omniture

Trina Solar Bekal Modul kepada Loji Kuasa Suria Terbesar Ukraine

Trina Solar Limited
2018-10-16 16:00 811

CHANGZHOU, China, 16 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Trina Solar Limited baru-baru ini mengumumkan bahawa syarikat telah menyerahkan 123MW modul PV kepada projek loji kuasa PV yang dibangunkan oleh DTEK, syarikat tenaga swasta terbesar di Ukraine. Setelah siap, projek ini akan menjadi kemudahan kuasa PV terbesar di peringkat tempatan dan stesen kuasa PV tunggal terbesar di Eropah.          

Terletak berhampiran Nikopol, Dnipropetrovsk Oblast di Ukraine tengah, projek ini mempunyai kapasiti terancang 246MW dan mampu menghasilkan 280 juta kWh tenaga suria setahun, menduduki tempat antara tiga teratas pembekal sepertinya di Eropah. Stesen kuasa ini, yang mana China Machinery Engineering Corporation (CMEC) berfungsi sebagai kontraktor, dijangka siap pada awal tahun 2019 dan dihubungkan ke grid pada bulan Mac. Mulai ketika itu dan seterusnya stesen kuasa ini dapat menjamin bekalan elektrik kepada 100,000 isi rumah di Ukraine dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak lebih daripada 300,000 tan setiap tahun.            

Pada masa ini, bekalan tenaga Ukraine bergantung terutamanya pada bahan api fosil dan tenaga nuklear, dengan tenaga boleh diperbaharui menyumbang kepada bahagian yang sangat kecil. Bagi mempelbagaikan sumber tenaganya, kerajaan Ukraine telah memulakan strategi pembangunan tenaga negara, yang bertujuan meningkatkan jumlah kapasiti terpasang tenaga boleh diperbaharui kepada 5GW menjelang 2020.             

Yin Rongfang, naib presiden eksekutif Trina Solar, berkata, "Memandangkan teknologi terus berkembang maju, lama kelamaan PV solar sebagai satu sumber tenaga akan mencapai keseimbangan grid. Pada masa yang sama, permintaan dalam pasaran baru muncul semakin meningkat. Tahun ini, Trina Solar pada beberapa kesempatan, telah melaporkan berita baik daripada pasaran baru muncul termasuk Ukraine dan Vietnam, dan kami sangat teruja kerana telah diiktiraf dan dipercayai oleh pelanggan tempatan. Sebagai syarikat PV global yang telah mengekalkan pembangunan yang mantap dalam jangka panjang, Trina Solar akan terus mempromosi pelaksanaan dan penggunaan tenaga bersih di seluruh dunia."

Sebagai penyedia penyelesaian solar bersepadu global, Trina Solar telah membina pasukan jualan dan operasi luar negara yang kuat dengan produk dijual kepada lebih 100 negara. Pada tahun 2017, penghantaran modul Trina Solar di seluruh dunia melebihi 9GW, yang mana lebih 60 peratus daripadanya dihantar ke pasaran luar negara.              

Latar Belakang Trina Solar Limited

Trina Solar ialah penyedia penyelesaian menyeluruh yang terkemuka bagi tenaga solar. Ditubuhkan pada tahun 1997, Trina Solar membangunkan penyelesaian PV pintar proprietari untuk stesen-stesen janakuasa besar serta penyelesaian komersial dan kediaman, sistem simpanan tenaga dan modul fotovolta. Sebagai penyedia yang terkemuka di dunia bagi penyelesaian tenaga solar bersepadu, Trina Solar telah menerajui usaha untuk berkembang menjadi jenama dalam dunia IoT (Internet Komunikasi Benda) tenaga dan komited untuk menjadi peneraju global dalam sektor baharu dan pesat berkembang ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.trinasolar.com.

Source: Trina Solar Limited
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities