omniture

Diageo Reserve Lantik Cef Ireland Menang Anugerah sebagai Pakar Makanan Global Baharu

Diageo Reserve
2018-09-26 09:00 720

LONDON, 26 September 2018 /PRNewswire/ --

Mark Moriarty dinamakan sebagai Pakar Gastronomi Global Diageo Reserve pertama 

Diageo Reserve, portfolio mewah Diageo, hari ini mengumumkan pewujudan jawatan sokongan makanan baharu dalam perniagaannya, Pakar Gastronomi Global.

generated by system

Merupakan yang pertama seumpamanya dalam industri, jawatan ini akan menjadi pakar global Diageo untuk budaya makanan dan gastronomi, bertanggungjawab untuk menyatukan hubungan yang lebih bermakna antara majlis makanan yang lebih luas dan portfolio minuman beralkohol Reserve, yang melibatkan beberapa jenama paling digemari di dunia seperti Wiski Scotch Johnnie Walker, rum Zacapa, serta Malt seperti The Singleton, Cardhu dan Talisker[1] .

Ia menandakan komitmen selanjutnya daripada Diageo terhadap makanan, hubungan yang tercetus awal tahun ini menerusi pengumuman perkongsian antarabangsa syarikat dengan Taste Festivals IMG, suatu pengalaman rasa yang hebat di seluruh dunia untuk penggemar makanan dan minuman, dengan minuman beralkohol Diageo sebagai elemen utamanya.

Menggalas tanggungjawab sebagai Pakar Gastronomi Global pertama ialah Cef Ireland yang memenangi anugerah dan pemilik perniagaan, Mark Moriarty, yang muncul sebagai individu terkenal pada tahun 2015 apabila beliau dinobatkan sebagai Cef Muda Dunia Terbaik Tahunan San Pellegrino setelah berjaya mengagumkan barisan hakim dengan gaya memasak beliau yang berasaskan klasik, ringkas namun berkeyakinan.

Sejak itu Mark meraih reputasi antarabangsa sebagai pakar dalam penceritaan makanan dan pakar perisa melalui konsep masakan pantas inovatif beliau, yang menggabungkan seni hidangan mewah dengan hiburan teater di beberapa bandar paling progresif di dunia termasuk Singapura, Moscow, Cape Town dan London.

Ketika mengumumkan pelantikan baharu ini, Cristina Diezhandino, Pengarah Kategori Global Scotch dan Pengarah Urusan Reserve berkata: "Tahun lalu kami memperkenalkan peranan Pakar Pembuat Koktel Global baharu sebagai perakuan bar dan pakar strategi minuman kami; jawatan yang telah melakar kejayaan hebat dalam membantu kami mencapai visi kami untuk menjadikan pengalaman mewah suatu yang tersedia, boleh diakses dan beraspirasi buat semua."

"Kami menyedari bahawa budaya makanan dan minuman sedang berubah memandangkan semakin ramai yang terpesona dengan rasa dan bagaimana minuman beralkohol dapat memperhebat majlis makan. Pakar Gastronomi Global baharu kami menghidupkan perubahan ini dan membawakan era baharu bagi upacara makanan dan minuman, suatu yang dapat menyaksikan gandingan untuk memaksimumkan potensi rasa dan mencipta pengalaman rasa luar biasa yang belum pernah dilihat oleh dunia sebelum ini."

"Tiada individu lain yang lebih sesuai untuk mempelopori kedudukan ini dalam industri kami melainkan Mark Moriarty, yang mana sebagai peneroka kulinari, pemilik perniagaan yang berjaya dan penggemar minuman, mempunyai set kemahiran yang sempurna untuk menyerlahkan potensi Pakar Gastronomi Global dan menyokong siri pembangunan komersial dan inovasi kami yang lebih luas."

Mengulas mengenai peranan baharu beliau, Mark Moriarty berkata: "Peluang menjadi Pakar Gastronomi Global Diageo Reserve yang pertama merupakan satu peluang yang hebat. Saya tidak sabar-sabar untuk bekerja bersama-sama komuniti Diageo Reserve dan para pemimpin pemikiran industri yang lain untuk menghidupkan jenama revolusioner ini melalui makanan – dan akhirnya mencipta beberapa pengalaman rasa yang luar biasa untuk pengguna dan menggalakkan mereka untuk melihat koktel yang hebat sebagai cara untuk memaksimumkan detik kulinari."

Diageo Reserve menumpu pada peluang mewah global dan menghimpunkan jenama-jenama yang dibangunkan berasaskan legasi yang mantap, ketukangan dan ketulenan. Portfolionya yang memenangi anugerah termasuk Wiski Scotch Johnnie Walker, vodka Ciroc, tequila Don Julio, burbon Bulleit, gin Tanqueray No. Ten, vodka Ketel One, rum Zacapa dan koleksi hebat Malt Tunggal.

Sentiasa minum dengan berhemah. DRINKiQ.com.

 [1] Buat tahun ketiga berturut-turut, Diageo Reserve menjadi koleksi jenama minuman beralkohol yang berprestasi terbaik dalam Laporan Jenama Antarabangsa Minuman, seperti mana yang diundi oleh pelayan-pelayan bar daripada bar-bar terbaik di dunia.

Source: Diageo Reserve
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages Personnel announcements