omniture

Uniview Buka Tapak Pengilangan di China dan Pejabat Cawangan di Korea Selatan

Uniview
2018-11-17 00:37 1724

HANGZHOU, China, 17 November 2018 /PRNewswire/ -- Uniview, perintis global dan peneraju bagi pengawasan video IP, menyatakan komitmen untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dan profesional kepada pelanggan global. Uniview mempunyai kadar pertumbuhan hampir 100% dalam pasaran luar negara, mencakupi lebih 145 wilayah dan negara serta bermatlamat untuk menyediakan perkhidmatan dan sokongan yang lebih baik kepada pelanggan pada masa depan.

Pada 9 November, tapak pengilangan Uniview secara rasminya dibuka di Zon Pembangunan Ekonomi di Tongxiang, Zhejiang. Dalam tempoh hanya lima bulan, Uniview memindahkan dan mengatur semula perniagaan pembuatan, logistik dan rantaian bekalan ke tapak baharu. Menempati kawasan lantai berkeluasan 100,000 meter persegi dan 70,000 meter persegi kawasan pembinaan, tapak pengilangan berkenaan kini bersedia bagi pengeluaran besar-besaran. Nilai output adalah melebihi 14.5 juta USD semasa pengeluaran percubaan pada bulan September dan tidak lama lagi ia akan mencapai kapasiti pengeluaran yang disasarkan.

Di samping itu, Uniview, bersama-sama China Transinfo Company, merancang untuk melabur sebanyak 156 juta USD dalam tapak pengilangan baharu tersebut. Pada masa depan, tapak pengilangan ini akan berupaya mengeluarkan lebih 10 juta unit produk pengawasan video berkualiti setiap tahun, yang bernilai lebih 1 bilion USD.

Pada 16 November, Uniview membuka pejabat cawangan baharu di Korea Selatan. Pejabat tersebut, yang terletak di 1203, Kolon Digital Tower Millart II, 31 Digital-ro 30-gil, Guro-gu, Seoul, memperlihatkan komitmen kukuh syarikat kepada pasaran Korea dan pertumbuhan pesat di Korea Selatan.

Pembukaan pejabat Korea Uniview merupakan kemuncak kepada beberapa tahun kejayaan yang membanggakan. Menerusi pejabat cawangan tersebut, Uniview berupaya menyediakan perkhidmatan dan sokongan setempat yang lebih cekap dan mengukuhkan hubungan dengan pelanggan. Lebih banyak pelaburan akan dibuat dalam pasaran Korea dan sumber manusia, termasuk jualan, prajualan, pasukan selepas jualan akan ditingkatkan bagi memenuhi kehendak daripada pasaran dan pelanggan.

"Tapak pengilangan tersebut merupakan langkah pertama ke arah objektif yang lebih tinggi dan pejabat Korea tersebut merupakan pencapaian penting untuk pasaran luar negara Uniview," kata Hermit Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif Uniview. "Dengan asas pengilangan yang lebih kukuh di Tongxiang, Uniview akan meneroka model-model logistik baharu untuk pasaran antarabangsa, memecah halangan perdagangan dan mempercepatkan sepenuhnya pembangunan pasaran antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Uniview di www.uniview.com.

Facebook: @UniviewHQ
Twitter: @UniviewTech
YouTube: Uniview

Source: Uniview
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics High Tech Security Corporate Expansion