omniture

Phillip Spector Sertai Lembaga Pengarah Phasor

Phasor
2018-07-20 00:24 613

WASHINGTON, 20 Julai 2018 /PRNewswire/ --

Veteran industri bawakan keluasan pengalaman dalam industri komunikasi satelit 

Phasor, pembangun yang terkemuka bagi sistem antena mudah kendali secara elektronik (ESA) bergred perusahaan untuk jalur lebar mudah alih, hari ini mengumumkan bahawa veteran industri satelit dan ahli Dewan Kemasyhuran Satelit Phillip Spector telah menyertai Lembaga Pengarah Phasor.

Kerjaya Spector dalam sektor satelit menjangkau lebih 30 tahun lamanya. Seorang peguam yang amat disegani dan berpengalaman dalam sektor kerajaan dan perniagaan, terdahulu beliau pernah menyandang jawatan Naib Presiden Eksekutif, Pembangunan Perniagaan dan Ketua Peguam Intelsat, yang mana beliau bertanggungjawab terhadap hal ehwal undang-undang dan peraturan berhubung penggabungan industri utama, jualan Intelsat bernilai $16.6 bilion daripada satu kumpulan ekuiti persendirian kepada kumpulan lain dan transaksi pembiayaan yang mencecah lebih $25 bilion. Beliau juga merupakan ahli Lembaga Pengarah Intelsat. Kerjaya Spector turut melibatkan amalan undang-undang telekomunikasi dan satelit di dua firma undang-undang antarabangsa utama.

Selepas menamatkan pengajian dari Harvard dengan kelulusan ijazah Sarjana dalam dasar awam dan ijazah undang-undang, En. Spector bertugas di Mahkamah Rayuan A.S. untuk Litar Kedua dan untuk Hakim Thurgood Marshall daripada Mahkamah Agung A.S. Beliau kemudiannya berkhidmat di Rumah Putih sebagai Penolong Bersekutu kepada Presiden, menumpu pada jangkauan awam, hubungan luar negara dan hal ehwal pertahanan.

"Phasor ialah peneraju yang jelas dalam teknologi antena mampu kendali secara elektronik dan saya berasa amat kagum dengan komitmen dan daya kreativiti oleh pasukan. Saya berharap dapat menawarkan pengalaman saya dan menyumbang kepada kejayaan masa depan syarikat ini," kata Spector.

"Kami berbesar hati menerima Phil dalam Lembaga Pengarah Phasor," kata David Helfgott, Ketua Pegawai Eksekutif, Phasor. "Pengalaman luas beliau dan kepimpinan dalam aspek-aspek strategik, pengawalseliaan dan perniagaan dalam industri komunikasi satelit akan menjadi amat penting dalam membantu kami mencapai visi kami."

Latar Belakang Phasor, Inc. 

Phasor Inc. ialah pembangun utama bagi tatasusunan antena dengan daya pemprosesan tinggi, bergred perusahaan, berfasa modular, mempunyai ibu pejabat di Washington DC, dengan subsidiari pembangunan teknologi yang terletak di London. Antena mampu kendali secara elektronik (ESA) daripada Phasor adalah berasaskan inovasi berpaten dalam teknologi pembentuk alur dan seni bina sistem yang dinamik. Misi Phasor adalah untuk mendayakan komunikasi jalur lebar berkelajuan tinggi semasa dalam penerbangan, di lautan mahupun ketika dalam perjalanan di darat. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.phasorsolutions.com

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Paul Sims
+1-770-829-4758 - pejabat
+1-678-576-6126 - telefon bimbit
paul.sims@phasorsolutions.com

 

Source: Phasor
Keywords: Internet Technology Telecommunications Wireless Communications Personnel announcements