omniture

Ana de Armas Diperkenal sebagai Bintang Campari Red Diaries 2019, Entering Red, Filem Pendek Arahan Matteo Garrone

Campari
2018-11-15 15:16 452

MILAN, 15 November 2018/PRNewswire/ --

Campari, aperitif Itali yang ikonik, mengumumkan kembalinya Campari Red Diaries 2019 menerusi Entering Red; sebuah filem pendek yang penuh misteri menampilkan pelakon wanita Hollywood sebagai teraju utama dan bakat yang memenangi anugerah di kerusi pengarah. Didorong oleh misteri dan percintaan, para penonton dibawa melalui perjalanan penemuan yang tidak diduga ke dalam dunia Campari. Bagi Campari memandangkan 'setiap koktel menceritakan sebuah kisah', Entering Red bukan sahaja menceritakan kisah penuh misteri, ia juga merupakan oda kepada Negroni ikonik, koktel istimewa Campari yang menyambut ulang tahun keseratusnya pada tahun 2019.

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

Dibintangi pelakon wanita yang terkenal di peringkat antarabangsa, Ana de Armas - bintang filem blokbuster, Blade Runner 2049, serta pelakon Itali Lorenzo Richelmy dan diarahkan oleh pengarah Itali yang memenangi anugerah, Matteo Garrone yang mana filem terkini beliau 'Dogman' (2018) menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Cannes dan telah dikemukakan oleh Itali untuk Anugerah Academy 2019 bagi Filem Bahasa Asing Terbaik, filem pendek baharu ini akan menjadi elemen teras bagi kempen bersepadu sepenuhnya pada tahun 2019. Dengan kecintaan terhadap sinematografi dan selaku penaja utama Festival Filem Antarabangsa Venice La Biennale di Venezia, filem pendek ini hadir sebagai satu penambahan baharu yang menarik kepada sejarah filem-filem pendek dan kandungan ceritera Campari yang diiktiraf.

Entering Red ialah kisah yang mencemaskan dan menarik minat, yang mana para penonton akan berpeluang mengenali Ana, dilakonkan oleh Ana de Armas yang eponim, dengan jiwa ingin tahu beliau meneroka bandar Milano yang berkarisma melalui kanta Campari yang menawan dan menyenangkan.

Pengalaman sinematografi ini ditingkatkan oleh bakat Matteo Garrone dalam filem pendek yang amat bergaya ini, yang mana penonton akan 'melangkah ke dunia merah' serentak dengan Ana, meninjau dunia Campari yang tidak diduga dan mengagumkan bersama-sama, dan meneroka lokasi asal aperitif merah bertenaga yang ikonik ini. De Armas menggambarkan dengan sempurna evolusi wataknya, mengikuti petunjuk-petunjuk merah secara tentatif yang ditinggalkan oleh bandar Milan yang menawan untuk dicari oleh beliau.

Barisan pelakon tahun ini akan turut mengalu-alukan kameo daripada 'Red Hands' Campari, enam daripada pelayan bar terbaik di dunia, selain mereka yang berpengaruh secara sosial di hadapan kamera buat julung kalinya.

Protagonis utama dalam filem tersebut Ana de Armas mengulas: "Ia merupakan satu pengiktirafan luar biasa dapat menjadi sebahagian daripada filem pendek ini, Entering Red, dan juga kempen Campari Red Diaries. Ia juga merupakan satu keistimewaan dapat bekerjasama dengan Pengarah ternama, Matteo Garrone. Saya gemar melakonkan watak yang menunjukkan minat dan rasa ingin tahu sedemikian dalam perjalanan penemuan diri sendiri di bandar Milan yang indah."

Pengarah filem pendek tersebut, Matteo Garrone mengulas: "Filem tahun ini bakal menghidupkan perjalanan yang menarik iaitu penemuan Campari. Ia merupakan satu penghormatan dan cabaran untuk menerima tanggungjawab ini pada tahun yang begitu penting untuk jenama ini, meraikan dua ikon yang benar-benar bersifat Itali yang diiktiraf di seluruh dunia. Negroni tidak akan wujud tanpa Campari, maka untuk menceritakan kisahnya, segala-galanya bermula dengan meneroka minuman pahit manis merah."

Bob Kunze-Concewitz, Ketua Pegawai Eksekutif Campari Group: "Koktel kami adalah lebih daripada sekadar minuman, setiap satunya menceritakan sebuah kisah dan tahun ini, kami meraikan Negroni. Genap 100 tahun pada tahun 2019, Campari Red Diaries akan menghidupkan koktel ini dan membawa penonton dalam suatu perjalanan tatkala mereka melangkah ke dunia merah. Hidangan ikonik ini, yang menggunakan Campari sebagai bahan penentu utamanya, telah mencipta legasi yang agung dan adalah hebat dapat melihat kesemuanya dihidupkan, menerusi sokongan daripada bakat hebat, Ana de Armas dan Matteo Garrone serta pelayan bar dan penyokong Campari dari seluruh dunia."

Entering Red akan ditayangkan buat julung kalinya di lokasi asalnya, Milan, menerusi acara permaidani merah pada 5 Februari 2019 diikuti dengan pelancaran digital secara serentak di seluruh dunia. Filem pendek tersebut akan disediakan untuk ditonton di saluran YouTube rasmi Campari. Sila ikuti saluran media sosial Campari untuk maklumat lanjut @campariofficial.

Untuk menonton tayangan awal di sebalik tabir Entering Red, tonton video iklan acah melalui YouTube di sini: https://www.youtube.com/watch?v=NvdWLSBQg-g&feature=youtu.be

#Campari #RedDiaries

http://www.campari.com
https://www.youtube.com/EnjoyCampari
https://www.facebook.com/Campari
https://instagram.com/campariofficial
https://twitter.com/campari

LATAR BELAKANG CAMPARI RED DIARIES  

Dilancarkan pada tahun 2017, Campari Red Diaries ialah satu evolusi Kalendar Campari. Satu kempen holistik 360[o], dengan filem pendek sebagai tumpuannya, Campari Red Diaries menghidupkan etos Campari bahawa "setiap koktel menceritakan satu kisah". Campari Red Diaries dilancarkan secara digital, dengan filem pendek ditayangkan di halaman YouTube rasmi Campari.

LATAR BELAKANG CAMPARI  

Campari ialah jenama klasik yang kontemporari dan berkarisma. Ramuan rahsianya, yang kekal tidak berubah, berasal dari Novara pada tahun 1860 dan merupakan asas bagi beberapa koktel paling dikenali di seluruh dunia. Campari merupakan minuman beralkohol yang diperoleh daripada penyerapan herba pahit, tumbuh-tumbuhan beraroma dan buah-buahan dalam alkohol dan air. Dengan warna merah yang terang, aroma yang kuat dan rasa yang mencetus inspirasi, Campari sentiasa menjadi simbol daya penarik dan keseronokan, yang menyebarkan kenikmatannya menjadi suatu pengalaman minum yang mengasyikkan. Ini merupakan nilai-nilai yang menjadikan jenama Campari terkenal di seluruh dunia sebagai ikon gaya dan kecemerlangan Itali yang penuh semangat.

CATATAN UNTUK EDITOR  

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: Maklumat Perhubungan Antarabangsa

Sumber: Campari

Source: Campari
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet