omniture

Kualiti ialah kuncinya: Infineon hantar eSIM gred perindustrian pertama dunia dalam pakej miniatur

Infineon Technologies Asia Pacific Pte Ltd
2018-12-14 03:23 1789

MUNICH, 14 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Komunikasi mesin-ke-mesin dalam era Internet Komunikasi Benda (IoT) memerlukan pengumpulan data yang andal dan transmisi data tanpa gangguan. Bagi memanfaatkan sepenuhnya rangkaian mudah alih merata, Infineon Technologies AG (FSE: IFX / OTCQX: IFNNY) menyediakan SIM terbenam (eSIM) gred perindustrian pertama dunia dalam Pakej Berskala Cip Peringkat Wafer (WLCSP) miniatur. Pengeluar-pengeluar mesin dan peralatan perindustrian bermula dengan mesin layan diri kepada sensor jarak jauh kepada pengesan aset dapat mengoptimumkan reka bentuk peranti IoT mereka tanpa menjejaskan keselamatan dan kualiti.

Kualiti ialah kuncinya: Infineon hantar eSIM gred perindustrian pertama dunia dalam pakej miniatur
Kualiti ialah kuncinya: Infineon hantar eSIM gred perindustrian pertama dunia dalam pakej miniatur

Penggunaan eSIM membawa beberapa kelebihan untuk penggunaan ketersambungan selular yang lancar dalam persekitaran perindustrian. Pengeluar-pengeluar peranti dapat meningkatkan kefleksibelan reka bentuk mereka lantaran jejak kecil eSIM dan memudahkan proses pembuatan selain pengedaran global hasil daripada unit simpanan stok tunggal. Pelanggan-pelanggan juga berpeluang untuk menukar penyedia perkhidmatan mudah alih mereka pada bila-bila masa, sebagai contoh, sekiranya kualiti rangkaian merosot atau sekiranya mendapat kontrak yang lebih baik daripada pengendali mudah alih.

Walau bagaimanapun, penyediaan kualiti mantap pada jejak miniatur yang dapat berfungsi meskipun dalam keadaan yang paling sukar kekal menjadi cabaran kepada penyedia silikon. Kini, Infineon maju selangkah ke hadapan dalam menangani cabaran ini. Pengawal keselamatan SLM 97 Infineon dalam Pakej Berskala Cip Peringkat Wafer (WLCSP) hanya berukuran 2.5mm x 2.7mm saiznya, menyokong julat suhu yang dilanjutkan antara -40 hingga 105 darjah Celsius. Ia menyediakan set ciri berkualiti tinggi yang mematuhi sepenuhnya dengan spesifikasi GSMA terkini untuk eSIM. Kualiti yang mantap dan ketahanan tinggi untuk aplikasi eSIM perindustrian memperlihatkan tumpuan kukuh Infineon terhadap kualiti yang tinggi dan pemikiran yang berusaha ke arah "kerosakan sifar".  

Cip keselamatan SLM 97 dalam WLCSP dikilangkan di tapak pengeluaran Infineon di Dresden serta Regensburg dan kini tersedia dalam kuantiti yang banyak. Maklumat lanjut disediakan di sini.

https://www.infineon.com/cms/en/product/security-smart-card-solutions/security-controllers/slm-97-and-slm-76/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181211/2323275-1

 

Source: Infineon Technologies Asia Pacific Pte Ltd
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Mobile Entertainment Computer Accessories Telecommunications New products/services