omniture

Habanos S.A. Bawakan Edisi Terhad Bolivar Soberano di Hong Kong

HABANOS SA
2018-11-20 01:17 1073

HAVANA, 20 November 2018 /PRNewswire/ --

  • Bolívar Soberano, Edisi Terhad untuk tahun 2018 akan dibawakan oleh The Pacific Cigar Co. pada 19 dan 20 November di Hong Kong
  • Pelancaran pertama "Duke" vitola de galera - sama sekali belum pernah tersedia sebelum ini dalam portfolio jenama

Habanos, S.A., melalui pengedar rasminya untuk Asia Pasifik, The Pacific Cigar Co., akan membawakan penampilan perdana dunia Bolívar Soberano, sepuluh batang cerut yang telah dicipta "Totalmente a Mano con Tripa Larga - Buatan Tangan Sepenuhnya dengan Isian Panjang". Campurannya, daripada daun-daun yang dipetik di kawasan Vuelta Abajo*, dihargai khususnya oleh perokok-perokok yang lebih berpengalaman.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/uk/8450351-habanos-presents-bolivar-soberano-hong-kong/

Pengenalan rasmi Bolívar Soberano itu akan berlangsung pada 19 dan 20 November di Hong Kong, dalam satu acara yang mana para hadirin akan berpeluang mencuba cerut Habano baharu ini selain menikmati beberapa kejutan.

Bolívar Soberano (ukuran gelang 54 x 140 mm panjang) akan disajikan dalam bekas istimewa dengan 10 batang cerut. Soberano merupakan pelancaran pertama "Duke" vitola de galera, yang sama sekali belum pernah tersedia sebelum ini dalam portfolio jenama berkenaan. Ini merupakan Habano yang kuat, membolehkan peminat cerut untuk menikmati adunan yang seimbang dan harum daripada jenama dalam format yang baharu sepenuhnya.

Edisi Terhad Habanos begitu dihargai dan peminat-peminat cerut menantikan kemunculannya dengan pengharapan besar setiap tahun. Ia dicirikan oleh hakikat bahawa vitolanya tidak ditemui dalam portfolio biasa jenama tersebut dan ia dibezakan dengan seleksi semua daun yang teliti, iaitu capa, tripa dan capote (pembalut, pengisi dan pengikat) yang telah dimatangkan untuk tempoh tidak kurang daripada 2 tahun.

Semua Habanos yang menjadi Edisi Terhad itu dihasilkan secara "Totalmente a Mano con Tripa Larga - Buatan Tangan Sepenuhnya dengan Isian Panjang" daripada daun-daun terpilih di kawasan Vuelta Abajo* di wilayah Pinar del Río*, Cuba*, dalam kuantiti yang amat sedikit dan oleh pakar penggulung cerut Cuba, yang bekerja dengan teliti untuk memenuhi jangkaan peminat Habano yang paling cerewet.

Jenama Bolívar dicipta pada tahun 1902 dan diberi nama bersempena Simon Bolívar, salah seorang tokoh hebat pada abad ke-19 yang dicatatkan dalam sejarah sebagai pembebas sebahagian besar Amerika Selatan daripada cengkaman pemerintahan Sepanyol. Atas sebab ini dan sejajar dengan watak tokoh bersejarah yang memberi namanya, Habano ini dicirikan oleh rasanya yang kuat. Tidak syak lagi, Bolívar ialah salah satu daripada jenama paling kukuh yang membentuk dunia Habano.

The Pacific Cigar Company Limited (PCC) ialah pengedar eksklusif Habano, S.A. untuk Rantau Asia Pasifik sejak Jun 1992.

The Pacific Cigar Company mempunyai 57 gedung jualan di seluruh Asia Pasifik dan China dengan 32 buah kedai di rantau tersebut, 2 buah kedai di China, 2 buah kedai di Kanada dan 21 buah kedai tambahan oleh rakan-rakan kongsinya di Asia.

*Apelasi Asal Terpelihara

Sumber grafik: https://eshare.yr.com/fl/2mfhZN8nLO

Untuk maklumat lanjut tentang Habanos, S.A.:

http://www.habanos.com

https://www.instagram.com/habanos_oficial/

https://twitter.com/Habanos_Oficial

https://www.youtube.com/channel/UCstGLy96wdZG7eCM4855_DA

Untuk maklumat lanjut: Carla Lladó, Tel: +34932011028, press.habanos@yr.com

generated by system

Sumber: HABANOS SA

Source: HABANOS SA
Related Links:
Keywords: Tobacco New products/services