniagaan kami. Kami berbesar hati khususnya kerana dapat memperoleh keupayaan pengendalian milik penuh kami sendiri di China dan saya percaya ini akan menjadi pemacu pertumbuhan utama pada tahun-tahun mendatang. Semakin ramai pelanggan korporat yang ingin mendapat akses kepada perkhidmatan kami di seluruh Asia tatkala mereka berusaha untuk mengembangkan perniagaan mereka di seluruh rantau ini.

"P&P dikendalikan oleh sepasukan usahawan dan ahli profesional yang berkongsi nilai dan matlamat strategik bersama Hawksford dan bertumpu kepada pelanggan secara bersungguh-sungguh. Kami berharap dapat menggabungkan kakitangan dan perkhidmatan P&P ke dalam jaringan Hawksford. Pelanggan Hawksford dan P&P akan menyaksikan banyak faedah daripada pemerolehan ini."

Rakan Kongsi P&P Dario Acconci menambah, "Dengan memperoleh perniagaan P&P, Hawksford kini mempunyai kehadiran yang kukuh dan meluas di seluruh Asia, bagi melengkapi kekuatan serta kedalamannya dalam pasaran Barat. Kami amat berbangga dengan perniagaan yang kami bangunkan sepanjang dekad lalu, serta pelanggan kami dan kami turut berasa teruja kerana berpeluang untuk terus mengembangkan perniagaan P&P di bawah jenama Hawksford, memanfaatkan sinergi dengan individu luar biasa Hawksford. Singapura kekal mendepani pelaburan korporat di Asia Tenggara, sebagai salah satu ekonomi paling maju di dunia dan kami berharap Singapura dapat menawarkan perkhidmatan menjadi ibu pejabat serantau Hawksford untuk Asia Tenggara."

P&P ialah penyedia perkhidmatan korporat dengan 140 kakitangan beroperasi daripada sepuluh pejabat di Hong Kong, Singapura, Shanghai, Guangzhou, Beijing, Changshu, Shenzhen, Tokyo, Milan dan Barcelona. P&P menyediakan sokongan pejabat pentadbiran serta penyumberan luar untuk kumpulan pelanggan bertaraf tertinggi dan kumpulan pelanggan antarabangsa PKS.

Hawksford ialah perniagaan korporat, pelanggan persendirian dan dana bertaraf antarabangsa. Hawksford mengukuhkan kehadirannya di Asia pada Mac 2014 melalui pemerolehan Janus Corporate Solutions di Singapura dan meluaskan operasi Asianya melalui pertumbuhan organik di Hong Kong dan perniagaan kekayaan persendirian dikawal selia MAS di Singapura.

Nota untuk editor 

Latar Belakang Hawksford Group: http://www.hawksford.com

Twitter: @HawksfordGroup  

Hawksford menawarkan penyelesaian kreatif dan pragmatik untuk pelbagai pelanggan institusi, keusahawaan dan bernilai bersih tinggi di seluruh dunia.

Perniagaan korporat, pelanggan persendirian dan dana bertaraf antarabangsa yang memenangi anugerah, Hawksford sentiasa memberikan perkhidmatan berkualiti tertinggi dan menumpu untuk berfikir melangkaui masa depan. Bersama-sama pelanggan di 115 negara, kami menawarkan rangkaian perkhidmatan dan penyelesaian komprehensif untuk dana amanah, syarikat, yayasan, perkongsian, pejabat keluarga dan pelaburan. Hawksford turut menyediakan perkhidmatan penyenaraian, wasiat dan probet, perancangan penggantian serta penyelesaian pekerja.

P&P 
http://www.pndp.net

Sumber: Hawksford

Source: Hawksford
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Acquisitions, mergers, takeovers Corporate Expansion