omniture

JOOX bawakan lagu-lagu popular terhebat, terhangat eksklusif secara langsung menerusi Anugerah Muzik Video MTV 2018

JOOX
2018-08-16 20:39 3166

KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Peminat-peminat muzik di Hong Kong, Indonesia, Malaysia dan Thailand tidak perlu menjelajah jauh untuk mendapatkan lagu dan video muzik terbaik, terhebat dan terhangat oleh artis-artis kegemaran mereka! JOOX, aplikasi penstriman muzik paling popular di Asia[1], membawakan lagu-lagu popular daripada Radio City Music Hall di New York ke tangan anda melalui strim langsung eksklusif Anugerah Muzik Video MTV 2018 (VMA)!

JOOX VMA
JOOX VMA

JOOX akan menstrim secara ekslusif VMA tahunan kali ke-35 secara langsung di Hong Kong, Indonesia, Malaysia dan Thailand pada sebelah pagi 21 Ogos (20 Ogos 8 MALAM Waktu EST). Ulang tayang pada hari yang sama akan turut disediakan pada sebelah malam untuk para peminat yang terlepas strim langsung tersebut.

Jadual strim langsung Anugerah Muzik Video MTV 2018 JOOX adalah seperti di bawah:

Pasaran

Waktu Tempatan pada 21 Ogos

Hong Kong dan Malaysia

Strim Langsung: 8 PAGI;

Ulang Tayang:  8 MALAM

Indonesia

Strim Langsung: 7 PAGI;

Ulang Tayang: 7 MALAM

Thailand

Strim Langsung: 7 PAGI;

Ulang Tayang: 6 MALAM

Saksikan sambutan carta pop terbaik hari ini, tatkala artis-artis termasuk Ariana Grande, Shawn Menders, Logic dan banyak lagi barisan artis yang tidak dijangkakan untuk membuat persembahan dalam anugerah utama tahun ini yang dibawakan oleh salah satu rangkaian muzik terbesar dunia, MTV! RSVP sekarang melalui aplikasi JOOX untuk mengalami VMA secara langsung dan dengan jelas!

Poshu Yeung, Naib Presiden Tencent IBG, berkata, "Kami berasa sukacita untuk membawakan lagu-lagu terbaik, video muzik paling hangat dan bintang pop paling menyerlah kepada pengguna JOOX. Dengan menyediakan peminat di Asia dengan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara langsung yang mengujakan tanpa perlu meninggalkan rumah mereka, kami berharap dapat memberikan mereka dengan hari muzik yang benar-benar menjadi kenangan yang tidak akan dapat dilupakan."

Tidak sabar-sabar menunggu sehingga 21 Ogos untuk kesemua persembahan yang mengujakan, penampilan selebriti istimewa dan kejutan dalam kedai? Dengarilah senarai main calon-calon VMA MTV 2018 melalui JOOX sekarang dan bersiap sedialah untuk menyanyi sepuas hati anda!

Dengari muzik dan tontonlah video, acara dan konsert pada bila-bila masa, di mana-mana jua! Muat turun JOOX sama ada daripada Apple App Store dan Google Play Store, atau layari laman sesawang JOOX (http://www.joox.com/). Nantikan lebih banyak muzik dan persembahan langsung daripada artis-artis tempatan dan antarabangsa, dibawakan kepada anda oleh JOOX!

Muat turun sekarang untuk memulakan perjalanan muzik premium anda hari ini!

[1] JOOX merupakan aplikasi penstriman muzik yang paling banyak dimuat turun di Hong Kong, Indonesia, Thailand dan Malaysia di Apple App Store and Google Play Store. Sumber: App Annie, data tahunan sehingga Disember 2017.

Latar Belakang JOOX

JOOX ialah aplikasi muzik percuma yang dihasilkan untuk peminat muzik. Dengan pustaka lagu-lagu hit yang luas dari seluruh dunia, JOOX menghubungkan anda dengan artis, lagu, album kegemaran anda dan senarai main yang diperibadikan. Para pengguna berpeluang menemui muzik baharu yang hebat menerusi lagu-lagu yang dicadangkan serta stesen radio yang menepati minat dan mood anda.

Perhubungan Media:

Charmaine Lee

Denize Chan

Tel: (852) 2533 9946

Tel: (852) 2533 9944

clee5@creation.io

dchan@creation.io 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180814/2211418-1

Source: JOOX
Related Links:
Keywords: Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Music Awards Broadcast feed announcements