omniture

SodaStream Tingkat Usaha Dengan Kempen Alam Sekitar Baharu Seru Pengguna Pilih Pempakejan Boleh Guna Semula

SodaStream International Ltd.
2018-11-16 16:34 116

 --Di Puncak Bukit Sisa Plastik dan Diterajui oleh Penyu Laut animasi Bersuarakan Sir Rod Stewart, Kumpulan Koir Nyanyikan "Now is the Time for Change"

AIRPORT CITY, Israel, 16 November 2018 /PRNewswire/ -- SodaStream International LTD. memperkenalkan kempen video terkininya pada hari Selasa yang menumpu pada kerosakan global yang disebabkan oleh botol plastik sekali guna. Video ini memaparkan penyu laut yang menyanyi, menyeru orang ramai untuk mengambil tanggungjawab dan melakukan perubahan kehidupan yang mudah dan bermakna dengan memilih pempakejan boleh diguna semula. Video ini berperanan sebagai metafora untuk bukit kehijau-hijauan dan lautan membiru yang selama bertahun-tahun dikotori dengan sisa plastik. Kempen tular ini telah meraih 20 juta tontonan dalam 48 jam pertama.

SodaStream's new environmental campaign, which stars Sir Rod Stewart and Thor "The Mountain" Bjornsson calls upon consumers to go reusable.
SodaStream's new environmental campaign, which stars Sir Rod Stewart and Thor "The Mountain" Bjornsson calls upon consumers to go reusable.

"Plastik telah menjadi ancaman pandemik dengan impaknya terhadap kesihatan manusia masih lagi belum diketahui, namun memberi kesan alam sekitar yang buruk terhadap lautan dan kehidupan marin kita," kata Daniel Birnbaum. "Dalam kempen ini, kami ingin memberi suara kepada haiwan marin dan bersama-sama hidupan tersebut, menggalakkan orang ramai dan syarikat-syarikat untuk beralih daripada plastik sekali guna kepada pempakejan boleh diguna semula."

Untuk melihat video tersebut, klik di sini.

Diterajui oleh Sir Rod Stewart sebagai penyu laut, selebriti muncul kembali Thor "The Mountain" Bjornsson, bakat semakin menyerlah Sarah Catherine Hook, kumpulan koir dan haiwan marin yang cedera akibat serpihan plastik menyanyikan petikan daripada "Ocean of Change", lagu yang digubah untuk SodaStream sempena kempen ini.

A tear of sorrow (Setitis air mata kesedihan)
Tears of hope (Air mata harapan)
An ocean of regret (Lautan penyesalan)
I never meant to hurt you so (Aku tidak bermaksud menyakitimu)
It is not over yet (Masih belum terlambat)

We can still make this right again (Kita masih lagi boleh membetulkan keadaan ini)
We can still save ourselves (Kita masih boleh menyelamatkan diri kita)
Oceans are the springs of life (Lautan adalah mata air hayat)
They're crying S.O.S (Yang menangis meminta diselamatkan)

Now it is the time for a change it's in our hands Now it is the time for a change it's in our hands (Kini tiba masanya untuk berubah, pilihan di tangan kita Kini tiba masanya untuk berubah, pilihan di tangan kita)

Will piles of trash and poisoned seas (Timbunan sampah dan lautan beracun inikah)
be our legacy? (jadi warisan kita?)
Our kids deserve much more than that (Anak-anak kita berhak mendapat yang lebih baik daripada itu)
A world - pollution free (Dunia bebas pencemaran)

We can still make this right again (Kita masih lagi boleh membetulkan keadaan ini)
We can still save ourselves (Kita masih boleh menyelamatkan diri kita)
Oceans are the springs of life (Lautan adalah mata air hayat)
They're crying S.O.S (Ia menangis meminta diselamatkan)

Now it is the time for a change it's in our hands Now it is the time for a change it's in our hands (Kini tiba masanya untuk berubah, pilihan di tangan kita Kini tiba masanya untuk berubah, pilihan di tangan kita)

"Saya amat cintakan lautan dan kehidupan marin kita dan saya gembira kerana dapat berkongsi suara saya dan memberi sokongan kepada kempen ini," ulas Sir Rod Stewart. "Sekiranya ia dapat membantu meningkatkan kesedaran dan menyebabkan perubahan mudah seperti beralih kepada botol boleh diguna semula, maka saya berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripadanya."

Video ini dilancarkan seiring dengan laman sesawang www.FightPlastic.com, yang mana SodaStream menggalakkan pengguna-pengguna untuk mengambil pendirian terhadap plastik sekali guna.

"Biarpun satu botol SodaStream yang boleh diguna semula dapat menjimatkan ribuan botol plastik sekali guna, dunia perlu mengubah lebih daripada sekadar tabiat minumnya bagi memerangi bahaya pencemaran global. Kita semua perlu melakukan yang terbaik untuk beralih daripada plastik sekali guna termasuk penyedut minuman, cawan, beg dan botol," sambung Birnbaum. "SodaStream berharap agar kempen ini akan menggalakkan lebih ramai orang untuk mencetuskan perubahan. Pilihan di tangan kita."

Sila layari www.FightPlastic.com untuk menjadi sebahagian daripada perubahan tersebut dan ketahui lebih lanjut tentang misi berterusan SodaStream untuk menghentikan pencemaran plastik sekali guna.

Latar Belakang SodaStream
SodaStream ialah jenama air berbuih No. 1 di dunia. SodaStream mendayakan pengguna untuk menukarkan air paip biasa dengan mudah menjadi air berbuih dalam masa beberapa saat. Pembuat Air Berbuih SodaStream menawarkan kaedah alternatif yang amat berbeza dan inovatif kepada pengguna minuman ringan berkarbonat botol dan tin agar mereka dapat menikmati minuman kegemaran mereka tanpa botol plastik sekali guna. Satu botol berkarbonat SodaStream dapat menjimatkan ribuan botol plastik sekali guna dan tin. Produk-produk ini bersifat mesra alam sekitar, menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan, berkesan kos dan boleh disesuaikan serta seronok untuk digunakan. Produk-produk ini tersedia di lebih 80,000 kedai runcit di 46 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut cara SodaStream menjadikan air suatu yang menarik dan ikuti SodaStream melalui Facebook, Twitter, Pinterest, Instagram dan YouTube, layari www.SodaStream.com.

 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/784856/Time_for_a_Change_SodaStream.jpg 
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/636193/SodaStream_Logo.jpg

 

Source: SodaStream International Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:SODA
Keywords: Advertising Beverages Environmental Products & Services Green Technology Non-Alcoholic Beverages Retail Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility