omniture

Pusat Mata Nasional Singapura, Institut Penyelidikan Mata Singapura Dan Johnson & Johnson Vision Rancang Hentikan Epidemik Miopia Global

Johnson & Johnson Vision
2018-11-12 23:00 879

Kerjasama Baru US$26.35 Juta Cari Penyelesaian Pencegahan Dan Rawatan Untuk Tangani Beban Keadaan Yang Semakin Meningkat

SINGAPORE, 12 November 2018 /PRNewswire/ -- Pusat Mata Nasional Singapura (SNEC), Institut Penyelidikan Mata Singapura (SERI) dan Johnson & Johnson Vision hari ini mengumumkan kerjasama penyelidikan bernilai US$26.35 juta (S$36.35 juta) untuk menangani miopia, atau rabun jauh, ancaman terbesar kepada kesihatan mata abad ini.1,2,3 Menjelang 2050, separuh penduduk dunia dijangka mengalami miopia, dengan satu bilion dijangka mempunyai miopia yang tinggi, keadaan yang teruk yang boleh membawa kepada penyakit retina dengan peningkatan risiko kebutaan.1

 

Perkongsian strategik awam-swasta yang pertama di Asia difokuskan pada miopia akan mewujudkan pemahaman yang lebih mendalam tentang bagaimana keadaan itu berkembang, bagaimana ia berlangsung dan bagaimana ia dapat dihalang. Ia akan bertumpu pada pembangunan alat ramalan untuk mengenal pasti mereka yang mungkin berisiko untuk mengalami miopia yang tinggi, menjalankan penyelidikan mengenai mekanisme asas miopia, kemajuan terapi baharu, dan menemui dan mengesahkan kaedah untuk mencegah permulaan dan progressi keadaan.

"Insiden miopia semakin meningkat pada kadar yang membimbangkan di seluruh dunia dan jika dibiarkan, natijah manusia dan kewangan mungkin meningkat dalam beberapa dekad yang akan datang, terutama di Asia," kata Paul Stoffels, Pengarah Urusan, Naib Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif dan Ketua Pegawai Saintifik, Johnson & Johnson.

"Kami gembira dapat bekerjasama dengan SERI dan SNEC untuk memahami keadaan ini dengan lebih mendalam dan mengenal pasti cara untuk menghentikan ancaman kesihatan awam global ini," katanya. "Bersama-sama, kami berharap dapat membawa kemajuan penting kepada individu dan keluarga di seluruh rantau Asia Pasifik dan akhirnya, di seluruh dunia."

"Peningkatan myopia yang direkodkan, terutamanya dalam kalangan golongan muda, merupakan satu kebimbangan yang serius dan jika kita dapat memahami mekanisme asas yang menyumbang kepada peningkatan yang tinggi ini, kita boleh berusaha menyelesaikan masalah ini di peringkat akar umbi," kata Profesor Aung Tin, Pengarah Eksekutif SERI. "SERI sangat komited untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat terkemuka demi menangani penyakit mata, dan kami sangat teruja untuk memulakan kerjasama penyelidikan ini bagi mencari penyelesaian baharu terhadap epidemik ini."

"Menurut Profesor Wong Tien Yin, Pengarah Perubatan di SNEC, kolaborasi ini akan mengumpulkan gabungan sumber, pengalaman klinikal dan saintifik, dan intelek yang tepat untuk mencipta pusat utama penyelidikan, penjagaan klinikal dan amalan pendidikan miopia yang direka untuk memberi sumbangan besar kepada usaha serantau dan global dalam menangani keadaan ini. "SNEC diberi penghormatan bekerjasama dengan pengkolaborasi untuk bersama-sama menangani masalah peningkatan miopia," kata Profesor Wong. "Dengan memanfaatkan kekuatan yang berbeza daripada para doktor, ahli sains klinik dan rakan kongsi strategik mewujudkan kerangka baharu bagi penyakit dan berkongsi pengetahuan ini di seluruh dunia untuk membantu menghapuskan miopia."

Myopia ialah kecacatan mata nombor satu di dunia.1,2 Myopia meningkatkan risiko kemerosotan dan pemisahan retina, katarak dan glaukoma. Apabila tidak terkawal, ia akan menjadi punca utama kecacatan penglihatan dan kebutaan yang tidak dapat dipulihkan.1 Keadaan ini berlaku apabila bola mata menjadi memanjang disebabkan oleh faktor persekitaran dan genetik.4 Sebilangan kecil modaliti kini diluluskan oleh badan pengawal selia untuk mengawal miopia.

Beban Besar Dijangka Di Seluruh Dunia, Dengan Impak Terbesar di Asia

  • Lima bilion orang di seluruh dunia dijangka mempunyai miopia menjelang 2050.1
  • Asia Timur dan Singapura akan merasakan kesan yang paling besar, dengan kadar prevalensi semasa di kalangan golongan muda setinggi 80 hingga 97 peratus tertumpu di kawasan bandar.5
  • Kanak-kanak merupakan golongan yang paling terdedah kepada keadaan ini. Sebagai contoh, di China, dalam kalangan kanak-kanak berumur enam hingga 18 tahun, prevalensi miopia meningkat daripada kurang daripada 10 kepada 80 peratus.6 Kanak-kanak yang terus mengalami miopia tinggi adalah berisiko tinggi untuk mengalami penyakit mata yang teruk di sepanjang hayat mereka dan kehilangan penglihatan kekal.7
  • Di Singapura, satu daripada dua kanak-kanak mengalami miopia pada usia 12 tahun8, dan 75 peratus remaja rabun jauh dan bergantung kepada kacamata.9
  • Ralat biasan jarak jauh yang tidak diperbetulkan, yang sebahagian besarnya disebabkan oleh miopia, sudahpun dianggarkan menelan belanja sistem penjagaan kesihatan global US$202 bilion setahun1 dan kos ini akan meningkat dengan pesat dengan peningkatan prevalens dan keterukan miopia dalam dekad yang akan datang.
  • Di Singapura sahaja, kos langsung pembetulan optik miopia untuk rakyat Singapura dianggarkan bernilai US$755 juta (S$1.04 bilion).10

Oleh kerana kerumitan dan skala miopia, menghentikan wabak ini memerlukan pendekatan pelbagai disiplin yang merangkumi penyelidikan klinikal baharu serta inovasi dalam pendidikan dan penjagaan klinikal. SNEC, SERI dan Johnson & Johnson Vision berhasrat untuk membina usaha ini dan mengajak pihak-pihak berkepentingan lain untuk menyokong strategi yang luas ini.

Johnson & Johnson Vision membawa kepakaran mendalam kepada inisiatif ini dalam bidang optometri dan oftalmologi yang disokong oleh kekuatan, keupayaan dan jangkauan Kumpulan Syarikat Johnson & Johnson, yang komited untuk menyelesaikan cabaran kesihatan awam global yang kompleks. SERI dan SNEC mempunyai rekod yang mantap untuk penyelidikan mata berimpak tinggi dan kecemerlangan dalam penjagaan klinikal yang telah membuka jalan untuk penambahbaikan kaedah pengesanan, pencegahan dan rawatan penyakit mata di Singapura, di seluruh Asia dan pada skala global.

Latar Belakang Perkongsian Strategik
Program US$26.35 juta (S$36.35 juta) ialah kerjasama antara Johnson & Johnson Vision dan Institut Penyelidikan Mata Singapura (SERI), yang merupakan cabang penyelidikan Pusat Mata Nasional Singapura (SNEC), selama tiga tahun. Johnson & Johnson Vision membuat pelaburan US$15.78 juta (S$21.77 juta), yang terdiri daripada wang tunai dan sumbangan barangan, manakala pelaburan SERI bernilai US$10.57 juta (S$14.58 juta) dalam bentuk tunai dan sumbangan barangan.

Johnson & Johnson Vision
Di Johnson & Johnson Vision, kami mempunyai cita-cita berani: untuk mengubah trajektori kesihatan mata di seluruh dunia. Melalui syarikat operasi kami, kami menyampaikan inovasi yang membolehkan para profesional penjagaan mata menghasilkan hasil yang lebih baik untuk pesakit sepanjang hidup mereka, dengan produk dan teknologi yang menangani keperluan yang tidak terpenuhi termasuk ralat biasan, katarak dan mata kering. Dalam komuniti dengan keperluan yang paling besar, kami bekerjasama untuk meluaskan akses kepada penjagaan mata yang berkualiti, dan kami komited untuk membantu orang melihat dengan lebih baik, berhubung dengan lebih baik dan hidup dengan lebih baik. Lawati kami di www.jjvision.com. Ikuti @JNJVision di Twitter dan Johnson & Johnson Vision di LinkedIn.

Institut Penyelidikan Mata Singapura (SERI)
Ditubuhkan pada tahun 1997, SERI ialah institut penyelidikan kebangsaan Singapura untuk penyelidikan oftalmik dan penglihatan. Misi SERI adalah untuk melakukan penyelidikan mata impak tinggi dengan tujuan untuk mencegah kebutaan, penglihatan rendah dan penyakit mata utama yang biasa bagi warga Singapura dan Asia. SERI telah berkembang daripada sebuah pasukan pengasas lima orang pada tahun 1997 kepada fakulti dengan anggota seramai 194 orang, merangkumi ahli sains klinik, saintis, rakan penyelidikan, pelajar PhD dan kakitangan sokongan. Ini menjadikan SERI salah satu institut penyelidikan terbesar di Singapura dan institut penyelidikan mata terbesar di Asia Pasifik. Di samping itu, SERI mempunyai lebih daripada 218 fakulti tambahan daripada pelbagai jabatan mata, institut biomedikal dan pusat pengajian tinggi di Singapura.

SERI telah mengumpulkan lebih daripada 3,295 kertas saintifik setakat September 2018, dan memperoleh lebih daripada S$307.9 juta dalam geran kompetitif rakan sebaya luar. Sehingga kini, fakulti SERI telah dianugerahkan lebih daripada 493 hadiah kebangsaan dan antarabangsa dan memfailkan lebih daripada 121 paten. Berkhidmat sebagai institut penyelidikan Pusat Mata Nasional Singapura dan berafiliasi dengan Sekolah Perubatan Duke-NUS, National University of Singapore, SERI menjalankan penyelidikan visi dengan kerjasama pusat-pusat klinikal tempatan dan institusi penyelidikan bioperubatan, serta pusat mata utama dan institut penyelidikan di seluruh dunia. Hari ini, SERI diiktiraf sebagai pusat perintis untuk penyelidikan mata berkualiti tinggi di Asia, dengan penemuan baharu yang telah diterjemahkan kepada peralihan paradigma yang signifikan dalam penyediaan penjagaan mata. Lawati kami di www.seri.com.sg.

Pusat Mata Nasional Singapura (SNEC)
Pusat Mata Nasional Singapura diperbadankan pada tahun 1989 dan memulakan operasi pada tahun 1990. Ia merupakan pusat kebangsaan yang ditetapkan dalam rangkaian penjagaan kesihatan sektor awam, dan meneraju serta menyelaras penyediaan perkhidmatan oftalmologi khusus dengan penekanan kepada pendidikan dan penyelidikan yang berkualiti. Sejak pembukaannya pada tahun 1990, SNEC telah mencapai pertumbuhan yang pesat dan kini menguruskan beban kerja tahunan sebanyak 330,000 lawatan pesakit luar, 34,000 pembedahan mata utama dan prosedur laser.

Sepuluh subpengkhususan dalam Katarak, Katarak dan Oftalmologi Komprehensif, Kornea dan Penyakit Mata Luaran, Glaukoma, Saraf-Oftalmologi, Okuloplastik dan Mataplastik Estetik, Oftalmologi Pediatrik dan Strabismus, Pembedahan Refraktif, Keradangan Okulus dan Imunologi dan Retina (Perubatan & Pembedahan) telah ditubuhkan untuk menyediakan pelbagai rawatan mata daripada komprehensif kepada tahap tinggi untuk keseluruhan keadaan mata.

SNEC diberikan Anugerah Excellence for Singapore Award pada tahun 2003 kerana mencapai kecemerlangan dalam bidang Oftalmologi, menjadikan Singapura menjadi terkenal di dunia. Pada tahun 2006, SNEC menerima Anugerah Menteri Kesihatan untuk kesihatan awam. Tiga ahli sains klinisi daripada Pusat Mata Nasional Singapura dan Institut Penyelidikan Mata Singapura dianugerahkan Anugerah Sains dan Teknologi Presiden berprestij pada tahun 2009, 2010 dan 2014 kerana sumbangan cemerlang mereka dalam penyelidikan translasi, klinikal dan epidemiologi dalam kornea, retina dan glaukoma. Lawati kami di www.snec.com.sg.

© Johnson & Johnson Vision Care, Inc. 2018

1 Holden et al Ophthalmol 2016; 123: 1036
2 Fricke et al Ophthalmol 2018; 125(10):1492-1499
3 Internal data on file
4 Fredrick, D. R. (2002). Myopia. BMJ, 324(7347), 1195-1199. doi:10.1136/bmj.324.7347.1195
5 Ding et al Survey of Ophthalmol 2015.
6 Taiwan, Lin et al 2000 Ann Acad Med Singapore 2004; 33:27-33
7 Chua et al Ophthalmic Physiol Opt 2016; 36 388–394
8 SingHealth, Eye Check A look at common eye conditions
9 HealthXchange, Common Eye Problems by Age Group, Stats and Care Tips
10 The Impact of Myopia and High Myopia: report of the Joint World Health Organization – Brien Holden Vision Institute Global Scientific Meeting on Myopia, University of New South Wales, Sydney, Australia, 16–18 Mac 2015 Halaman 10-11

 

 

Video - https://mma.prnewswire.com/media/782462/Johnson_and_Johnson_Vision__Myopia.mp4

Logo  - https://mma.prnewswire.com/media/600714/Johnson_and_Johnson_Vision_Logo.jpg

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/782479/Singapore_National_Eye_Centre_Logo.jpg

 

Source: Johnson & Johnson Vision
Related Stocks:
NYSE:JNJ
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements