omniture

MediaCom dinamakan Rangkaian Media Terbaik Tahunan di Cannes Lions 2018

MediaCom
2018-06-23 09:30 2340

Rangkaian atasi semua agensi media lain setelah raih Grand Prix, 2 Lion Perak dan 1 Lion Gangsa

CANNES, Perancis, 23 Jun 2018 /PRNewswire/ -- MediaCom dinamakan sebagai Rangkaian Media Terbaik Tahunan di Cannes Lions Festival 2018. Hasil kerja agensi untuk Tesco di UK melayakkannya meraih Grand Prix untuk Kecemerlangan dalam Perancangan Media, manakala kempen-kempen untuk Gillette P&G di Israel menambah dua anugerah Lion Perak dan satu Lion Gangsa. Agensi ini turut menerima lapan pencalonan disenarai pendek, menjadikan MediaCom sebagai agensi media paling berjaya dalam pertandingan tersebut.

Kempen Grand Prix berkenaan, Food Love Stories Tesco, membolehkan syarikat gergasi runcit tersebut mengubah beli belah makanan daripada belian fungsian kepada belian beremosi. Tatkala pesaing menumpu pada asal usul makanan, Tesco menggunakan kempen makanan pertamanya dalam tempoh tiga tahun bagi meraikan "makanan yang gemar dimasak oleh anda untuk insan tersayang."

Pesanan tersebut dikongsi melalui digital berbayar, luar rumah dan radio, dengan penyasaran data bagi memastikan penyampaian kisah-kisah yang diperibadikan kepada pengguna. Media milik, termasuk titik jualan, kad resepi, emel, cetakan dan digital membantu menyebarkan pesanan tersebut.

Kempen bersepadu sepenuhnya itu memberikan penambahbaikan sebanyak 53% dalam skor kualiti, menjadikan kempen Food Love Stories Tesco sebagai kempen paling berkesan seumpamanya oleh syarikat itu.

MediaCom bekerjasama dengan BBH London untuk kempen bersama ITV Creative, Global Radio, Facebook dan JCDecaux turut menyediakan perkhidmatan penerbitan.

MediaCom Israel merangkul tiga anugerah Lion untuk hasil kerjanya bersama Gillette P&G. Kempen Babyface merangkul anugerah Lion Perak dengan menggalakkan bapa-bapa baharu membina hubungan fizikal yang kukuh bersama anak-anak mereka dengan mencukur janggut mereka yang kasar, manakala I Don't Roll on Shabbos merangkul Perak dan Gangsa kerana mendayakan ahli-ahli daripada komuniti Ortodoks negara untuk membeli dan menggunakan deodoran pada hari rehat Yahudi. I Don't Roll on Shabbos melonjakkan bahagian Gillette dalam pasaran deodoran daripada 3% kepada 15%.

"Ini merupakan satu berita yang hebat dan saya berasa amat bangga dengan pasukan UK atas kemenangan hadiah unggul dalam industri kami. Saya juga berasa gembira dengan pelanggan kami, Tesco, yang bekerjasama dengan kami untuk mencipta kempen yang sukar dilupakan ini," kata Stephen Allan, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Dunia MediaCom. "Food Love Stories Tesco menggabungkan pandangan hebat berserta hasil perniagaan yang istimewa serta memperlihatkan bagaimana pendekatan Pemikiran Bersistem kami dapat membantu jenama-jenama menjadi kreatif dan efektif dengan cara yang membolehkan mereka melaburkan belanjawan pemasaran mereka. Saya juga berasa teruja dengan taburan geografi hasil kerja kami yang disenarai pendek. Dari Vietnam ke India, Australia ke Belgium dan Israel ke Rusia, kami menjamin bahawa pelanggan kami mendapat kualiti perkhidmatan yang sama dalam setiap pasaran."

Keputusan ini mengekalkan dominasi MediaCom dalam majlis-majlis penganugerahan global, memandangkan ia dipilih sebagai Rangkaian Agensi Terbaik Tahunan oleh Festival of Media Global awal tahun ini dan mengungguli senarai Gunn Media 100, terbitan WARC.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/644208/MEDIACOM_LOGO.jpg

 

 

Source: MediaCom
Related Links:
Keywords: Advertising Awards