omniture

"Teknologi hubungkan Hartanah Global", Uoolu bakal anjur Sidang Kemuncak Internet Hartanah Global ke-2 di Beijing pada Januari 2019

Uoolu.com
2018-12-14 08:56 1318

BEIJING, 14 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Uoolu, platform utama untuk transaksi hartanah rentas sempadan, akan menganjurkan Sidang Kemuncak Internet Hartanah Global ke-2 di Beijing pada 14 Januari 2019 menerusi tema "Teknologi hubungkan Hartanah Global" yang mana ia akan memperkenalkan anugerah "100 Hartanah Global Uoolu Terbaik 2019".

Sidang Kemuncak Internet Hartanah Global Pertama yang diadakan pada Januari 2018 menghimpunkan ratusan pemaju dari 22 negara, termasuk Emaar, pemaju terbesar di Timur Tengah, Lennar, pemaju kediaman yang terbesar di AS dan Origin, pemaju awam yang pesat berkembang di Thailand dan sebagainya. Beratus-ratus outlet media terkenal termasuk Wall Street Journal, South China Morning Post dan Financial Times, telah melapor tentang sidang kemuncak berpengaruh tersebut.

2018 Uoolu Summit in Beijing
2018 Uoolu Summit in Beijing

Tema Sidang Kemuncak Hartanah Global ke-2 pada tahun 2019 ialah "Teknologi hubungkan Hartanah Global". Berserta pembangunan teknologi termasuk AI dan data raya, dengan kecenderungan kepada transaksi dalam talian, Uoolu akan membuat pelancaran inovatif penyelesaian teknologi global kepada pemaju hartanah, membantu mereka memasarkan jenama mereka, mengesan pelanggan dengan tepat dan menyelesaikan transaksasi dalam talian di seluruh dunia.

Menurut trend peruntukan aset global, pelaburan serantau tidak lagi mencukupi untuk individu bernilai bersih tinggi. Uoolu.com menyediakan data pelaburan hartanah global terkini, membantu pelanggan memilih hartanah dan mnyelesaikan transaksi dalam talian dan pada peranti mudah alih dengan selamat.

Sidang Kemuncak 2019 akan membawakan lebih 100 pemaju utama dari 32 negara, lebih 500 individu bernilai bersih tinggi dan lebih 100 outlet media antarabangsa. Uoolu bakal memperkenalkan anugerah "100 Hartanah Global Uoolu Terbaik 2019", melancarkan penyelesaian teknologi global "Uoolu International", menandatangani perjanjian dengan pemaju hartanah strategik dan membincangkan trend baharu bagi tahun 2019 bersama pemimpin-pemimpin industri.

Uoolu.com, ditubuhkan di Beijing pada tahun 2015, ialah platform utama untuk transaksi hartanah rentas sempadan. Kami berdedikasi untuk membantu individu-individu bernilai bersih tinggi melabur dalam aset-aset rentas sempadan dengan selamat dan cekap. Kami mempunyai kira-kira 3 juta pengguna aktif bulanan, boleh diakses untuk 4 bilion pengguna internet di 135 negara dan wilayah, 1,000 rakan kongsi global dan telah merealisasikan jumlah transaksi tahunan sebanyak berbilion-bilion dolar.

Untuk mendaftar Sidang Kemuncak Internet Hartanah Global ke-2 Uoolu bagi tahun 2019, sila klik 
https://www.uoolu.com/second-summit.html

Laman Sesawang: www.uoolu.com 
Facebook: https://www.facebook.com/Uoolu/ 
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/uoolu.com/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181212/2324604-1

Source: Uoolu.com
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Trade show news Future Events