omniture

Sidang Kemuncak Pengetahuan Akhiri Edisi ke-5 Dengan Jayanya di Dubai

Mohammed bin Rashid Al Maktoum Foundation (MBRF)
2018-12-15 01:08 1360

DUBAI, UAE, 15 Disember 2018 /PRNewswire/ --

Yayasan Pengetahuan Mohammed Bin Rashid Al Maktoum (MBRF) melabuhkan tirai Sidang Kemuncak Pengetahuan kali kelima, diadakan pada 5-6 Disember 2018 di Pusat Dagangan Dunia Dubai dan bertema "Belia dan Masa Depan Ekonomi Pengetahuan"

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:  https://www.multivu.com/players/uk/8465351-knowledge-summit-wraps-5th-edition-dubai/ 

Video: 
     https://www.multivu.com/players/uk/8465351-knowledge-summit-wraps-5th-edition-dubai/

"Menerusi lima edisi membuahkan hasil yang berjaya dicapai, Sidang Kemuncak mengukuhkan kedudukannya sebagai acara pengetahuan yang terkenal dan bertaraf dunia," kata Ketua Pegawai Eksekutif MBRF T.Y.T. Jamal bin Huwaireb, menyebutkan bahawa tema tahun 2018 menonjolkan strategi-strategi Kerajaan UAE yang berusaha untuk memperkasa dan melibatkan belia dalam rancangan pembangunan negara.

Agenda Sidang Kemuncak 2018 menekankan impak daripada pelbagai topik tentang belia dan ekonomi pengetahuan, bermula dengan membangunkan modal insan dan pengetahuan kepada usaha mengubah negara-negara Arab daripada pengguna pengetahuan menjadi pengeluar pengetahuan.

Penceramah-penceramah antarabangsa ternama yang menghadiri Sidang Kemuncak, terdiri daripada Y.A.M. Puteri Sumaya Bint Al Hassan, Pengerusi Princess Sumaya University for Technology; T.Y.T. Dr Ahmad Belhoul Al Falasi, Menteri Pengajian Tinggi Negara UAE; T.Y.T. Mohammad Abu Rumman, Menteri Kebudayaan dan Belia Jordan; Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan Malaysia; T.Y.T. Mansour Ibrahim Al Mansouri, Ketua Pengarah Majlis Media Kebangsaan UAE; Prof. Dr Boris Cizelj, Presiden Knowledge Economy Network; dan Kevin Harrington, Usahawan, Pengasas Bersama Pertubuhan Usahawan.

Keputusan daripada Indeks Pengetahuan Global 2018, yang dihasilkan dengan kerjasama UNDP, diumumkan semasa Sidang Kemuncak berkenaan, menamakan tujuh negara yang bakal memimpin dunia dalam bidang pengetahuan: AS, UK, Switzerland, Finland, Singapura, UAE dan Brazil. Emiriah Arab Bersatu berada di tempat ke-19 dalam Indeks tersebut, naik enam anak tangga dari tahun 2017.

Di samping itu, Sidang Kemuncak berkenaan mengiktiraf pemenang-pemenang Anugerah Pengetahuan Mohammed Bin Rashid Al Maktoum iaitu: Yayasan Jantung Magdi Yacoub, Institut Pendidikan Antarabangsa, Perpustakaan Digital Saudi dan Yayasan Amersi.

Sidang Kemuncak turut menamakan pemenang-pemenang dalam pusingan pertama "Literacy Challenge" ("Cabaran Celik Huruf"), yang berusaha untuk mendidik 30 juta belia dan kanak-kanak Arab buta huruf menjelang tahun 2030 serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran golongan muda Arab di seluruh rantau berkenaan.

MBRF melancarkan inisiatif "Know Talks" dalam Sidang Kemuncak tahun ini yang terdiri daripada sesi-sesi dialog santai dalam tempoh kurang daripada 20-30 minit dan menampilkan pakar-pakar serta para ilmuwan yang berkongsi pandangan dan kepakaran terus bersama hadirin. Sidang Kemuncak 2018 menyediakan lebih 16 "Know Talks", menarik kehadiran dalam jumlah yang besar daripada hadirin dalam acara tersebut.

Sidang Kemuncak Pengetahuan 2018 menghimpunkan lebih 100 pakar, pembuat keputusan dan pemegang kepentingan dari seluruh dunia menerusi lebih 45 panel perbincangan.

 

Source: Mohammed bin Rashid Al Maktoum Foundation (MBRF)
Keywords: Education