omniture

Pengguna Bimbang, Negara-negara Terkial Tangani Penggunaan Plastik Global

Orb Media
2018-12-15 12:01 1697

Orb Media kaji empat aspek masalah plastik: sisa marin, mikroplastik, bahan kimia dan kitar semula

WASHINGTON, 15 Disember 2018  /PRNewswire/ -- Laporan dan analisis data baharu Orb Media Inc. menunjukkan bahawa pengguna berasa amat bimbang tentang kesan plastik terhadap dunia. Terdapatnya kekeliruan awam yang semakin meluas berhubung tanggungjawab dan pilihan selain peranan pihak kerajaan dan industri dalam usaha mengurangkan pencemaran plastik.

Orb Media. A young boy climbs over plastic debris in a 50-year-old dump overlooking the ocean in the seaside town of Dagupan, Philippines. Most of the biodegradable items have long since rotted, leaving a mountain of multicolored plastics that float out to sea on the coastal winds.
Orb Media. A young boy climbs over plastic debris in a 50-year-old dump overlooking the ocean in the seaside town of Dagupan, Philippines. Most of the biodegradable items have long since rotted, leaving a mountain of multicolored plastics that float out to sea on the coastal winds.

Sorotan laporan termasuk: 

Pengganti Beg Plastik Jana Jejak Karbon Lebih Besar
Beg plastik boleh dikompos tidak boleh didegradasi di kawasan timbunan tanah atau alam semula jadi dan harus diasingkan dan dipanaskan dalam kemudahan perindustrian. Kebanyakan bioplastik membawa bahaya kepada alam sekitar yang sama dan jejak karbon yang lebih besar.

Kajian menunjukkan bahawa membuat dan memindahkan botol kaca menggunakan hampir lima kali ganda lebih banyak tenaga.

Pengeluaran beg kertas dianggap sebagai pilihan yang lebih mesra alam oleh kebanyakan individu, menghasilkan lebih banyak pencemaran udara berbanding pengeluaran beg plastik.

Sikap Beri Kesan kepada Tabiat Kitar Semula
Kajian terkini menunjukkan bahawa mood masyarakat dapat memberi kesan kepada kadar kitar semula. Purata berat kitar semula kampus adalah hampir 50 peratus lebih tinggi selepas kemenangan bola keranjang kolej berbanding selepas kekalahan atau seri di salah sebuah universiti A.S. Pada hari-hari hujan, jumlah jisim kitar semula isi rumah yang dikumpul di salah sebuah kawasan pilihan raya bandaran London menurun sebanyak satu kilogram bagi setiap millimeter kerpasan.

Mikroplastik Di Mana-mana
Kurang menonjol dalam isu plastik ialah persoalan-persoalan yang semakin timbul berkenaan pencemaran mikroplastik dalam makanan, udara, tanah dan air selain keselamatan aditif bahan kimia dalam pempakejan makanan plastik.

Orb Media berbesar hati kerana dapat menjalin kerjasama dengan ahli-ahli Orb Media Network (OMN), sebuah kumpulan media penetap agenda global yang berkolaborasi untuk bersama-sama menerbitkan kisah-kisah yang dapat memangkin dialog global berhubung isu-isu kritikal, menumpu perhatian pada kerajaan, industri, penyelidik, masyarakat awam dan orang awam.

Peserta-peserta OMN: Channels TV (Nigeria), Dhaka Tribune (Bangladesh), Folha de São Paolo (Brazil), Tempo Media Group (Indonesia), The Hindu (India), YLE (Finland), CBC (Kanada), SVT (Sweden), Die Zeit (Jerman), BBC (United Kingdom), Cadena SER-Prisa (Sepanyol), El Comercio (Perú),  El País (Uruguay), Mail & Guardian (Afrika Selatan), El Tiempo (Colombia), La Nación (Argentina), eNCA (Afrika Selatan), South China Morning Post (China), Louisville Public Media (Amerika Syarikat).

Latar Belakang Orb Media
Orb Media menerbitkan penyelidikan asli dan melaporkan tentang isu-isu yang memberi impak kepada berbilion-bilion orang, menyatukan dengan unik antara penyelidikan asli, analisis data global, pelaporan di lapangan dan melibatkan orang awam untuk memberi gambaran global yang tepat tentang dunia saling bergantung milik kita. orbmedia.org/theplasticquestion.

HUBUNGI: Lara Kline, 1-202-9058370, lara@littletomato.co 

 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/797937/Orb_Media_Plastic_Debris.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/652865/Orb_Media_Logo.jpg

 

Source: Orb Media
Related Links:
Keywords: Environmental Products & Services Environmental Issues Survey, Polls & Research