omniture

Perayaan Tahunan 'ESB Unwrapped' Bangunan Empire State Sebarkan Sorakan Percutian Seluruh Bandar Raya New York

Empire State Realty Trust
2018-11-15 22:55 213

NEW YORK, 15 November 2018 /PRNewswire/ -- Bangunan Empire State (ESB) hari ini mengumumkan butiran tentang "ESB Unwrapped" – hadiah tahunannya kepada penduduk New York, pelancong dan peminat seluruh dunia sempena musim cuti ini. Perayaan ini, yang berlangsung sepanjang November hingga Disember, akan menampilkan paparan tetingkap Fifth Avenue yang meriah, konsert musim cuti dan penampilan mengejut oleh tetamu-tetamu selebriti. Dengan dekorasi berwarna emas, gangsa dan perak menghiasi pintu masuk Balai Cerap 34th Street serba baharu dan lobi Fifth Avenue yang ikonik, ESB mengundang tetamu-tetamunya untuk mengalami keajaiban percutian di tengah-tengah NYC.


"Setiap tahun, Bangunan Empire State berharap untuk mengambil bahagian dalam transformasi percutian Bandar Raya New York – suatu yang perlu dilihat oleh pengunjung Balai Cerap kami dari seluruh pelosok dunia," kata Anthony E. Malkin, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Empire State Realty Trust. "Semangat musim Krismas kami bersinar dengan terang melalui lampu-lampu menara kami, dekorasi lobi dan paparan tetingkap."

Penampilan Mengejut: 

Anda tidak akan tahu dengan siapa anda akan bertembung semasa mengunjungi ESB. Sepanjang bulan November dan Disember, bangunan ini akan menyambut tetamu-tetamu selebriti terkenal ke Balai Cerap tingkat 86 yang terkenal di dunia ini bagi menikmati pemandangan 360 darjah dan menyapa para peminat. Beberapa tahun lalu, bangunan ini mengalu-alukan legenda muzik Mariah Carey dan ikon pop Gwen Stefani semasa musim cuti.

Dekorasi Percutian: 

Pada 15 November, Radio City Rockettes akan "menonjolkan" paparan tetingkap Fifth Avenue khas ESB, direka oleh Mark Stephen Experiential Agency. Tingkap-tingkap baharu yang ditempah terlebih dahulu itu menampilkan model-model berskala luas ESB yang diperbuat daripada kristal, landskap yang dingin dan pemecah kacang perayaan. Model biskut halia ESB yang menjadi kebiasaan daripada Madison Lee Cakes akan turut ditampilkan. Hiasan dengan warna emas, gangsa dan perak akan menonjolkan seni bina Art Deco ikon global itu pada pintu masuk bangunan 34th Street dan Fifth Avenue mulai 15 November 2018, hingga 3 Januari 2019.

Lampu Menara Ikonik: 

ESB akan menerangi latar langit Bandar Raya New York menerusi lampu-lampu menara bagi meraikan Hari Kesyukuran, Chanukah, Krismas dan Malam Tahun Baharu.

Untuk jadual pencahayaan penuh, sila layari http://www.esbnyc.com/explore/tower-lights/calendar.  

Persembahan Muzik Musim Cuti: 

Mulai hari Isnin, 26 November 2018, hingga Jumaat, 28 Disember 2018, seorang pemain piano akan mengadakan persembahan di lobi Fifth Avenue ESB yang ikonik. Tetamu-tetamu diundang untuk mendengar lagu-lagu klasik musim cuti dan koleksi lagu kegemaran bermusim mulai Isnin hingga Jumaat pada jam 8-11 pagi, 12-3 petang dan 4-7 petang. ESB turut mengundang anda untuk menikmati persembahan koir pelajar dengan lagu-lagu kegemaran musim cuti bermula pada 14 Disember 2018 jam 11 pagi.

Latar Belakang Bangunan Empire State
Tersergam setinggi 1,454 kaki di Midtown Manhattan (dari tapak ke antena), Bangunan Empire State, yang dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc., merupakan "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Dengan pelaburan baharu yang dibuat dalam kecekapan tenaga, prasarana, kawasan awam dan kemudahan, Bangunan Empire State telah menarik minat penyewa kelas pertama daripada pelbagai industri di seluruh dunia. Teknologi penyiaran bangunan pencakar langit yang mantap menyokong stesen televisyen dan radio FM utama dalam pasaran metropolitan New York. Bangunan Empire State diiktiraf sebagai bangunan kegemaran Amerika dalam satu tinjauan yang dijalankan oleh Institut Arkitek Amerika, manakala Balai Cerap Bangunan Empire State merupakan salah satu daripada tarikan paling digemari di dunia sebagai destinasi pelancong nombor 1 di rantau ini. Untuk maklumat lanjut tentang Bangunan Empire State, sila layari www.empirestatebuilding.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, @EmpireStateBldg, www.instagram.com/empirestatebldg, www.youtube.com/esbnyc atau www.pinterest.com/empirestatebldg/.

Latar Belakang Empire State Realty Trust
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT), dana pelaburan hartanah (REIT) yang terkemuka memiliki, mengurus, mengendali, mengambil alih, dan menetapkan semula kedudukan hartanah pejabat dan perniagaan di Manhattan dan kawasan sekitar metropolitan New York, termasuk Bangunan Empire State, "Bangunan Paling Terkenal di Dunia". Beribu pejabat di New York, New York, portfolio pejabat dan perniagaan Syarikat meliputi 10.1 juta kaki persegi kawasan boleh sewa, setakat 30 September 2018, mencakupi 9.4 juta kaki persegi kawasan boleh sewa bagi 14 hartanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; serta kira-kira 700,000 kaki persegi kawasan boleh sewa bagi portfolio perniagaan.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/784723/ESB_Holiday.jpg  

Source: Empire State Realty Trust
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Real Estate Travel