omniture

Peneraju RPA dan AI Global Automation Anywhere dan VSTECS Meterai Perjanjian Pengedaran ASEAN

Automation Anywhere
2018-11-13 11:05 722

SINGAPURA, 13 November 2018 /PRNewswire/ -- Automation Anywhere®, peneraju bagi Pengautomatan Proses Robotik (RPA), mengumumkan pelantikan VSTECS (Singapore) Pte Ltd., penyedia utama bagi produk dan perkhidmatan ICT, sebagai pengedar sah baharunya untuk platform Tenaga Kerja Digital pintar miliknya.

Penyelesaian RPA yang utama industri Automation Anywhere menyediakan nilai tiada tandingan untuk syarikat-syarikat dan jabatan-jabatan kerajaan. Ia membolehkan organisasi-organisasi untuk mengautomasi sebahagian daripada proses perniagaan atau seluruh proses yang mana, pada masa lalu, diurus oleh manusia. RPA kini membebaskan pekerja-pekerja pejabat melakukan kerja yang uniknya hanya boleh dilakukan oleh manusia sahaja, manakala "bot" mengautomasi proses-proses yang lebih berulang-ulang.

"Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan pengedar utama seperti VSTECS bagi membantu memacu peluasan kami di Singapura dan Indonesia," kata Adrian Jones, Naib Presiden Eksekutif Asia Pasifik dan Jepun, Automation Anywhere. "Penyelesaian kami akan diedarkan melalui jaringan luas penjual semula ECS, meningkatkan kelajuan yang membolehkan syarikat-syarikat menjalankan proses pengautomatan di ASEAN. Hubungan ini merupakan satu pencapaian penting dalam pembangunan kedua-dua organisasi dan memperlihatkan titik penting dalam industri RPA yang pantas berkembang."

"Transformasi digital menjadi tumpuan utama syarikat-syarikat hari ini dankami menyaksikan pertumbuhan pesat RPA di Asia, serta sokongan kuat dari rakan-rakan kongsi kami," kata Sebastian Chong, Presiden, VSTECS (Singapore) Pte Ltd. dan PT ECS Indo Jaya. "Perjanjian ini dengan Automation Anywhere, yang jelas merupakan penyedia utama dalam bidang ini, melengkapi kepakaran kami sendiri dan menambah nilai pasaran di Singapura dan Indonesia."

VSTECS turut serta dalam jaringan rakan kongsi mantap Automation Anywhere yang jumlahnya melebihi 250 rakan kongsi di seluruh dunia.

Latar Belakang VSTECS (Singapore) Pte Ltd
Ditubuhkan pada 1985, VSTECS (Singapore) Pte Ltd ialah anggota dalam VSTECS Group. Sebagai pengedar ICT utama di rantau Asia Pasifik, VSTECS Group mempunyai akses kepada jaringan yang melibatkan lebih 40,000 rakan kongsi saluran di seluruh Tanah Besar China, Thailand, Malaysia, Singapura, Hong Kong, Indonesia, Filipina, Kemboja, Myanmar dan Laos. VSTECS Group tersenarai dalam Bursa Saham Hong Kong (0856.HK). VSTECS menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan ICT yang komprehensif melalui tiga perniagaan teras iaitu Sistem Perusahaan, Perkhidmatan dan Pengedaran IT. Tawaran penyelesaian bersepadu daripada vendor-vendor ICT yang utama dalam industri disediakan kepada pelanggan melalui salurannya yang luas dan kukuh.

Latar Belakang Automation Anywhere 
Automation Anywhere ialah peneraju bagi Pengautomatan Proses Robotik (RPA), platform yang membolehkan lebih banyak organisasi membangunkan Tenaga Kerja Digital Pintar bertaraf dunia. Platform gred perusahaan Automation Anywhere menggunakan bot perisian yang beroperasi bersama-sama individu untuk melakukan kebanyakan kerja-kerja berulang-ulang dalam banyak industri. Ia menggabungkan RPA sofistikated, teknologi kognitif dan analitik terbenam. Lebih 1,100 organisasi menggunakan penyelesaian didayakan AI ini untuk mengurusa dan meluaskan proses perniagaan dengan lebih pantas, dengan kadar kesilapan menghampiri sifar, sekaligus mengurangkan kos pengendalian dengan ketara. Automation Anywhere menyediakan teknologi pengautomatan kepada syarikat-syarikat perkhidmatan kewangan, insurans, penjagaan kesihatan, teknologi, pembuatan, telekomunikasi dan logistik yang terkemuka di dunia. Untuk maklumat tambahan, layari www.automationanywhere.com.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181112/2295387-1LOGO

 

Source: Automation Anywhere
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Contracts Licensing/marketing agreements