omniture

IBS Software Tandantangani Kontrak Berbilang Tahun Dengan British Airways

IBS Software
2018-06-22 12:15 1679

LONDON, 22 Jun 2018 /PRNewswire/ -- IBS Software (IBS), penyedia utama bagi penyelesaian IT generasi baharu untuk industri penerbangan, dipilih oleh British Airways (BA) untuk menyediakan penyelesaian teknologi bagi tujuan pengurusan operasi penerbangan dan krew. Kontrak berbilang tahun bernilai berjuta-juta dolar yang ditandatangani di London baru-baru ini, adalah hasil kemuncak penilaian pasaran yang menyeluruh oleh BA. Di bawah kontrak ini, IBS akan melaksanakan platform digital canggih yang baru dilancarkan olehnya, iFlight Neo.

Fungsi pesawat akan memastikan seluruh operasi penerbangan syarikat penerbangan berkenaan menepati sasaran dengan mengetengahkan masalah-masalah secara proaktif dan menyediakan instrumen untuk mencari dan melaksanakan penyelesaian pemulihan gangguan berimpak minimum dengan pantas. Fungsi krew akan membolehkan BA menentukan penggunaan krew penerbangan yang paling berkesan kos melalui pelaksanaan operasi-harian termasuk pemulihan daripada gangguan. Pelaksanaan iFlight NEO dijangka menjurus kepada pengurangan kos bahan api, krew dan operasi. iFlight NEO ialah aplikasi berasaskan pelayar, menyediakan pengguna dengan kesedaran situasi yang dipertingkat serta akses merentasi berbilang platform dan peranti. Penyelesaian teknologi ini bukan sahaja menggantikan sistem Kawalan Operasi dan sistem Pengesanan Krew Penerbangan kerangka utama legasi syarikat penerbangan, tetapi juga menghimpunkan beberapa aplikasi lain ke dalam satu sistem yang komprehensif.

Klaus Goersch, Ketua Pegawai Operasi di British Airways, berkata: "Usaha untuk terus melabur dalam teknologi baharu mencakupi semua bahagian operasi kami akan membantu kami untuk terus meningkatkan tahap ketepatan dan khidmat pelanggan kami. Untuk terus menjejaki pergerakan dan jadual kerja 270 pesawat dan 4,500 juruterbang di seluruh dunia dan sepanjang masa melibatkan banyak kerumitan dan kami percaya kami akan dapat melihat manfaat sebenar dengan menggunakan teknologi terkini dalam arena ini. Kami berharap dapat berusaha bersama-sama IBS Software bagi memperkenalkan sistem-sistem baharu ini ke dalam pusat kawalan operasi global kami."

"Peluang terpilih oleh salah sebuah syarikat penerbangan yang paling berprestij di dunia sememangnya menjadi detik penentu untuk platform iFlight NEO kami yang baru dilancarkan. Ia memperlihatkan hubungan padu kami bersama IAG group dan penerimaan penyelesaian kami oleh industri sebagai platform bersepadu generasi seterusnya untuk Operasi Sistem Penerbangan. Kami berharap dapat menambah nilai perniagaan yang besar kepada BA dan menjadi rakan kongsi transformasi dalam usaha mereka untuk mencapai kecekapan dan pertumbuhan operasi yang dipertingkat," kata VK Mathews, Pengerusi Eksekutif, The IBS Group.

Maklumat lanjut mengenai IBS disediakan di http://www.ibsplc.com.

Sumber: IBS Software

Source: IBS Software
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Transportation Contracts