omniture

Hortonworks Lanjutkan Kolaborasi dengan Microsoft Pacu Beban Kerja Data Raya untuk Azure

Hortonworks, Inc.
2018-06-20 11:32 1538

Pelanggan Peroleh Manfaat daripada Pilihan Penggunaan Azure IaaS atau Azure HDInsight

SAN JOSE, California, 20 Jun 2018 /PRNewswire/ -- DATAWORKS SUMMIT -- Hortonworks, Inc.® (NASDAQ: HDP), penyedia terkemuka bagi penyelesaian pengurusan data global, hari ini mengumumkan ia telah memperbaharui dan melanjutkan hubungan yang terjalin sejak sekian lama dengan Microsoft bagi memberikan pelanggan perusahaan dengan ketangkasan dan kefleksibelan yang lebih hebat apabila memindahkan beban kerja data raya kepada infrastruktur awan. Kolaborasi ini kini memberi lebih banyak pilihan tempat beban kerja analitik dan data Internet Komunikasi Benda para pelanggan dikendalikan.

Pelanggan boleh menggunakan produk-produk Hortonworks Data Platform (HDP), Hortonworks DataFlow (HDF) dan Hortonworks DataPlane Service (DPS) secara natif melalui infrastruktur sebagai satu perkhidmatan (IaaS) Microsoft Azure bagi memperoleh nilai daripada semua jenis data. Di samping itu, pelanggan boleh menggunakan Microsoft Azure HDInsight, perkhidmatan terurus sepenuhnya yang dikuasakan oleh Hortonworks Data Platform yang menyediakan Apache Hadoop dan Apache Spark.

Menurut IDC1, "Pembeli-pembeli IT beralih secara berterusan ke arah strategi-strategi yang mengutamakan awan." Ini bermakna pelanggan memerlukan laluan yang ringkas, pantas dan fleksibel untuk mengendalikan beban kerja data dalam infrastruktur awan bagi mempercepatkan kebolehan untuk mencapai wawasan perniagaan baharu. Platform-platform pengurusan data global Hortonworks membolehkan organisasi-organisasi menggunakan secara pesat aplikasi data moden merentasi dalam premis seni bina data hibrid, dalam awan atau di luar pinggir. Apabila digabungkan dengan skala global dan ketangkasan Azure, Hortonworks membolehkan organisasi-organisasi mengurus seluruh kitar hayat data mereka dalam infrastruktur awan.

Hortonworks dan Microsoft mempelopori penyelesaian awan bersama-sama selama lebih enam tahun melalui kolaborasi strategik yang mencakupi kejuruteraan bersama dan strategi mencapai kelebihan daya saing, memberikan pelanggan dengan persekitaran data raya yang paling fleksibel. Hortonworks dan Microsoft terus melabur dan berkolaborasi dalam komuniti sumber terbuka, yang seterusnya mengurangkan sekatan-keluar vendor untuk pelanggan. Sama ada pelanggan ingin mengguna pakai seni bina data hibrid atau beroperasi sepenuhnya melalui awan, mereka mempunyai pilihan apabila Hortonworks dan Microsoft berganding bahu menerusi penggunaan Azure IaaS dan HDInsight.

"Pelanggan kami semakin ramai menggunakan seni bina data hibrid, memandangkan penggunaan awan menawarkan senarai tindakan yang sangat baik untuk beban kerja analitik seketika," kata Rob Bearden, ketua pegawai eksekutif Hortonworks. "Dengan pilihan untuk mengguna pakai beban kerja HDP, HDF atau DPS melalui Azure IaaS, atau menggunakan HDInsight, pelanggan boleh memilih daripada sebarang laluan kepada infrastruktur awan yang menepati keperluan perniagaan mereka. Kami berbangga dengan hasil kerja kami bersama Microsoft dan penyelesaian awan yang kami bangunkan bersama-sama yang memacu nilai yang amat besar untuk pelanggan bersama kami."

"Kami memberi pelanggan kami dengan pilihan terbanyak dari segi bagaimana mereka memindahkan beban kerja data kepada awan, melalui Azure atau Microsoft HDInsight untuk perkhidmatan terurus tahap perusahaan yang menjadikannya lebih mudah untuk pengguna akhir," kata Rohan Kumar, naib presiden korporat, Azure Data. "Kami berharap dapat meneruskan kolaborasi kami dengan Hortonworks bagi mempercepatkan inovasi dalam infrastruktur awan."

Untuk maklumat lanjut mengenai Azure dan HDInsight, sila layari http://hortonworks.com/products/cloud/azure/.

Latar Belakang Hortonworks

Hortonworks ialah penyedia utama bagi platform, perkhidmatan dan penyelesaian pengurusan data tahap perusahaan dan bertaraf global yang menyediakan maklumat perisikan yang boleh diambil tindakan daripada sebarang jenis data untuk lebih separuh syarikat yang tersenarai dalam Fortune 100.  Hortonworks komited untuk memacu inovasi dalam komuniti sumber terbuka, memberi nilai unik kepada pelanggan perusahaan. Bersama-sama rakan-rakan kongsinya, Hortonworks menyediakan teknologi, kepakaran dan sokongan agar pelanggan perusahaan dapat mengguna pakai seni bina data moden. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hortonworks.com.

Hortonworks dan HDP ialah tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan Hortonworks, Inc. dan subsidiarinya di Amerika Syarikat dan kawasan-kawasan lain. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hortonworks.com. Semua tanda dagangan lain adalah hak milik pemilik masing-masing.

Perhubungan media:

Michelle Lazzar
comms@hortonworks.com
(408) 884-9861

1IDC, Worldwide Data Services for Hybrid Cloud Forecast, 2017–2021(Perkhidmatan Data Seluruh Dunia untuk Ramalan Awan Hibrid, 2017-2021)

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/542818/HORTONWORKS_Logo.jpg

 

Source: Hortonworks, Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:HDP
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Licensing/marketing agreements Data Analytics