omniture

Nama Domain Cloud Tembusi Ekonomi China Dengan Akreditasi Daripada Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China

.Cloud
2018-11-20 08:00 787

LONDON, 20 November 2018 /PRNewswire/ --

gTLD (domain tahap tinggi generik) baharu .Cloud dengan sukacitanya mengumumkan ia telah menerima akreditasi daripada Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China.

generated by system

Ini menandakan langkah strategik untuk Pendaftar dan syarikat induk Itali Aruba S.p.A, dalam usaha meluaskan jaringan rakan kongsi antarabangsanya di rantau tersebut. Akreditasi bermakna domain .Cloud dapat didaftar dan dihoskan di tanah besar China.

Mou Mukherjee, Ketua Perkhidmatan Pendaftaran di .Cloud, mengulas, "Kejayaan kami adalah berdasarkan perkongsian kami dan kami tidak sabar-sabar untuk berkolaborasi dengan pendaftar Cina dan penyedia teknologi. Rakan-rakan kongsi ini memainkan peranan penting dalam membimbing perniagaan Cina menuju masa depan dalam ekonomi digital dengan membantu mereka membina, meningkatkan dan melindungi identiti dalam talian mereka."

Ekonomi digital China yang berkembang pesat mewujudkan persekitaran pertumbuhan untuk inovasi digital, dan negara tersebut berkembang pesat menjadi kuasa global utama dalam inovasi digital. Ini telah merangsang pertumbuhan yang besar dalam perkhidmatan awan yang diterajui oleh inisiatif kerajaan, beli belah dalam talian, pembayaran dalam talian, ekonomi perkongsian, media sosial, permainan kasual, penstriman video dan perkhidmatan B2C yang lain.

Pasaran pengkomputeran awan China berkembang dengan ketara sejak tahun 2010 menurut Laporan Prospek dan Rancangan Strategi Pelaburan untuk Industri Pengkomputeran Awan China (2017-2022) yang diterbitkan oleh Forward Intelligence Co. Ltd., sebuah institut penyelidikan pasaran khas. Saiz pasarannya mencecah 178.2 bilion yuan pada tahun 2016, meningkat 18.8 peratus berbanding tahun sebelumnya. Industri ini akan berkembang sekurang-kurangnya 30 peratus secara purata berbanding tahun sebelumnya dalam tempoh lima tahun akan datang. Menjelang tahun 2020, pasaran pengkomputeran awan China diunjurkan mencecah 686.6 bilion yuan (kira-kira $103.6 bilion).

Dengan masa depan yang menumpu pada pengkomputeran awan dan transformasi digital, domain .Cloud akan menjadi pilihan menarik untuk sebarang perniagaan atau jenama Cina yang ingin mengisytiharkan kemajuan teknikal mereka atau berkongsi penetapan minda moden mereka. Hari ini, istilah "awan" menjadi sinonim dengan inovasi, teknologi moden dan masa depan perniagaan.

Domain .Cloud dilancarkan pada Februari 2016 dan melalui sokongan daripada rakan-rakan kongsi pendaftar, ia dapat menjamin 155,000 pendaftaran di lebih 180 negara. Bermula dengan platform digital seperti Rio.Cloud kepada syarikat-syarikat baharu seperti Food.Cloud, Fashion.Cloud dan Reward.Cloud - .Cloud ialah domain moden untuk semua perniagaan.

Aruba S.p.A., ditubuhkan pada tahun 1994, ialah syarikat terkemuka di Itali untuk pusat data, penyelesaian awan, pengehosan web, emel, emel disahkan (PEC) dan perkhidmatan pendaftaran domain. Ia mempunyai pengalaman luas berhubung pembinaan dan pengurusan pusat data, dengan jaringan Eropah yang aktif, selain 3 pusat data yang dimiliki olehnya di Itali dan satu lagi yang bakal siap pada tahun 2020. Di utara Itali, berhampiran Milan, Aruba telah membina kampus pusat data Itali yang terbesar dengan kawasan permukaan seluas 200,000m2. Syarikat mengurus lebih 2 juta domain, 7 juta akaun emel, 5 juta akaun emel disahkan (PEC), 130,000 pelayan fizikal dan maya serta sejumlah lebih 4.7 juta pelanggan.

Berhubung dengan .Cloud melalui Twitter, Facebook & LinkedIn. Logo: http://link.get.cloud/cloudlogo

 

Source: .Cloud
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications