omniture

Musim Ski Bermula di Lotte Arai Resort pada 15 Disember

Lotte Arai Resort
2018-12-19 00:34 1449

MYOKO, Jepun, 19 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Tatkala musim ski bermula bulan ini, pemain-pemain ski seluruh dunia bersiap sedia untuk menikmati pengalaman terbaik musim tersebut di lokasi terbaik. Bagi pemain-pemain ski yang tercari-cari lokasi bagi menikmati aktiviti bermain ski menuruni bukit yang dingin dengan landskap bersalji yang mengagumkan, Lotte Arai Resort bakal menjadi pilihan utama mereka bagi musim 2018-2019 akan datang. Terletak di Bandar Raya Myoko, Wilayah Niigata, Jepun, pusat peranginan butik mewah itu telah memulakan musim skinya pada 15 Disember lalu.

Lotte Arai Resort_Ski
Lotte Arai Resort_Ski

Lotte Arai Resort, yang dibuka pada Disember 2017 setelah menjalani proses pengubahsuaian besar-besaran, ialah sebuah pusat peranginan dan kompleks ski yang dilengkapi dengan beberapa kemudahan terbaik di dunia. Dengan gunung ganang yang tinggi dan hujan yang lebat, Wilayah Niigata di bahagian timur laut Jepun dikenali secara meluas bukan sahaja sebagai lokasi asal bermain ski di Jepun, tetapi juga sebagai latar belakang novel "Snow Country (Yukiguni)" oleh Yasunari Kawabata, yang memenangi Hadiah Nobel untuk Kesusasteraan pada tahun 1968.

Khususnya Gunung Ohkenashi, lokasi letaknya Lotte Arai Resort, mempunyai curahan salji optimum dan keadaan salji yang terbaik di Jepun – berserbuk, ringan dan gebu. Pada hari-hari cerah, pemain-pemain ski di puncak pergunungan dapat menikmati pemandangan samudera yang mengagumkan, yang menjadikan kehadiran di pusat peranginan ini suatu yang unik dan istimewa.

Pusat peranginan ini menawarkan sejumlah 14 laluan yang terbentang di kawasan berkeluasan 15,700,000m2, dengan laluan terpanjang berjarak 5.2 km. Laluan untuk individu baru bermula, tahap pertengahan dan pakar diagihkan dengan secukupnya dengan perbezaan altitud 951 meter. Kemudahan-kemudahan termasuk kawasan kereta luncur salji yang ditarik kuda untuk kanak-kanak dan laluan pakar yang bermula pada ketinggian 1,280 meter di atas paras laut. Peminat-peminat ski menggemari musim ski yang lebih panjang di sini, yang bermula dari Disember 2018 hingga Mei 2019. Sebagaimana yang diceritakan penuh ghairah oleh pemain ski dan juga peminat, Lotte Arai Resort menganjurkan Siri Freeride World Tour Japan pada bulan Mac sekali lagi susulan acara yang membuahkan hasil tahun lalu.

Terdapat lebih banyak sukan musim sejuk yang menarik untuk dinikmati di Lotte Arai Resort. Zip Tour bagi jarak paling jauh Asia pada 1,501 meter bermula di gunung pada ketinggian 1,000 meter di atas paras laut. Berukuran 192 meter, Tubing ini merupakan yang terpanjang di Jepun. Para pengunjung juga boleh terlibat dalam pelbagai aktiviti bukan ski seperti Bouldering (mendaki batuan tiruan dalam bangunan), Trampolin Empat Segi dan banyak lagi. Selepas seharian bermain sukan musim sejuk, apa kata berendam pula dalam Onsen kawasan luar yang hebat, dicipta secara alami oleh mata air berasaskan alkali dari 1,750 meter di bawah tanah sambil menghitung bintang-bintang berkerlipan di langit malam?

Bermula dengan aktiviti-aktiviti liburan di laluan ski mengagumkan, padat dengan 100% salji berserbuk semula jadi kepada Onsen yang nyaman bagi menghangatkan tubuh dan minda seseorang, serta hidangan makanan laut yang sangat enak digandingkan dengan minuman keras tradisional Jepun, Lotte Arai Resort ialah pusat keseronokan dan destinasi paling optimum untuk peminat sukan ski pada musim sejuk.

Semak maklumat ini: mulai 22 Disember 2018 hingga 16 Mac 2019, pusat peranginan ini menawarkan Pakej Snowy Arai termasuk bilik standard dan satu Tiket Lif Ekonomi setiap orang. Harga bermula pada JPY 22,920 tidak termasuk VAT.

*Untuk pertanyaan dan tempahan: Lawati halaman utama Lotte Arai Resort di https://www.lottehotel.com/arai-resort/en

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181217/2329178-1

 

Source: Lotte Arai Resort
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Hotels and Resorts Sports Travel New products/services Outdoors/Camping/Hiking