omniture

Kajian Pasaran Modal Baharu: Syarikat-syarikat Awam Antarabangsa Rangsang Pasaran Tempatan dan AS daripada Dagangan Silang melalui OTCQX

OTC Markets Group Inc.
2018-06-21 07:00 2733

Kajian bebas dapati syarikat-syarikat antarabangsa berdagang melalui OTCQX alami peningkatan nilai dan kecairan dalam pasaran tempatan setelah sertai 

NEW YORK, 21 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Syarikat-syarikat antarabangsa, dengan penyenaraian utama di luar AS, mengalami peningkatan 28% dalam jumlah dagangan mengikut bilangan saham dalam pasaran tempatan setelah menyertai Pasaran Terbaik OTCQX®, menurut kajian baharu yang dikeluarkan hari ini oleh OTC Markets Group Inc. (OTCQX: OTCM). Selain itu, syarikat-syarikat menyaksikan peningkatan 7 kali ganda dalam pemilikan AS.

Muat Turun Kelebihan OTCQX: Faedah-faedah untuk Syarikat-syarikat Antarabangsa

Kajian bebas tersebut, "Kelebihan OTCQX: Faedah-faedah untuk Syarikat-syarikat Antarabangsa," dijalankan oleh firma khidmat nasihat strategik Oxford Metrica bagi mengkaji impak nilai dan kecairan dalam pasaran tempatan sesebuah syarikat antarabangsa setelah melakukan dagangan silang dalam OTCQX, pasaran premium bagi pasaran ekuiti melalui kaunter ("OTC") AS. Kajian tersebut menilai set data melibatkan lebih 500 pengeluar antarabangsa yang berdagang melalui Pasaran OTCQX sejak tahun 2007.

"Kami berbesar hati kerana dapat membawakan pasaran premium bagi tujuan perdagangan silang yang menyediakan pasukan-pasukan pengurusan eksekutif dan perhubungan pelabur dengan keputusan yang ketara dan boleh diukur yang berhubung kait dengan peningkatan keterlihatan dan pertumbuhan dalam pemilikan AS serta peningkatan nilai pemegang saham, sekaligus meningkatkan kecairan pasaran tempatan masing-masing," kata Jason Paltrowitz, Naib Presiden Eksekutif Perkhidmatan Korporat di OTC Markets Group. "Kajian terkini ini menjadi indikatif bagi kualiti yang ditunjukkan oleh Pasaran OTCQX dan peluang yang dibawakan untuk syarikat-syarikat antarabangsa yang kukuh dan bertumpu pelabur bagi memperoleh faedah-faedah tambahan berkaitan laluan yang cekap dan berkesan kos untuk berdagang antara pengeluar-pengeluar global utama dalam pasaran modal AS."

Dapatan Kajian termasuk:

  • Pemilikan AS meningkat 7 kali ganda setelah menyertai Pasaran OTCQX
  • Kecairan, seperti yang diukur oleh jumlah dagangan mengikut bilangan saham, meningkat 28% dalam pasaran tempatan susulan peralihan kepada Pasaran OTCQX
  • Jumlah dagangan mengikut bilangan saham meningkat 37% dalam pasaran OTC
  • Jumlah dagangan syarikat-syarikat yang terletak dalam kategori separuh bahagian yang rendah daripada pengagihan mengikut saiz meningkat 43%
  • Jumlah dagangan syarikat-syarikat yang berada dalam kategori separuh bahagian atas dalam pengagihan mengikut saiz meningkat 12%

Latar Belakang Kajian dan Metodologi 
Kajian ini diarahkan oleh OTC Markets Group dan dijalankan oleh Oxford Metrica. Semua syarikat antarabangsa yang telah dimasukkan ke dalam OTCQX sejak tahun 2007 dianalisis. Portfolio hasilan terdiri daripada lebih 500 firma. Data harga dan jumlah bagi setahun sebelum menyertai OTCQX dan tiga tahun setelah menyertainya diperoleh, serta data pemilikan setahun sebelumnya dan lima tahun selepas menyertai OTCQX.

  • Kajian empirikal menilai impak nilai dan kecairan dalam pasaran tempatan bagi firma-firma antarabangsa masing-masing sebaik sahaja firma-firma tersebut menyertai OTCQX.
  • Penciptaan nilai diukur sebagai prestasi harga saham, setelah mengawal pulangan pasaran dan faktor-faktor idionsinkratik.
  • Impak kecairan diukur oleh perubahan dalam purata harian Trading Volume Multiplier™.

Salinan kajian penuh boleh didapati di www.otcmarkets.com.

Pada Januari 2016, kajian terdahulu oleh Oxford Metrica, OTCQX: The Clear Advantage, menilai impak kecairan syarikat-syarikat yang berdagang melalui OTCQX. Dapatan menunjukkan bahawa setelah firma-firma menyertai Pasaran OTCQX, terdapat peningkatan ketara dalam kecairan: jumlah dagangan mengikut bilangan saham dan jumlah dolar meningkat; spread bida-tawar menurun dan terdapat peningkatan dari segi bilangan peniaga broker bagi setiap sekuriti.

Latar Belakang OTC Markets Group Inc.
OTC Markets Group Inc. (OTCQX: OTCM) mengendalikan OTCQX® Best Market, OTCQB® Venture Market dan Pink® Open Market untuk 10,000 sekuriti A.S. dan global. Melalui ATS OTC Link® ATS dan OTC Link ECN, kami menghubungkan pelbagai rangkaian peniaga broker yang menyediakan perkhidmatan kecairan dan pelaksanaan. Kami mendayakan pelabur untuk berdagang dengan mudah melalui broker pilihan mereka dan memperkasa syarikat-syarikat untuk meningkatkan kualiti maklumat yang disediakan kepada pelabur.

Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana kami mewujudkan pasaran yang lebih bermaklumat dan lebih cekap, layari www.otcmarkets.com.

OTC Link ATS dan OTC Link ECN dikendalikan oleh OTC Link LLC, ahli FINRA/SIPC dan ATS yang dikawal selia oleh SEC.

Langgan Suapan RSS OTC Markets

Perhubungan Media:
OTC Markets Group Inc., +1 (212) 896-4428, media@otcmarkets.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/322662/otc_markets_group_logo.jpg

 

Source: OTC Markets Group Inc.
Related Stocks:
OTC:OTCM
Keywords: Banking/Financial Service OTC/SmallCap IRW Survey, Polls & Research