omniture

bareMinerals Sokong Pemerkasaan Wanita Dengan Pelancaran Power of Good Fund oleh bareMinerals

bareMinerals
2018-11-15 02:42 1672

LONDON, 15 November 2018 /PRNewswire/ --

Sarat dengan Kemungkinan, Bebas daripada Batasan  

Klik di sini untuk memuat turun imejan resolusi tinggi tambahan

bareMinerals, jenama kecantikan yang suci yang ditubuhkan sejak 23 tahun lalu, hari ini mengumumkan pelancaran Power of Good Fund oleh bareMinerals. Mulai Januari 2019, inisiatif dermawan ini akan menderma sebanyak 1% hasil jualan daripada butik bareMinerals dan http://www.bareminerals.com kepada pelbagai badan kebajikan yang memperjuangkan pendidikan, keusahawanan dan bimbingan wanita. Sebagai sebahagian daripada program baharu ini, bareMinerals akan turut mengkhususkan 1% daripada masa kakitangannya terhadap kerja-kerja sukarela, bagi menggalakkan setiap kakitangan untuk menyumbangkan tiga hari pada setiap tahun kepada kerja-kerja amal dengan berkesan.

Misi bareMinerals adalah untuk memperjuangkan kuasa kebaikan. Kami percaya bahawa pilihan kecil yang dibuat mempunyai kuasa untuk membawa perubahan yang besar. "Sebagai seorang ibu, ahli perniagaan dan penyokong perubahan, amat penting agar kami menubuhkan satu dana yang membolehkan golongan wanita muda untuk menyerlahkan potensi mereka dan merealisasikan impian mereka. Menerusi penubuhan Power of Good Fund oleh bareMinerals, kami berharap dapat mengubah masa depan dan kehidupan ribuan wanita di seluruh Amerika Utara untuk memulakan langkah pertama, dengan matlamat untuk membawa inisiatif ini ke peringkat global menjelang tahun 2020," kata Jill Scalamandre, Presiden bareMinerals.

Bagi meraikan pelancaran inisiatif ini, bareMinerals menganjurkan program Percutian Kesejahteraan Global Power of Good, acara global yang pertama seumpamanya oleh jenama ini, bertempat di Soho Farmhouse, Oxfordshire, England. Tetamu-tetamu terdiri daripada Hailey Baldwin (Duta Clean Beauty bareMinerals), Rosie Huntington-Whiteley (Duta Beauty bareMinerals), Nikki DeRoest (Jurusolek Artis Global bareMinerals), Marc Rey (Ketua Pegawai Eksekutif, Shiseido Americas & Ketua Pegawai Pertumbuhan Shiseido Group), Jill Scalamandre (Presiden, bareMinerals) dan Jenny Halpern Prince (Pengasas, Pengerusi Bersama dan Pemegang Amanah untuk Access Inspiration).

Lebih daripada sekadar jenama kecantikan, bareMinerals percaya bahawa pilihan kecil yang dibuat dapat menjurus kepada hal-hal yang besar. Bermula dengan produk yang menjadi sebahagian daripada rutin harian seseorang kepada hala tujuan lebih besar yang wujud melangkaui beg alat solek, bareMinerals mempunyai misi untuk membantu setiap orang untuk merasakan Kuasa Kebaikan (Power of Good). "Kempen Power of Good bukan sekadar menghargai produk-produk yang mencetuskan perubahan, tetapi juga menunjukkan betapa perasaan baik dan berbuat baik dapat memberi kesan kepada orang ramai di sekeliling anda," kata Huntington-Whiteley. Bagi Baldwin, Power of Good bermakna "dipenuhi dengan kebaikan dan bebas daripada kekejaman," manakala DeRoest percaya dengan berasa "bebas sepenuhnya dan bebas daripada sempadan."

Setiap aspek daripada acara selama dua hari itu diwujudkan bagi membangkitkan Kuasa Kebaikan dan mengamalkannya. Editor-editor dan individu-individu berpengaruh dari seluruh dunia berpeluang untuk bertemu dan membimbing golongan wanita muda daripada badan amal yang berpangkalan di London, Access Aspiration. Diasaskan oleh Jenny Halpern Prince, badan amal ini menyediakan pelajar-pelajar berusia 16 hingga 24 tahun dengan kemahiran baharu dan jaringan kerjaya dalam usaha untuk meningkatkan mobiliti sosial, meningkatkan kebolehpekerjaan dan menghapuskan halangan terhadap pendidikan tinggi. Sumbangan kepada Access Aspiration telahpun dibuat oleh bareMinerals atas nama semua tetamu yang hadir. Selain itu, DeRoest memimpin kelas induk kecantikan suci dan makan malam pula dianjurkan oleh Rey dan Huntington-Whiteley bagi melengkapkan program percutian.

Dengan kedermawanan menjadi tonggak utama jenama dan bahan-bahan suci tanpa kompromi menjadi intipati utama setiap produk, Power of Good Fund oleh bareMinerals diwujudkan untuk melanjutkan misi bareMinerals bagi memberi impak kepada dunia dengan cara yang positif. Dengan mengetahui bahawa setiap keputusan mempunyai kesan jangkauan luar, bareMinerals berusaha untuk membawa perubahan, untuk merealisasikan perubahan sebenar dan menyerlahkan potensi golongan wanita muda dengan menggalakkan perbuatan kebaikan sama ada besar mahupun kecil.

 

Source: bareMinerals
Keywords: Cosmetics & Personal Care Education Household/Consumer/Cosmetics Corporate Social Responsibility Women-related news