omniture

Ping An Perkenal Teknologi AI di Forum Jalan Sutera Maritim Antarabangsa

Ping An Insurance (Group) Company of China, Ltd.
2018-09-26 05:56 1055

Perkasa Bandar Pintar dan Rawatan Kesihatan

HONG KONG dan SHANGHAI, 26 September 2018 /PRNewswire/ -- Forum Komunikasi Antarabangsa Jalan Sutera Maritim Abad ke-21 kali kedua telahpun diadakan di Zhuhai pada 19-21 September. Jean-Pierre Raffarin, mantan Perdana Menteri Perancis dan Thomas J. Sargent, pemenang Hadiah Nobel 2011 untuk Ekonomi menyampaikan ucapan dasar di forum utama. Sebagai sebuah syarikat terkemuka di Wilayah Guangdong, Ping An Insurance (Group) Company of China, Ltd. (selanjutnya "Ping An" atau "Kumpulan", HKEx: 2318; SSE: 601318) diundang untuk menghadiri forum bagi mendemonstrasikan teknologi terasnya dan juga pencapaian teknologi terkini.

Ping An Smart City, subsidiari teknologi milik Ping An, memaparkan "Sistem Interaktif Bandar Pintar Berpanorama" yang mendayakan pemahaman yang lebih baik tentang nadi sesebuah bandar semasa forum tersebut. Ping An Good Doctor memperkenalkan "Klinik Satu Minit" yang menggabungkan perundingan doktor pintar dan pembelian ubat-ubatan. Dua produk teknologi penting itu telah menggamit perhatian daripada kalangan pegawai kerajaan, tetamu dan juga rakan media antarabangsa. Pada sebelah tengah hari 19 September, Ma Xingrui, Timbalan Setiausaha Jawatankuasa Wilayah Guangdong dan Gabenor Wilayah Guangdong, Shen Haixiong, Naib Menteri Jabatan Publisiti Parti Komunis China dan Presiden China Media Group, Guo Yonghang, Setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Zhuhai serta pegawai-pegawai kerajaan lain mengunjungi reruai Ping An untuk mengalami "Sistem Interaktif Bandar Pintar Berpanorama".

Ma Xingrui, Deputy Secretary of Guangdong Provincial Committee and Governor of Guangdong Province, Shen Haixiong, Vice Minister of the Publicity Department of the Communist Party of China and President of the China Media Group, and Guo Yonghang, Secretary of Zhuhai Municipal Committee visit Ping An’s booth.
Ma Xingrui, Deputy Secretary of Guangdong Provincial Committee and Governor of Guangdong Province, Shen Haixiong, Vice Minister of the Publicity Department of the Communist Party of China and President of the China Media Group, and Guo Yonghang, Secretary of Zhuhai Municipal Committee visit Ping An’s booth.

"Sistem Interaktif Bandar Pintar Berpanorama" menggabungkan senario 3D bandar dengan panel-panel data raya. Melalui interaksi berasaskan gerak isyarat, sistem ini memaparkan operasi bandar dari pelbagai aspek seperti ekonomi, hartanah, populasi, perlindungan alam sekitar, hal ehwal kerajaan, pengangkutan, perubatan, pendidikan dan sebagainya. Sistem ini  memberi paparan logik berkaitan panel-panel data terperinci berdasarkan penunjuk-penunjuk penting (dengan kesan 3D). Ia juga berupaya mentafsirkan perubahan melalui data, meramalkan trend melalui analisis, menunjukkan kesan yang pelbagai melalui teknologi visualisasi dan meningkatkan kesan penggantian dan kebolehkendalian melalui interaksi somatosensori. Ia bertujuan untuk mencipta suasana bandar berpanorama yang jelas, intuitif, tiga dimensi dan indah. Suasana berpanorama 3D ini dapat memperlihatkan suasana pembangunan bandar semasa, tumpuan utama dan trend pembangunan sesebuah bandar pada masa depan, agar dapat meningkatkan kecekapan kerajaan dan menyediakan data rujukan berkaitan teknologi kepada pihak kerajaan.

Ma Xingrui, Deputy Secretary of Guangdong Provincial Committee and Governor of Guangdong Province experiences Ping An’s Panoramic Smart City Interactive System.
Ma Xingrui, Deputy Secretary of Guangdong Provincial Committee and Governor of Guangdong Province experiences Ping An’s Panoramic Smart City Interactive System.

"Klinik Satu Minit" ialah lanjutan luar talian daripada aplikasi Ping An Good Doctor. Ia menggabungkan teknologi Kecerdasan Buatan ("AI") yang paling canggih di China menerusi pasukan perubatan dalamannya, yang mempunyai lebih daripada 1,200 kakitangan perubatan sepenuh masa. Ia turut menyimpan 100 unit simpanan stok ("SKU") ubat-ubatan biasa, demi memenuhi keperluan kebanyakan pesakit. Outlet pintar ini menggabungkan antara perundingan doktor, farmasi dan pembelian ubat-ubatan dalam satu, seraya dapat menyelesaikan masalah pesakit yang melakukan perjalanan sekurang-kurangnya tiga kilometer untuk membeli ubat. Antaranya, Klinik Satu Minit terdiri daripada dua bahagian: kabinet ubatan pintar dan bilik perundingan AI. Kabinet ubatan pintar berperanan sebagai ubat layan diri. Dengan menggunakan teknologi pengecaman pertuturan, ia juga bertindak sebagai peranti perundingan perubatan pintar. Bilik perundingan AI menyediakan khidmat runding dalam talian selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Bilik perundingan AI direka bagi menjamin privasi untuk pengguna, dan ia bebas daripada gangguan luar.

Ping An displays two key technology products of “Panoramic Smart City Interactive System” and “One-Minute Clinic”
Ping An displays two key technology products of “Panoramic Smart City Interactive System” and “One-Minute Clinic”

Untuk terus meningkatkan keupayaan teknologi dan inovasi Kumpulan, Ping An menubuhkan dua pusat inovasi teknologi dan merekrut ratusan penginovasi di pantai timur dan barat AS sejak tahun 2017. Pasukan inovasi teknologinya telah diperluas kepada kira-kira 24,000 ahli setakat tahun ini. Menumpu pada teknologi kewangan dan rawatan kesihatan yang terkemuka di dunia, Kumpulan ini turut melancarkan "Dana Penjelajah Global Ping An". Dana ini berhasrat untuk melabur dalam syarikat-syarikat teknologi inovatif yang dapat membawakan teknologi-teknologi kewangan dan rawatan kesihatan yang terbaik dalam kelasnya di dunia serta mewujudkan strategi untuk Kumpulan selain memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka di China.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak teknologi yang dibangunkan oleh Kumpulan ini diiktiraf secara meluas oleh negara-negara dan wilayah-wilayah sepanjang "Jalan Sutera Maritim". Pada bulan Ogos, Kumpulan ini bersama-sama bekerjasama dengan Penguasa Kewangan Hong Kong untuk membangunkan platform pembiayaan perdagangan antarabangsa berasaskan teknologi rantaian blok. Projek ini menandakan pengiktirafan teknologi rantaian blok Ping An oleh rakan kongsi antarabangsanya dan turut memperlihatkan pembukaan pasaran luar negara Kumpulan untuk eksport teknologi.

Ping An telah melabur sebanyak lebih RMB50 bilion dalam penyelidikan & pembangunan (R&D) teknologi pada dekad lalu. Permohonan patennya telah meningkat kepada 6,121 setakat tahun ini. Memanfaatkan empat teknologi terasnya iaitu pengecaman pintar, AI, rantaian blok dan pengkomputeran awan, Ping An meluaskan senario aplikasinya dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan kos, meningkatkan pengurusan risiko, mencipta pengalaman pelanggan yang cemerlang, mengukuhkan daya saing, mengeksport teknologi dan perkhidmatan, mempercepatkan pengkomersialan teknologi dan menggalakkan piawaian teknologi dalam industri. Setakat ini, Ping An mengaplikasikan teknologi terasnya secara meluas bagi menyokong lima ekosistem Kumpulan melibatkan perkhidmatan kewangan, rawatan kesihatan, perkhidmatan auto, perkhidmatan hartanah dan perkhidmatan bandar pintar. Ia turut berjaya menginkubasi empat syarikat unikorn termasuk Lufax, Ping An Good Doctor, OneConnect dan juga Ping An Healthcare Technology.

Dengan mematuhi inisiatif "Jalur dan Jalan" pihak kerajaan dan panduan strategik "kewangan + teknologi" Kumpulan, Ping An akan berusaha mengukuhkan kerjasamanya dengan negara-negara Jalur dan Jalan serta meningkatkan daya saingnya dengan memperkenalkan teknologi-teknologi inovatif dengan bersungguh-sungguh. Dalam masa yang sama, Kumpulan ini akan terus meningkatkan keupayaan inovasi dan R&D serta memanfaatkan empat teknologi terasnya demi menyumbang kepada negara dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan kepada infrastruktur Jalur dan Jalan kerajaan.

Latar Belakang Ping An 

Ping An Insurance (Group) Company of China, Ltd. ("Ping An") ialah kumpulan perkhidmatan kewangan peribadi dikuasakan oleh teknologi yang terkemuka di dunia. Dengan 170 juta pelanggan dan 459 juta pengguna Internet, Ping An ialah salah sebuah syarikat perkhidmatan kewangan yang terbesar di dunia. Di bawah strategi 'aset-aset kewangan pan', syarikat menawarkan pelanggan dengan insurans, perbankan dan pengurusan aset melalui platform 'kewangan + teknologi'. Di bawah strategi 'penjagaan kesihatan pan', syarikat menggunakan platform 'kewangan + ekosistem' untuk menawarkan pengguna Internet dengan lima ekosistem, mencakupi perkhidmatan kewangan, rawatan kesihatan, perkhidmatan auto, perkhidmatan hartanah dan perkhidmatan Bandar Pintar. Ping An komited untuk melabur dalam teknologi-teknologi inovatif melibatkan teknologi kewangan, AI dan infrastruktur awan demi menyediakan pelanggan dan pengguna Internet dengan produk serta perkhidmatan yang inovatif dan juga ringkas. Sebagai sebuah syarikat insurans saham bersama pertama di China, Ping An Group komited untuk mendukung piawaian tertinggi dalam pelaporan korporat dan juga tadbir urus korporat. Syarikat tersenarai dalam bursa saham di Hong Kong dan Shanghai.

Ping An tersenarai di tempat ke-10 dalam senarai Global 2000 2018 Forbes dan menduduki tempat ke-29 dalam 500 Syarikat Terkemuka Global 2018 Fortune Magazine. Ping An turut menduduki tempat ke-43 dalam senarai 100 Jenama Global Paling Bernilai BrandZTM 2018 WPP Millward Brown.  Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.pingan.cn.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180924/2245977-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180924/2245977-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180924/2245977-1-c

 

Source: Ping An Insurance (Group) Company of China, Ltd.
Related Stocks:
HongKong:2318 OTC:PNGAY Shanghai:601318
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Internet Technology Medical/Pharmaceuticals Mobile Entertainment New products/services Trade show news