omniture

Hospital Penyelidikan Kanak-kanak St. Jude dan Tessa Therapeutics Umum Kolaborasi Strategik

Tessa Therapeutics
2018-10-17 10:55 1173
  • Kolaborasi antara St. Jude dan Tessa bertujuan untuk majukan rawatan imunoterapi selular untuk kanser kanak-kanak
  • St. Jude dan Tessa akan mempelopori pendekatan baharu untuk glioma gred tinggi pediatrik, kanser otak agresif pada kanak-kanak yang mana berbilang antigen kanser akan disasarkan oleh sel T Khusus Virus terubah suai reseptor antigen kimera (CAR)

MEMPHIS, Tennessee dan SINGAPURA, 17 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Hospital Penyelidikan Kanak-kanak St. Jude (St. Jude), hospital A.S. yang menerajui usaha agar dunia memahami, merawat dan menyembuhkan kanser kanak-kanak dan penyakit-penyakit lain yang mengancam nyawa, berserta Tessa Therapeutics (Tessa), sebuah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal, hari ini mengumumkan pemeteraian satu kolaborasi strategik yang menumpu pada pembangunan imunoterapi selular baharu yang dapat menjurus kepada pilihan rawatan baharu untuk kanak-kanak yang menghidap kanser otak.

Matlamat perkongsian adalah untuk mempercepatkan pembangunan praklinikal sel T Khusus Virus (VST) yang mengekspresi CAR, seraya menjurus kepada ujian klinikal pada masa terdekat. Stephen Gottschalk, M.D., pengerusi Jabatan Pemindahan Sumsum Tulang dan Terapi Selular St. Jude, mengetuai pasukan penyelidikan St. Jude, yang turut melibatkan Giedre Krenciute, Ph.D. dan Jean-Yves Metais, Ph.D.

"Kolaborasi strategik ini akan memajukan pemahaman kami bagaimana CAR berfungsi dalam VST," kata Gottschalk. "Ilmu yang diperoleh akan menjadi kritikal untuk mengoptimumkan VST CAR yang menyasarkan berbilang antigen tumor yang diekspresikan dalam glioma gred tinggi pediatrik."

Untuk projek pertama kolaborasi, pasukan penyelidikan Gottschalk dan John E. Connolly, Ph.D., Ketua Pegawai Saintifik Tessa Therapeutics akan membangunkan rawatan baharu untuk glioma gred tinggi pediatrik, sejenis kanser otak yang agresif pada kanak-kanak yang mempunyai pilihan rawatan yang amat sedikit pada masa kini.

"Kami berasa teruja untuk berganding bahu dengan St. Jude dalam usaha melawan kanser kanak-kanak," kata Andrew Khoo, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Tessa Therapeutics. "St. Jude, salah sebuah hospital kanser pediatrik yang terkemuka di A.S., berkongsi visi yang sama dengan kami untuk berusaha ke arah mencari penawar untuk kanser. Kami percaya usaha bersama kami ini akan mempercepatkan kemajuan dalam imunoterapi selular dan membawa kami selangkah menghampiri pencapaian visi ini. Kami bersama-sama bermatlamat untuk memberi harapan baharu kepada kanak-kanak yang menghidap kanser di A.S. dan seluruh dunia."

Pasukan-pasukan di Tessa dan St. Jude khususnya akan meneroka pendekatan baharu untuk imunoterapi selular dengan menyasarkan berbilang antigen tumor dengan CAR menggunakan platform VST Tessa. Pendekatan VST berbilang CAR baharu ini berpotensi untuk meningkatkan kadar kelangsungan hidup kanak-kanak selain mengurangkan peluang untuk tumor terlepas, suatu fenomena yang mana kanser berubah untuk menghindari rawatan yang berhasil.

"Sekiranya berjaya," kata Gottschalk, "VST berbilang CAR dapat disesuaikan kepada kanser-kanser pediatrik lain yang tidak dapat disembuhkan dengan terapi konvensional."

Connolly menambah, "Glioma gred tinggi ialah tumor yang mana dalam sesetengah kes, kami dapat melihat pengurangan jumlah tumor susulan rawatan terapi sel. Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian, tumor berkenaan mula membesar semula. Salah satu sebabnya ialah terapi semasa hanya menyasarkan antigen tumor tunggal. Lama kelamaan, sel-sel kanser mungkin bermutasi dan berhenti menunjukkan antigen sasaran. Penyasaran berbilang antigen seharusnya dapat menghalang kanser daripada mengambil strategi lolosan ini. Jaminan daripada pendekatan VST berbilang CAR yang kami usahakan bersama-sama St. Jude adalah amat mengujakan."

Imunoterapi selular ialah rawatan kanser baharu yang memanfaatkan sistem imun pesakit untuk melawan penyakit. Ia dianggap secara meluas sebagai salah satu kemajuan yang paling menyakinkan ke arah penyembuhan untuk kanser. Sel-sel T dikeluarkan daripada darah pesakit dan direkayasa semula bagi mengenali sel-sel kanser. Sel-sel T kemudiannya ditambah kepada jumlah yang banyak dan dimasukkan kembali ke dalam pesakit yang mana sel-sel T mencari dan memusnahkan sel-sel kanser.

Maklumat Perhubungan Media St. Jude

Marvin Stockwell

Michael Sheffield

Pejabat: +1 (901) 595-6384

Pejabat: +1 (901) 595-0221

Tel. Bimbit: +1 (901) 734-8766

Tel. Bimbit: +1 (901) 379-6072

marvin.stockwell@stjude.org

Michael.Sheffield@stjude.org

media@stjude.org

media@stjude.org

Maklumat Perhubungan Media Tessa Therapeutics

Brunswick Group
Will Carnwath, Ben Fry
TessaTherapeutics@brunswickgroup.com
+65 6426 8188

Latar Belakang Hospital Penyelidikan Kanak-kanak St. Jude

Hospital Penyelidikan Kanak-kanak St. Jude menerajui usaha untuk dunia memahami, merawat dan menyembuhkan kanser kanak-kanak dan penyakit-penyakit lain yang mengancam nyawa. Ia merupakan satu-satunya Pusat Kanser Komprehensif dikhususkan Institusi Kanser Negara yang menumpu semata-mata terhadap kanak-kanak. Rawatan-rawatan yang dibangunkan di St. Jude telah membantu meningkatkan kadar kelangsungan hidup kanser kanak-kanak keseluruhan daripada 20 peratus kepada 80 peratus sejak hospital ini dibuka lebih 50 tahun yang lalu. St. Jude berkongsi pencapaian yang dilakukannya secara terbuka dan dengan setiap kanak-kanak yang diselamatkan di St. Jude menandakan doktor-doktor dan para saintis di seluruh dunia dapat menggunakan ilmu pengetahuan tersebut untuk menyelamatkan ribuan kanak-kanak tambahan. Keluarga tidak pernah menerima bil daripada St. Jude untuk rawatan, perjalanan, penempatan dan makanan kerana apa yang seharusnya dibimbangi oleh sesebuah keluarga adalah membantu anak mereka untuk terus hidup. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari www.stjude.org atau ikuti St. Jude melalui media sosial di @stjuderesearch.

Latar Belakang Tessa Therapeutics

Tessa Therapeutics ialah sebuah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang mempunyai visi saintifik untuk merevolusikan rawatan kanser dengan mengalihkan tindak balas imun antivirus poten tubuh bagi mengenali dan membunuh sel-sel kanser. Platform sel T khusus virus (VST) Tessa menunjukkan keputusan yang menggalakkan bagi rawatan tumor pepejal, dan Syarikat membangunkan portfolio terapi bagi menangani pelbagai jenis tumor dengan menggabungkan kualiti platform sel T dengan teknologi-teknologi pelengkap. Percubaan utama Fasa III Tessa untuk karsinoma nasofarinks (NPC) ialah percubaan imunoterapi sel T Fasa III yang terbesar di dunia untuk sebarang indikasi kanser. Syarikat turut menjalankan ujian percubaan Fasa I yang menyasarkan kanser serviks dan kanser orofarinks yang dijangka akan beralih ke Fasa II pada tahun 2019. Selain itu, Tessa turut membangunkan rancangan luas melibatkan program-program praklinikal yang menyasarkan kanser-kanser besar seperti kanser hati dan kanser peparu. Syarikat juga telah membina keupayaan operasi dan rantaian bekalan yang mantap bagi menyediakan rawatan terapi sel T dengan jayanya kepada kumpulan pesakit yang luas merentasi lima negara. Gabungan teknologi daripada rakan akademik, klinikal dan kajian komersialnya membolehkan Tessa mewujudkan pendekatan yang bersepadu sepenuhnya terhadap rawatan kanser dengan imunoterapi. Untuk maklumat lanjut mengenai Tessa, sila layari www.tessatherapeutics.com.

Source: Tessa Therapeutics
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Children-related news Clinical Trials/Medical Discoveries Contracts