omniture

Coinsquare dilancar di Kesatuan Eropah

Coinsquare
2018-12-19 17:00 1807

Platform perdagangan mata wang kripto akan membolehkan pengguna membiayai akaun menggunakan berbilang mata wang fiat

TORONTO, 19 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Menerusi langkah yang dapat meluaskan peluang pasarannya sebanyak 1200%, Coinsquare, salah satu platform perdagangan mata wang kripto ulung di dunia untuk mendagangkan Bitcoin, Ethereum serta mata wang kripto yang lain, mengumumkan bahawa ia telah dilancarkan secara serentak di 25 negara dalam Kesatuan Eropah. Coinsquare mula mengumumkan hasratnya untuk membuat pelancaran di Eropah awal tahun ini. Pelanggan-pelanggan Eropah kini mendapat akses kepada suit penuh mata wang kripto dan perkhidmatan Coinsquare. Ini menandakan peluasan antarabangsa pertama buat Coinsquare, yang setakat ini hanya tersedia untuk pelanggan Kanada.

Sejak hari-hari terawal kami, Coinsquare menumpu untuk membangunkan perniagaan perdagangan yang paling patuh dan terjamin dalam bidang mata wang kripto. Selepas membangunkan sejumlah besar infrastruktur baharu, mencapai audit kewangan pihak ketiga yang berjaya dan menjamin perbankan Kanada paling utama, kami berpendapat masanya telah tiba untuk meluaskan tawaran kami ke dalam pasaran lain. Kami memutuskan untuk bermula dengan Eropah lantaran keluasan peluangnya dan kebolehan kami untuk menawarkan sesuatu yang unik kepada pasaran berkenaan," kata Cole Diamond, Ketua Pegawai Eksekutif Coinsquare. "Eropah ialah pasaran mata wang kripto yang pesat berkembang dan komuniti mata wang kripto Eropah berasa teruja kerana mendapat pilihan untuk meletakkan aspek keselamatan, pematuhan dan pengurusan risiko sebagai keutamaan dalam tawarannya."

Pelanggan-pelanggan Eropah kini membiayai akaun Coinsquare mereka dengan pelbagai kaedah pembiayaan. Pengguna-pengguna Eropah akan mendapat akses kepada semua perkhidmatan utama daripada Coinsquare termasuk belian dan dagangan mata wang kripto, perkhidmatan rencam Coinsquare Wealth, Coinsquare APIs untuk pelanggan B2B dan Coinsquare Capital Markets unutk pelabur institusi dan pejabat keluarga.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Coinsquare, layari coinsquare.com.

Pautan Sosial

Laman Sesawang: coinsquare.com
Facebook: facebook.com/coinsquare.io
Twitter: twitter.com/coinsquare
Instagram: instagram.com/coinsquare
LinkedIn: linkedin.com/company/coinsquare
Crunchbase: crunchbase.com/organization/coinsquare

Latar Belakang Coinsquare
Coinsquare ialah salah satu platform perdagangan mata wang kripto ulung di dunia untuk mendagangkan Bitcoin, Ethereum dan mata wang kripto yang lain. Sejak ditubuhkan pada tahun 2014, syiling kami tidak pernah mengalami kerugian.

Kekal berpegang teguh untuk menumpu pada ketelusan, mitigasi risiko dan mewujudkan budaya berfikiran terbuka, Coinsquare mempunyai misi untuk berkembang menjadi syarikat perkhidmatan kewangan berbilang aspek yang mantap dalam teknologi rantaian blok, menawarkan perkhidmatan perdagangan runcit untuk mata wang kripto dan API perdagangan mata wang kripto Coinsquare untuk pelanggan B2B.

Untuk maklumat lanjut: Stefan Palios, stefan.palios@coinsquare.com, +1-416-709-3592

Source: Coinsquare
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Corporate Expansion Blockchain