omniture

G&W Electric Pasang Penamatan Luar Jenis Kering Acuan Awal yang pertama di Rantau Asia Pasifik dan Amerika Syarikat

G&W Electric
2018-11-16 01:07 1482

BOLINGBROOK, Illinois, 16 November 2018 /PRNewswire/ -- G&W Electric baru-baru ini memasang penamatan luar jenis kering, kepingan tunggal yang dibentuk terlebih dahulu 138kV Python® yang pertama di Malaysia, Filipina dan Ansonia, Connecticut. Bagi memenuhi peningkatan permintaan terhadap kecekapan grid serantau dan pemodenan, penamatan 138kV Python memberi beberapa faedah dan merupakan penamatan pertama yang dipasang pada tahap voltan ini dengan menggunakan kaedah pemasangan kecut mekanikal.

G&W 138kV Python® single-piece, premolded dry type outdoor terminations in Malaysia
G&W 138kV Python® single-piece, premolded dry type outdoor terminations in Malaysia

"Kami amat teruja untuk membuat pemasangan pertama kami bagi produk ini di A.S. dan rantau Asia Pasifik," kata John Mueller, Pengerusi dan Pemilik G&W Electric. "Dengan memasang Penamatan Luar Jenis Kering Python, kami berupaya membawa kuasa yang cekap dan andal ke setiap wilayah sekaligus turut menyediakan kecekapan pemasangan. Kami teruja untuk terus memenuhi peningkatan permintaan di seluruh dunia."

Penamatan Luar Jenis Kering 138kV merupakan badan getah kepingan tunggal yang dibentuk terlebih dahulu dengan elektrod kawalan tekanan terbina dalam. Untuk perlindungan tambahan daripada cuaca yang teruk, penamatan tersebut mempunyai ciri lindung angin yang menghalang unsur-unsur alam sekitar ini.

Dengan kurang komponen untuk dipasang, tiada peralatan pemasangan diperlukan dan berat yang dikurangkan, produk ini dapat mengurangkan risiko kerosakan medan, masa pemasangan, kebergantungan pada penyambung dengan ketara sambal memberikan kecekapan grid keseluruhan yang lebih baik. Reka bentuk yang ringan dan anjal membolehkan kedudukan pemasangan secara menegak, mendatar atau bersudut.

G&W menawarkan pelbagai aksesori kabel transmisi untuk sistem kabel dielektrik terekstrud. Penamatan kabel disediakan untuk aplikasi luar sehingga 500kV dan ini termasuk pilihan porselin atau penebat komposit serta reka bentuk yang dibentuk terlebih dahulu. Aksesori kabel G&W direka bagi menampung kabel-kabel daripada semua pengeluar dan dapat dihasilkan bagi menampung sebarang sistem kabel pelanggan.

Untuk maklumat lanjut tentang Penamatan Luar Jenis Kering, layari www.gwelec.com.

Latar Belakang G&W Electric
Sejak tahun 1905, G&W Electric telah menjadi penyedia utama bagi penyelesaian pengagihan kuasa yang inovatif, termasuk yang terkini bagi peralatan suis gangguan beban dan sesar, penutup balik, peralatan perlindungan sistem dan pengautomatan pengagihan. Ibu pejabat G&W terletak di Bolingbrook, Illinois, dengan kemudahan pengeluaran dan sokongan jualan berada di lebih 100 negara termasuk China, Mexico, Kanada, UAE, India, Singapura dan Brazil. Kami membantu pelanggan kami menangani cabaran mereka dan mendapat kelebihan daya saing melalui suit produk termaju dan perkhidmatan teknikal. Untuk maklumat lanjut tentang G&W layari www.gwelec.com.

Ikuti G&W melalui Twitter @GW_Electric dan LinkedIn di G&W Electric Co.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/785124/GW_Electric.jpg

Source: G&W Electric
Related Links:
Keywords: Electrical Utilities Oil/Energy Utilities Corporate Expansion