omniture

Suning Dedahkan Keputusan Festival Beli Belah Hari Bujang dengan Jualan Omnisaluran Meningkat 132%

Suning Holdings Group
2018-11-17 00:06 1412

NANJING, China, 17 November 2018 /PRNewswire/ -- Suning.com ("Syarikat"), sebuah syarikat peruncitan Fortune Global 500 dan peruncit pintar dalam talian-ke-luar talian (O2O) yang terbesar di China, dimiliki oleh Suning Holdings Group, melabuhkan tirai festival beli belah Hari Bujang pada 11 November, meningkatkan jualan Omnisaluran sebanyak 132% berbanding tahun lalu. Festival ini, yang merupakan salah satu festival beli belah e-dagang terbesar, menyaksikan aplikasi runcit rasmi Suning.com menduduki tempat pertama bagi muat turun selama 10 hari berturut-turut semasa promosi berkenaan.

"Tema festival Hari Bujang tahun ini ialah 'Beli belah dalam talian, beli belah luar talian, beli belah dengan Suning'," kata Zhang Jindong, Pengerusi Suning Holdings Group. "E-dagang dalam talian sebenar telah pupus. Sebagai peruncit pintar, Suning komited untuk mempromosi konsep baharu kami melibatkan peruncitan masa depan dan kehidupan bergaya melalui penyelesaian pintar, perkaitan senario penggunaan yang berbeza, kombinasi pemasaran dalam talian dan luar talian serta penglibatan pelanggan bagi mencapai pengalaman peruncitan yang dipertingkat. Menerusi asas yang kukuh dan strategi inilah keputusan yang memuaskan dapat dicapai dalam festival beli belah ini."

Sorotan utama Festival Beli Belah Hari Bujang Suning.com

  • Pada 11 November, gedung-gedung fizikal milik Suning melayan lebih 500 juta kunjungan, perkhidmatan peruncitan CVS Suning menawarkan perkhidmatan kepada lebih 5 juta pelanggan, lebih 200 ribu kunjungan ke panggung wayang Suning dan Suning Plaza menerima 15 juta kunjungan ke gedungnya.
  • Bilangan Gedung Awan Jualan Suning, yang memperkasa pasaran pengguna perbandaran, mencecah 1666, dengan pertumbuhan jualan sebanyak 3308% berbanding tahun lalu.
  • Lebih 200 ribu kakitangan daripada logistik Suning berkhidmat kepada pelanggan seluruh negara, jumlah jarak perjalanan yang dijelajahi oleh perkhidmatan kurier Suning mencecah 1 juta kilometer, yang dapat mengelilingi bumi sebanyak 25 kali.
  • Di bawah pengaruh CIIE, jualan antarabangsa Suning (termasuk beli belah rentas sempadan) meningkat sebanyak 428%. Produk kecantikan, ibu dan anak, serta nutraseutikal menduduki senarai 3 Teratas bagi kategori paling popular. Antaranya, kategori isi rumah harian berkembang pesat dengan jualannya mencecah 636% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
  • Menurut sistem data raya Suning, bilangan pengguna yang lahir selepas tahun 1990-an menyumbang sebanyak 42%, manakala pengguna yang lahir selepas tahun 1980-an menyumbang sebanyak 38%. Buat julung kalinya, generasi selepas tahun 1990-an melangkaui generasi selepas tahun 1980-an dari segi penggunaan dalam kuantiti.
  • Mulai 1 November hingga 11 November, jumlah pesanan puncak yang diproses oleh Perkhidmatan Kewangan Suning meningkat sebanyak lebih 200%. Lebih 2 juta orang ditawarkan dengan bonus tunai dan diskaun bank. Bilangan pengguna yang memohon "Pinjaman Kasual" ialah 1.5 juta, yang menyediakan kemudahan prakredit sebanyak 600 juta secara keseluruhan.

Strategi peruncitan pintar Suning menumpu pada masa depan peruncitan yang memanfaatkan kemajuan dalam teknologi baharu dan menggabungkan senario belian berbeza bagi mewujudkan pengalaman dalam talian-ke-luar talian yang inovatif untuk pengguna, menghidupkan semula perniagaan jalanan dan menjadikan pengalaman beli belah lebih menarik dan menyeronokkan.

Sepanjang festival hari bujang, 5 tapak penyelidikan dan pembangunan (R&D) di seluruh dunia, 10 pusat data teras, lebih 4000 sistem dan lebih 10,000 jurutera IT yang berdedikasi sepenuhnya, menyediakan lebih 200 juta pengguna dengan rangkaian penuh perkhidmatan Suning.

Latar Belakang Suning

Ditubuhkan pada tahun 1990, Suning ialah salah sebuah syarikat perusahaan komersial terkemuka di China yang mempunyai dua syarikat awam masing-masing di China dan Jepun. Pada tahun 2018, Suning Holdings menduduki tempat kedua dalam kalangan 500 perusahaan milik bukan kerajaan di China yang terkemuka dengan pendapatan tahunan mencecah 80.85 bilion USD (557.88 bilion RMB). Dengan misi "Menerajui Ekosistem merentas Industri dengan Mencipta Kualiti Kehidupan Elit buat Semua", Suning memperkukuh dan mengembangkan perniagaan utamanya melalui lapan industri vertikal: Suning.com, Logistik, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Hartanah, Sukan, Media & Hiburan dan Pelaburan, yang mana Suning.com berada dalam senarai Fortune Global 500 bagi tahun 2017 dan 2018. www.suningholdings.com

Source: Suning Holdings Group
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Retail Sales reports