omniture

Shoclef Bawakan Beli Belah Secara Langsung dalam Pasaran Global

Shoclef Inc.
2018-12-19 20:05 1767

SAN FRANCISCO, 19 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Platform beli belah mudah alih yang unik, Shoclef, melancarkan aplikasi beli belah mudah alihnya awal tahun ini. Selepas menerima maklum balas positif dan memperoleh lebih 80 juta pengguna aktif di Asia sahaja, syarikat ini melancarkan versi direka bentuk semula sepenuhnya bagi menjadikan aplikasi ini lebih mesra pengguna.

Jadi, apa itu Shoclef? Ia merupakan satu platform unik yang menghimpunkan Pembeli, Pembeli Belah Peribadi dan Perniagaan. Paling menarik ialah aplikasi tersebut membolehkan anda meraih keuntungan apabila anda Bersiaran Secara Langsung! Pembeli dan Perniagaan akan memperoleh wang bagi setiap minit penonton melihat strim langsung mereka.

Apa yang membuatkan aplikasi ini begitu berjaya? Konsepnya yang inovatif—gabungan antara runcit dengan strim langsung—menjadikan Shoclef sebagai satu penggiat baharu yang menarik dalam sistem pasaran bebas ('gig economy'). Menerusi interaksi dan keaslian sebagai terasnya, aplikasi ini membolehkan pengguna membeli dan menjual di lebih 150,000 bandar di seluruh dunia. Bagi menjadikannya lebih maju, Shoclef menawarkan tahap ketelusan yang tidak dapat ditandingi oleh aplikasi runcit yang lain—apabila pengguna membeli belah secara langsung, mereka dapat melihat produk tersebut dengan tepat sebagaimana rupanya yang sebenar! Bukankah kita semua pernah memesan barangan dalam talian dan akhirnya kecewa dengan produk sebenar yang kita terima?

Di samping itu, apabila membeli belah secara langsung, seluruh pengalaman beli belah pengguna berlaku pada waktu nyata. Pembeli Belah Peribadi akan ke kedai dan pengguna boleh berbual dengan pembeli belah tersebut, menjadikan pemesejan langsung suatu pengubah industri sebenar. Tidak sukakan warna kot? Inginkan sepasang but bersamanya? Tiada masalah! Sebagai pengguna, anda boleh berbual dengan mudah bersama Pembeli Belah, membuat permintaan dan menyemak saiz atau warna. Ia benar-benar membeli belah di kedai, daripada keselesaan rumah anda. Shoclef berusaha menjadikan pengalaman membeli belah anda lancar, memuaskan dan menyeronokkan.

Bagi Perniagaan, Shoclef ialah satu portal bijak bagi memperoleh berjuta-juta pengguna global. Bersiaranlah secara langsung melalui aplikasi ini dengan produk/perkhidmatan anda untuk menggamit perhatian, melonjakkan jualan dan mendekati pengguna baharu, kesemuanya secara percuma. Ia juga merupakan satu peluang hebat untuk berhubung dan berinteraksi dengan pelanggan anda. Fungsi sembang membolehkan pengguna berkongsi maklum balas dengan segera, membuat permintaan dan melakukan transaksi. Tingkatkan jualan sambil berhubung dengan pelanggan anda!

Shoclef berbangga kerana dapat mencipta pengalaman beli belah diperibadikan yang dapat menyingkirkan kesemua cabaran membeli belah. Aplikasi ini kini sedia dimuat turun dalam iOS dan Android.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.shoclef.net.

Hubungan Media
media@shoclef.com 
+1 (415) 756-4528

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/799566/Shoclef_App_Logo.jpg

 

Source: Shoclef Inc.
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications