omniture

Celgard Failkan Tuntutan Mahkamah Terhadap MTI Corporation untuk Pelanggaran Paten Pemisah Bersalut Seramik Digunakan dalam Bateri Litium

Polypore International, LP
2018-12-16 00:03 1476

CHARLOTTE, Carolina Utara, 15 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Celgard, LLC ("Celgard"), subsidiari Polypore International, LP, memfailkan aduan kepada Mahkamah Daerah A.S. untuk Daerah Utara California terhadap MTI Corporation ("MTI"), penjual bagi pemisah bersalut seramik untuk bateri litium di Richmond, California, AS.

Aduan tersebut mengatakan bahawa MTI telah melanggar Paten Amerika Syarikat Celgard No. 6,432,586 yang dikeluarkan untuk ciptaan yang bertajuk "Pemisah untuk Bateri Litium Boleh Dicas Semula Tinggi Tenaga". Paten dalam tuntutan mahkamah berkenaan meliputi pemisah bateri ion-litium lapisan komposit seramik yang mula dibangunkan oleh Celgard untuk bateri ion-litium boleh dicas semula tinggi tenaga. Tuntutan mahkamah ini memohon injunksi bagi menghalang MTI daripada menjual pemisah bateri bersalut seramik yang melanggar paten Celgard dan ia turut meminta pampasan bagi ganti rugi.

Aduan yang berasingan difailkan oleh Celgard di Mahkamah Daerah A.S. untuk Daerah Barat North Carolina terhadap MTI memohon injunksi bagi menghalang MTI daripada mencabuli tanda dagangan dan daripada menjual pemisah bateri bersalut seramik tidak sah dan palsu dengan nama jenama berdaftar Celgard® dan label Celgard® serta turut meminta pampasan bagi ganti rugi.

Celgard mengambil tindakan ini bagi melindungi aset-asetnya dan para pelanggan serta akan terus mengambil langkah-langkah yang sesuai bagi mencegah eksploitasi yang tidak adil terhadap harta inteleknya.

Latar Belakang Celgard, LLC
Celgard, LLC mengkhusus dalam membangunkan, mengeluarkan dan memasarkan membran mikroliang proses-kering bersalut dan tidak bersalut yang digunakan sebagai pemisah dalam pelbagai bateri ion-litium yang memainkan peranan penting dalam prestasi, hayat dan keselamatan sel bateri litium. Teknologi pemisah bateri Celgard digunakan dalam bateri litium untuk kenderaan pacuan elektrik, sistem simpanan tenaga dan aplikasi khusus lain.

Celgard ialah sebuah subsidiari milik sepenuhnya Polypore International, LP. Untuk maklumat lanjut, layari www.celgard.com

Latar Belakang Polypore International, LP
Polypore International, LP, sebuah syarikat Asahi Kasei Group, mengkhusus dalam membran mikroliang yang direkayasa dengan luar biasa, digunakan dalam kenderaan pacuan elektrik, sistem simpanan tenaga dan sistem kuasa sandaran kecemasan, peranti elektronik pengguna yang mudah dibawa, kereta, trak, bas dan forklift. Sebuah syarikat berteknologi tinggi bertaraf global yang berpangkalan di Charlotte, Carolina Utara, Polypore International, LP dipandang tinggi dalam pasaran dengan kemudahan pembuatan atau pejabat jualan dalam sembilan negara yang berkhidmat untuk enam benua. Untuk maklumat lanjut, layari www.polypore.com.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/798399/PolyPore_Logo.jpg

 

Source: Polypore International, LP
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Legal issues