omniture

IPO Teknologi Mega: Asahi Marusan Management nyatakan PDD sokongan Tencent sasar $1.6 bilion

Asahi Marusan Management
2018-07-19 22:54 418

TOKYO, 19 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Asahi Marusan Management melaporkan pada pagi ini bahawa pengendali e-dagang Cina Pinduoduo Inc yang disokong oleh Tencent Holdings merancang untuk mengumpul sehingga $1.6 bilion semasa IPO AS bagi menggiatkan usahanya terhadap pesaingnya Alibaba.

sahi Marusan Management is a private wealth management company that provides access to the global financial markets for both corporate and private clients.
sahi Marusan Management is a private wealth management company that provides access to the global financial markets for both corporate and private clients.

Pinduoduo Inc yang terletak di Shanghai menawarkan 85.5 juta Saham Depositari di AS pada harga antara $16 dan $19 sesaham. Syarikat media sosial Cina yang terkemuka, Tencent serta pemegang saham sedia ada Sequoia Capital turut sama menyatakan minat untuk membeli saham bernilai $250 juta yang ditambah oleh Asahi Marusan Management.

Pinduoduo Inc, dikenali secara meluas sebagai PDD dianggap sebagai salah sebuah syarikat baharu yang paling berkuasa dan paling pesat berkembang di China. Terkenal kerana mempopularkan sistem yang membolehkan orang ramai mendapat tawaran untuk pelbagai produk dan boleh merekrut rakan-rakan bagi mendapat diskaun sehingga 20% daripada harga pasaran menyebabkan gandingan Facebook-Groupon Cina ini segera menjadi pesaing utama Alibaba.

Diasaskan 3 tahun lalu oleh Colin Huang, mantan jurutera Google, syarikat baharu ini dipercayai mempunyai sasaran penilaian teratas mencecah $30 billion, telahpun meletakkan kedudukannya setanding dengan syarikat perkhidmatan yang mendapat permintaan Meituan Dianping. Atas sebab yang demikian, Pinduoduo Inc mungkin akan dinilaikan sekitar $20 bilion selepas pelancaran IPO dengan Huang kekal mengawal kebanyakan hak mengundi.

"Usaha-usaha pemasaran yang berterusan di seluruh negara menandakan Pinduoduo Inc masih belum mendapat keuntungan, menjadikannya salah sebuah syarikat teknologi paling bercita-cita tinggi untuk diniagakan secara terbuka tahun ini yang masih mengalami kerugian," kata Timothy Grant, Naib Presiden Kanan Asahi Marusan Management.

Pinduoduo Inc telah mengendalikan transaksi bernilai 262 bilion yuan ($39 bilion) sepanjang tahun lalu yang bersamaan dengan lebih 300 juta pembeli aktif. Ini dapat membantu mereka mencapai pertumbuhan besar dalam penilaian April mereka. Syarikat mencapai pendapatan sebanyak tiga kali ganda pada tahun 2017 iaitu sekitar $278 juta, namun demikian kerugian yang dialami juga tinggi, iaitu 55% lebih tinggi dan kini mencecah $79.5 juta!

Latar Belakang Asahi Marusan Management

Asahi Marusan Management ialah sebuah syarikat pengurusan kekayaan persendirian yang menyediakan akses kepada pasaran kewangan global untuk pelanggan korporat dan persendirian. Untuk maklumat tambahan layari www.ammsecurities.com.

Perhubungan Media, Yoshiya Shigetoki, pr@ammsecurities.com, +81-3-4588-8294

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/720075/Asahi_Marusan_Management_Mega_Tech_IPO__Asahi_Marusan_Management.jpg

Source: Asahi Marusan Management
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Offerings