omniture

PSP Investments dan ATL Partners Umum Jualan Sky Aviation Leasing International Limited kepada Goshawk Aviation Limited

PSP Investments and ATL Partners
2018-06-23 10:07 2465

LONDON, MONTRÉAL dan NEW YORK, 23 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Public Sector Pension Investment Board (PSP Investments) dan ATL Partners (ATL) hari ini mengumumkan bahawa syarikat portfolio milik bersama mereka, Sky Aviation Leasing International L.P. (SKY Leasing), memeterai satu perjanjian muktamad bagi menjual Sky Aviation Leasing International Limited (SALI), sebuah subsidiari Ireland milik SKY Leasing, kepada Goshawk Aviation Limited (Goshawk), syarikat pajakan pesawat yang dimiliki oleh Chow Tai Fook Enterprises Limited dan NWS Holdings Limited (HKG: 659).

Susulan penyelesaian transaksi ini, PSP Investments dan ATL akan terus memiliki SKY Leasing, yang mana, melalui entiti-entiti yang berpangkalan di Amerika Syarikat, akan terus bertindak sebagai penyedia perkhidmatan kepada pesawat yang dimiliki oleh pelbagai instrumen pensekuritian.

Pada bulan Oktober 2015, PSP Investments dan ATL, dengan kerjasama pasukan pengurusan yang dipimpin oleh veteran industri Richard Wiley, menubuhkan SKY Leasing sebagai platform pajakan pesawat baharu. Pelaburan tersebut disokong menerusi keperluan yang dipercepat terhadap perancangan armada dalam konteks pertumbuhan kukuh dalam armada pesawat komersial global dan peralihan ke arah pesawat generasi seterusnya. Kurang daripada tiga tahun sejak penubuhannya, SALI memperoleh atau komited untuk mengambil alih 51 pesawat komersial, membangunkan platform pajakan pesawat komersial dengan kadar pertumbuhan tinggi, kukuh dan aktif di peringkat global yang menumpu pada pesawat pertengahan usia yang baharu.

"Kami berbesar hati kerana telah menyumbang kepada kisah pertumbuhan SALI, bermula daripada syarikat baharu kepada platform pajakan bertaraf dunia," kata Przemek Obloj, Pengarah Urusan, Ekuiti Persendirian di PSP Investments. "PSP Investments bekerjasama dengan usahawan, pasukan pengurusan dan pelabur lain untuk mengembangkan dan meningkatkan perniagaan. Perjalanan ini, membawa SALI daripada satu cetusan idea kepada perniagaan bernilai $3 bilion bersama-sama Richard Wiley, Austin Wiley, Steve Patch, pasukan pengurusan selebihnya dan ATL Partners, merupakan satu ilustrasi hebat berhubung perkongsian yang berjaya, didorong oleh sokongan kewangan PSP Investments."

Frank Nash, Ketua Pegawai Eksekutif ATL dan pengerusi lembaga SKY Leasing, berkata, "ATL melabur dalam sektor-sektor aeroangkasa, pengangkutan dan logistik. SALI merupakan ekspresi sempurna fokus kami untuk sektor-sektor ini, memandangkan aktiviti-aktivitinya melibatkan ketiga-ketiganya. Ia turut memberi peluang untuk menggunakan jumlah modal yang signifikan di seluruh dunia bagi pihak dana secara terus atau melalui pelaburan bersama oleh rakan-rakan kongsi terhadnya. Kami berasa amat sukacita kerana dapat membantu membimbing syarikat melalui peluasan hebat ini."

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan di SALI kerana telah melaksanakan tugas yang hebat untuk membangunkan SKY Leasing sebagai pemberi pajak pesawat khidmat penuh yang terkemuka," kata Richard Wiley, Ketua Pegawai Eksekutif SKY Leasing. "Kunci kepada pertumbuhan armada pesawat kami ialah hubungan penerbangan yang penting digabungkan dengan sokongan jangka panjang oleh institusi-institusi kewangan utama. Saya juga berasa gembira kerana dapat bekerjasama dengan pemegang saham kami, ATL dan PSP, yang membantu kami membangunkan perniagaan ini bersama-sama."

Transaksi tersebut tertakluk kepada syarat-syarat pengawalseliaan dan penutupan biasa dan dijangka selesai pada suku ketiga tahun 2018.

Morgan Stanley & Co. LLC berperanan sebagai penasihat kewangan eksklusif manakala Gibson Dunn, Maples and Calder, dan Vedder Price berperanan sebagai penasihat undang-undang SKY Leasing. Weil, Gotshal & Manges bertindak sebagai penasihat undang-undang PSP Investments.

Latar Belakang PSP Investments
Public Sector Pension Investment Board ialah salah satu pengurus pelaburan pencen terbesar di Kanada yang mempunyai C$153 bilion aset bersih setakat 31 Mac 2018. Ia mengurus pelbagai portfolio global yang terdiri daripada pelaburan dalam pasaran kewangan awam, ekuiti persendirian, hartanah, infrastruktur, sumber asli dan hutang persendirian. Ditubuhkan pada tahun 1999, PSP Investments mengurus simpanan bersih dalam dana pencen untuk Khidmat Awam persekutuan, Angkatan Kanada, Polis Berkuda Diraja Kanada dan Pasukan Simpanan. Beribu pejabat di Ottawa, PSP Investments mempunyai pejabat perniagaan utama di Montréal, dan pejabat-pejabat di New York dan London. Untuk maklumat lanjut tentang PSP Investments, layari www.investpsp.com.

Latar Belakang ATL Partners
Ditubuhkan pada tahun 2014, ATL Partners membuat ekuiti persendirian dan sekuriti pilihan tertentu atau pelaburan hutang dalam sektor-sektor aeroangkasa, pengangkutan dan logistik khususnya di Amerika Utara. ATL dipimpin oleh golongan profesional pelaburan yang telah melabur dalam sektor-sektor yang ditumpu oleh ATL selama berdekad-dekad. Untuk maklumat lanjut mengenai ATL Partners, layari www.atlpartners.com.

Latar Belakang SKY Leasing
SKY Leasing ialah sebuah syarikat pajakan pesawat unggul yang beribu pejabat di San Francisco. Subsidiarinya, SALI, beribu pejabat di Dublin, Ireland yang mempunyai pejabat serantau di Hong Kong. Sebagai platform pajakan khidmat penuh, SKY Leasing memanfaatkan pengalaman, jaringan global, wawasan industri dan bakat pengurusan untuk memperoleh dan memajak pesawat pertengahan usia yang baharu. Pasukan profesional industri syarikat, dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rich Wiley, membina hubungan meluas dalam komuniti syarikat penerbangan antarabangsa dengan memajak pesawat kepada lebih 200 pelanggan penerbangan di seluruh dunia dan menjalankan lebih 600 transaksi pesawat bernilai lebih $20 bilion. Rich dan pasukan pengurusan terdahulu beliau bersama-sama mengasaskan pemberi pajak pesawat yang terkemuka dalam industri termasuk Pegasus Aviation Finance Company, yang ditubuhkan pada tahun 2004 dan dijual kepada AWAS pada tahun 2006, serta Jackson Square Aviation, yang ditubuhkan pada tahun 2010 dan dijual kepada Mitsubishi UFJ Lease & Finance Company pada tahun 2012. Untuk maklumat lanjut mengenai SKY Leasing, layari www.skyleasing.com.

Untuk maklumat lanjut: Perhubungan media: Untuk PSP: Maria Constantinescu, PSP Investments, Kanada: 514-218-3795, Bebas Tol: 1-844-525-3795, media@investpsp.ca; Untuk ATL: Christopher Tofalli, Chris Tofalli Public Relations, +1 914 834 4334, chris@tofallipr.com

 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/709540/Logo_PSP_Logo.jpg  

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/709542/Logo_ATL_Logo.jpg  

 

Source: PSP Investments and ATL Partners
Related Stocks:
HongKong:0659 OTC:NWSGY
Keywords: Airlines/Aviation Banking/Financial Service Travel Acquisitions, mergers, takeovers Financing agreements