omniture

Jangan Abaikan Tanda-tanda Retakan Tulang Belakang, Peringatan oleh IOF

The International Osteoporosis Foundation (IOF)
2018-10-19 08:30 1521

GENEVA, 19 Oktober 2018 /PRNewswire/ --

Osteoporosis, penyakit yang menyebabkan tulang menjadi lemah dan rapuh, merupakan punca tulang patah dalam kira-kira satu dalam tiga wanita dan satu dalam lima lelaki berusia melebihi 50 tahun di seluruh dunia.

generated by system

Keretakan tulang belakang (atau 'vertebra') merupakan keretakan osteoporosis paling biasa berlaku, yang mana satu retakan baharu dianggarkan berlaku pada setiap 22 saat di seluruh dunia. Namun demikian, meskipun ia merupakan punca utama kesakitan dan ketidakupayaan jangka panjang, sehingga 70 peratus daripada keretakan vertebra tidak mendapat perhatian klinikal.

Bagi menyambut Hari Osteoporosis Sedunia pada 20 Oktober ini, International Osteoporosis Foundation (IOF) menggesa golongan dewasa untuk berwaspada dengan tiga petanda keretakan tulang belakang yang mungkin berlaku: sakit belakang secara tiba-tiba dan teruk; kehilangan ketinggian melebihi tiga sentimeter (hanya lebih satu inci); atau bahagian belakang yang membongkok.

Presiden IOF, Profesor Cyrus Cooper, berkata: "Pesakit-pesakit yang mengalami sakit belakang secara tiba-tiba hanya sering diberikan ubat penahan sakit dan tidak diperiksa dan dirawat dengan betul bagi mengesan punca asasnya. Namun demikian, tanpa rawatan pencegahan, satu keretakan tulang belakang boleh memulakan lebih banyak kepatahan tulang secara berturut-turut, yang seterusnya menjurus kepada kesakitan dan ketidakupayaan jangka panjang."

Bahkan, satu dalam lima wanita dengan keretakan tulang belakang akan mengalami satu lagi keretakan dalam tempoh dua belas bulan, dengan impak yang serius terhadap kualiti hidup mereka. Anita, seorang pesakit dari Sweden yang mempunyai sejarah keluarga yang mengalami osteoporosis, merupakan satu contoh biasa. Anita mengalami beberapa keretakan tulang belakang, dengan keretakan ketiga berlaku apabila beliau selesema dan hanya terbatuk. Akibatnya, beliau kehilangan ketinggian sebanyak enam sentimeter, menderita kesakitan kronik dan terpaksa melepaskan pekerjaan kesayangan beliau sebagai seorang jururawat.

Bersama-sama 240 ahli organisasi di seluruh dunia, IOF menyeru ahli-ahli profesional penjagaan kesihatan untuk menangani masalah keretakan tulang belakang yang kurang dilaporkan dan kurang diberi rawatan.

Profesor Cooper menambah: "Kami menasihati pakar-pakar radiologi yang biasa melakukan sinaran-X untuk mencari keretakan vertebra dan melaporkan keadaan ini dengan betul sebagai 'keretakan'. Pakar-pakar perubatan juga perlu memainkan peranan mereka untuk memastikan bahawa setelah dikenal pasti, pesakit-pesakit mendapat manfaat daripada rawatan dan strategi pengurusan yang sesuai, sebelum keretakan yang memudaratkan dan mengancam nyawa yang selanjutnya berlaku."

Keretakan disebabkan oleh osteoporosis mewakili beban yang amat besar pada sistem penjagaan kesihatan dan kos diramalkan meningkat dengan ketara sepanjang beberapa dekad akan datang. IOF menggesa pelaksanaan Perkhidmatan Perhubungan Keretakan di hospital-hospital seluruh dunia - satu langkah penting ke hadapan bagi mengurangkan kos keretakan kerapuhan terhadap individu dan ekonomi. Perkhidmatan sedemikian dapat membantu memastikan kepatahan tulang pertama pesakit adalah yang terakhir.

Sempena Hari Osteoporosis Sedunia, IOF menyediakan beberapa sumber baharu untuk pesakit-pesakit dan ahli-ahli profesional penjagaan kesihatan. Ujian Risiko Osteoporosis Satu Minit turut disediakan bagi membantu golongan dewasa mengenal pasti faktor-faktor risiko peribadi mereka terhadap osteoporosis.

Layari http://www.worldosteoporosisday.org untuk maklumat lanjut.

Hari Osteoporosis Sedunia, disambut setiap tahun pada 20 Oktober, merupakan kempen kesedaran sepanjang tahun. http://www.worldosteoporosisday.org #WorldOsteoporosisDay

Rakan-rakan Kongsi Rasmi WOD: Amgen, Lilly, Sunsweet

International Osteoporosis Foundation (IOF) ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terkemuka di dunia yang mengkhusus pada pencegahan, diagnosis dan rawatan untuk osteoporosis serta penyakit rangka otot yang berkaitan:

http://www.iofbonehealth.org
@iofbonehealth

Perhubungan media:
P. Halbout
IOF
+41-22-9940100
info@iofbonehealth.org

Source: The International Osteoporosis Foundation (IOF)
Keywords: Health Care/Hospital