omniture

Gin Terbaik Dunia untuk Gin dan Tonik Muncul dari Jerman: GINSTR Menang Anugerah London

GINSTR - Stuttgart Distillers
2018-08-16 08:00 1317

LONDON, 16 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Lebih 600 penyuling gin berbeza dari 90 negara bersaing di London dalam Pertandingan Wain dan Minuman Beralkohol Antarabangsa (IWSC) bagi memutuskan gin yang muncul sebagai yang terbaik tahun ini. Pemenang Trofi Gin & Tonik tahun ini mungkin akan memberi sedikit kejutan: hadiah bereputasi tinggi pertama kalinya menjadi milik Jerman, iaitu kepada kilang sulingan kecil Stuttgart. GINSTR - Stuttgart Dry muncul sebagai pemenang yang mengalahkan kesemua jenama antarabangsa yang terkenal dan kini merupakan gin yang terbaik di dunia untuk gin dan tonik.

Apa yang wajar diperhatikan adalah Stuttgart hanya berada dalam pasaran kira-kira selama 18 bulan. Jenama ini dihasilkan sebagai hobi yang diusahakan oleh penyuling Alexander Franke, 34 dan Markus Escher, 27. Ia masih dihasilkan dalam kuantiti kecil di kilang sulingan mereka sendiri menggunakan buah beri juniper yang ditanam sendiri, berserta bahan-bahan dari kawasan Stuttgart. GINSTR menerima pingat emas sempena Anugerah Minuman Beralkohol Dunia awal tahun ini dan kini diiktiraf sebagai yang terbaik di dunia untuk gin dan tonik.

Juri antarabangsa IWSC terdiri daripada 400 ahli juri yang meluangkan masa selama beberapa bulan dalam setahun untuk mencicipi dan menilai wain serta minuman beralkohol di seluruh dunia. Diwujudkan pada tahun 1969, pertandingan tersebut dianggap sebagai hadiah paling penting dalam sektor berkenaan. Di samping itu, terdapat penghargaan khusus yang berasingan untuk penyuling muda dalam bentuk anugerah Emas Luar Biasa IWSC untuk hasil yang jelas luar biasa daripada ujian dalam kategori ini. Pada tahun 2011, Monkey 47 meraih kemenangan di IWSC sebagai gin pertama dari Jerman dan sejak itu menjadi jenama yang berjaya mencapai reputasi bertaraf antarabangsa.

Maklumat lanjut mengenai GINSTR - Stuttgart Dry Gin boleh didapati di http://www.stuttgartdrygin.com

- Rujukan silang: Gambar disediakan di AP Images (http://www.apimages.com ) dan Presseportal -

Perhubungan media:
GINSTR - Stuttgart Dry Gin
Stuttgart Distillers
Naststrasse 15c
D-70376 Stuttgart / Jerman
Telefon: +49-711 / 255-121-81
press@stuttgartdrygin.com

Sumber: GINSTR - Stuttgart Distillers

Source: GINSTR - Stuttgart Distillers
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Awards