omniture

GAC Motor dan Michelin Lancar Panduan Masakan Kantonis Pertama

GAC Motor
2018-11-15 23:56 377

GUANGZHOU, China, 15 November 2018 /PRNewswire/ -- GAC Motor, pembuat auto Cina yang terkemuka, telahpun bekerjasama secara eksklusif dengan Michelin untuk bersama-sama melancarkan "Panduan MICHELIN Makanan Kantonis Berkualiti" ("Panduan"). Edisi serantau pertama panduan menjamu selera yang paling berwibawa di dunia disediakan mulai 12 November di Guangzhou, China.

Huang Yongsheng, Naib Presiden GAC Motor; Pascal Couasnon, Presiden Global Michelin Mobility Experience; Bruno De-Feraudy, Pengurus Besar Michelin China; dan cef-cef berbintang Michelin bersama-sama mengumumkan pelancaran rasmi “Panduan MICHELIN Makanan Kantonis Berkualiti”
Huang Yongsheng, Naib Presiden GAC Motor; Pascal Couasnon, Presiden Global Michelin Mobility Experience; Bruno De-Feraudy, Pengurus Besar Michelin China; dan cef-cef berbintang Michelin bersama-sama mengumumkan pelancaran rasmi “Panduan MICHELIN Makanan Kantonis Berkualiti”

Panduan ini, yang merupakan yang pertama seumpamanya dalam sejarah 118 tahun Michelin, bertujuan untuk membantu pengembara global dan penggemar makanan meneroka hidangan masakan Kantonis terbaik dan budaya Cina di seluruh dunia. Secara keseluruhan, 291 restoran dari seluruh dunia ditampilkan dalam panduan ini, menerusi 78 restoran berbintang, 62 restoran Bib Gourmand dan 151 restoran yang dianugerahkan dengan Plat MICHELIN.

"GAC motor menganggap bahawa tawaran produk yang berkualiti tertinggi dan mewah adalah amat penting, sama seperti pentingnya seleksi bahan-bahan terhadap persediaan makanan Kantonis. Oleh itu, GAC Motor berbangga dapat bekerjasama dengan Michelin untuk bersama-sama memperkenalkan panduan masakan Kantonis Michelin pertama dunia, bahan penerbitan yang menandakan pengukuhan selanjutnya kerjasama kami bersama Michelin dan menonjolkan usaha kami untuk mencipta gaya hidup bergerak yang menyeronokkan, sekaligus mempromosi masakan enak tempatan kami yang unik serta budaya Cina kepada dunia," kata Huang Yongsheng, Naib Presiden GAC Motor.

GAC Motor bekerjasama dengan Michelin untuk bersama-sama memperkenalkan panduan makanan Kantonis Michelin pertama dunia dan mencipta gaya hidup menyeronokkan kepada pelanggan seluruh dunia.
GAC Motor bekerjasama dengan Michelin untuk bersama-sama memperkenalkan panduan makanan Kantonis Michelin pertama dunia dan mencipta gaya hidup menyeronokkan kepada pelanggan seluruh dunia.

Mengikuti kaedah-kaedah memasak yang unik untuk hidangan Kantonis dan cara masakan Kantonis diperkenalkan kepada dunia, GAC Motor meniti laluan yang sama dan menyasarkan untuk memperoleh, mengeluarkan dan menggabungkan komponen auto terbaiknya, perkhidmatan profesional dan reka bentuk inovatif bagi mencipta kenderaan yang luar biasa.

Michelin ialah salah satu daripada 18 pembekal auto strategik GAC Motor yang terkemuka di dunia. Pada tahun 2017, GAC Motor merupakan satu-satunya jenama Cina yang hadir di Move'On, sidang kemuncak mobiliti mampan global Michelin.

GAC Motor dan Michelin menandatangani perjanjian perkongsian pada November 2017 yang melibatkan perkongsian dan pertukaran eksklusif dalam aspek-aspek pembelian alat ganti, inovasi berteknologi, penjenamaan dan capaian pasaran global. Pelancaran bersama Panduan Michelin tempatan itu memperlihatkan babak baharu dalam penerokaan perkongsian berkenaan tatkala GAC Motor memulakan fasa baharu pembangunan antarabangsa.

Yu Jun, presiden GAC Motor, menyampaikan ucapan di Move'On, sidang kemuncak mobiliti mampan global Michelin
Yu Jun, presiden GAC Motor, menyampaikan ucapan di Move'On, sidang kemuncak mobiliti mampan global Michelin

Lebih banyak kerjasama antarabangsa

Dengan tujuan untuk membangunkan jenama bertaraf dunia, GAC Motor bukan sekadar mengukuhkan kerjasama yang pelbagai dan strategik bersama jenama-jenama antarabangsa terkemuka, tetapi juga terus bekerja keras dalam pembangunan pasaran antarabangsa.

GAC Motor memperkenalkan slogan jenama baharu iaitu "Mengejar Kehebatan" sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-10 syarikat, menandakan era baharu dan permulaan baharu untuk laluan jenama ini dalam operasi domestik dan antarabangsa. Syarikat berkembang dengan pantas ke dalam pasaran global dan telahpun meraih pengiktirafan signifikan di Asia Tenggara dan Timur Tengah.

Sepanjang sembilan hari bermula dari 31 Oktober hingga 8 November lalu, GAC Motor membuka pusat jualan dan perkhidmatan di Emiriah Arab Bersatu, melancarkan SUV GS7 di Kuwait dan memperkenalkan jenama ini buat julung kalinya di Arab Saudi dan Filipina. Setakat ini, GAC Motor telah menembusi lapan pasaran di Timur Tengah iaitu Kuwait, Bahrain, UAE, Qatar, Lubnan, Iraq, Jordan dan Arab Saudi serta dua pasaran di Asia Tenggara iaitu Filipina dan Myanmar, yang menerima maklum balas pasaran yang positif dan mewujudkan imej jenama berkualiti pertengahan-hingga-tinggi dalam pasaran Timur Tengah.

Latar Belakang GAC Motor

Ditubuhkan pada tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah subsidiari GAC Group, yang menduduki kedudukan ke-202 dalam kalangan syarikat Fortune Global 500. Syarikat membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas antara semua jenama Cina selama enam tahun berturut-turut dalam Initial Quality Study SM (IQS) China J.D. Power Asia Pasifik, yang menunjukkan strategi bertumpu-kualiti oleh syarikat bermula dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif, pengilangan hinggalah kepada rantaian bekalan dan jualan & perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor 
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor 
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor 

Hubungan Media:

Sukie Wong
+86-186-8058-2829
GACMotor@126.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181114/2299665-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181114/2299665-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181114/2299665-1-c

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Food/Beverages Transportation New products/services