omniture

Pemaju Ulung, Emaar bakal Bangunkan Chinatown Terbesar Timur Tengah di Dubai Creek Harbour

Emaar
2018-07-20 00:20 566

DUBAI, UAE, 20 Julai 2018 /PRNewswire/ --

Pemaju ulung, Emaar mengumumkan satu pembangunan penting yang akan mengukuhkan hubungan UAE-China, bertepatan dengan kunjungan bersejarah Presiden Xi Jinping dari China ke UAE.

generated by system

generated by system

Untuk menghormati golongan ekspatriat Cina di UAE dan mengukuhkan hubungan perniagaan dengan China, Emaar akan membangunkan Chinatown terbesar Timur Tengah dalam daerah jualan Dubai Creek Harbour, pembangunan mega berkeluasan enam kilometer persegi, hanya 10 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dan Burj Khalifa yang ikonik.

Presint jualan ini akan menempati lokasi pusat dalam Dubai Creek Harbour, untuk menjadi lokasi utama ikon baharu dunia, Dubai Creek Tower dan merangkumi unsur-unsur gaya hidup yang menarik. Terletak di jalan sungai Dubai Creek, rumah-rumah yang direka dengan elegan di Dubai Creek Harbour akan menawarkan pemandangan mengagumkan terhadap latar langit dramatik bandar tersebut, dermaga dan juga Perlindungan Hidupan Liar Ras Al Khor.

Terus mengukuhkan jangkauan Emaar ke China, syarikat turut mengumumkan ia akan membuka tiga astaka khusus di China iaitu di Beijing, Shanghai dan Guangzhou, semua bandar disediakan dengan penerbangan harian terus ke Dubai melalui Emirates Airline. Ketiga-tiga pejabat tersebut akan mempromosikan pelancongan, pendidikan, perdagangan dan pelaburan antara UAE dan China.

Dalam pengumuman yang ketiga, Emaar akan meluaskan jenama hotel dan kediaman berservis yang mewah dan premiumnya, Address Hotels + Resorts, ke China. Perbincangan masih diteruskan untuk membangunkan dan mengendalikan hotel-hotel berjenama Address di bandar-bandar utama di negara tersebut, lantaran kekariban yang dinikmati oleh jenama ini dalam kalangan pelancong Cina.

Mohamed Alabbar, Pengerusi, Emaar Properties, berkata: "Kunjungan Presiden Cina Xi Jinping ke UAE adalah suatu yang bersejarah dan akan mengukuhkan hubungan UAE-China, disokong oleh inisiatif-inisiatif seperti Minggu UAE-China. Pembangunan daerah jualan dan gaya hidup Cina baharu di Dubai Creek Harbour serta peluasan Emaar ke China, dalam segmen hartanah dan hospitaliti turut menekankan komitmen kami terhadap negara."

Peluasan Emaar ke China melengkapi inisiatif 'Satu Jalur, Satu Jalan' yang mana UAE akan mempunyai peranan penting untuk dimainkan.

China ialah pasaran sumber pengunjung keempat yang terbesar untuk Dubai, yang mana pelancong dan hotel-hotel Emaar adalah antara yang paling digemari oleh pengunjung Cina, lantaran lokasi pusatnya dan akses mudah ke destinasi-destinasi gaya hidup seperti The Dubai Mall.

Downtown Dubai Emaar dan tarikan-tarikannya termasuk Burj Khalifa, The Dubai Mall dan The Dubai Fountain merupakan destinasi-destinasi popular untuk pengunjung Cina.

http://www.emaargroup.com.cn; ID WeChat: emaardubai

Hubungi: 
Kelly Home
ASDA'A B-M
+971-4450-7600 
kelly.home@bm.com

Source: Emaar
Keywords: Commercial Real Estate Construction/Building Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Residential Real Estate New products/services