omniture

Bangunan Empire State Dan Interscope Records, Berserta iHeartMedia, Janjikan "White Christmas" Dengan Pertunjukan Muzik-Kepada-Cahaya Perayaan Tahunan Tampilkan OneRepublic

Empire State Realty Trust, Inc.
2018-12-19 20:08 1806

NEW YORK, 19 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT) dan iHeartMedia hari ini mengumumkan bahawa pertunjukan muzik-kepada-cahaya perayaan tahunan Bangunan Empire State (ESB) akan menampilkan versi White Christmas OneRepublic artis Interscope yang baru dilancarkan. Pereka cahaya yang ternama di dunia, Marc Brickman mencipta pertunjukan perayaan yang memukau yang akan dipersembahkan julung kalinya pada 19 Disember dan akan disegerakkan secara langsung pada setiap malam jam 8:30 malam ET melalui stesen radio Z100 dan 106.7 Lite FM iHeartMedia New York yang turut tersedia melalui aplikasi iHeartRadio sehingga 25 Disember.


Pertunjukan muzik-kepada-cahaya ini yang ditetapkan mengikut muzik klasik musim cuti yang diperbaharui semula akan mengakhiri "ESB Unwrapped," perayaan sepanjang musim yang menampilkan dekorasi perayaan yang memukau pada tingkap-tingkap Fifth Avenue ESB, lobi Art Deco dan pintu masuk Tetamu Balai Cerap 34th Street, penampilan mengejutkan oleh para selebriti, pemain piano memainkan seleksi lagu kegemaran musim perayaan dan pertunjukan cahaya temasya perayaan.

"Pada setiap musim cuti, pertunjukan cahaya Bangunan Empire State akan membawakan keceriaan Krismas kepada seluruh dunia melalui media sosial," kata Anthony E. Malkin, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif ESRT. "Kami berbangga kerana pertunjukan tahunan kami menjadi kemuncak musim perayaan buat ramai pihak. Tahun ini, saya teruja kerana kami bekerjasama dengan Interscope Records dan OneRepublic untuk menyinari latar langit Bandar Raya New York.

Mulai 19 Disember hingga 25 Disember, peminat-peminat dapat mendengari persembahan muzik-kepada-cahaya musim perayaan dengan menala ke saluran Z100 dan 106.7 Lite FM pada jam 8:30 malam EST, atau dengan menstrim stesen-stesen ini secara langsung di iHeartRadio, perkhidmatan radio muzik digital, audio siar, atas permintaan dan penstriman langsung semua-dalam-satu. Persembahan menakjubkan itu akan dapat dilihat pada waktu-waktu berkenaan kepada pencari keseronokan dan pelancong dari pelbagai sudut pandangan di sekitar Bandar Raya New York dan kawasan tiga negeri itu.

Untuk turut merasai keseronokannya, gunakan tagar #ESBUnwrapped pada saluran media sosial. Para penonton dapat turut serta untuk menyaksikan pertunjukan berkenaan secara langsung melalui halaman Facebook Bangunan Empire State. Video seluruh pertunjukan ini akan turut dipaparkan di saluran YouTube Bangunan Empire State (www.youtube.com/esbnyc) susulan daripada acara ini untuk dinikmati oleh mereka di seluruh dunia.

Latar Belakang Bangunan Empire State
Tersergam setinggi 1,454 kaki di Midtown Manhattan (dari tapak ke antena), Bangunan Empire State, yang dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc., merupakan "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Dengan pelaburan baharu yang dibuat dalam kecekapan tenaga, prasarana, kawasan awam dan kemudahan, Bangunan Empire State telah menarik minat penyewa kelas pertama daripada pelbagai industri dari seluruh dunia. Teknologi penyiaran bangunan pencakar langit yang mantap menyokong stesen televisyen dan radio FM utama dalam pasaran metropolitan New York. Bangunan Empire State dipilih sebagai destinasi pelancongan paling popular di dunia dalam satu kajian yang dijalankan oleh Uber dan dinamakan sebagai bangunan kegemaran Amerika dalam satu tinjauan yang dijalankan oleh Institut Arkitek Amerika. Untuk maklumat lanjut tentang Bangunan Empire State, sila layari www.empirestatebuilding.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, @EmpireStateBldg, www.instagram.com/empirestatebldg, http://weibo.com/empirestatebuilding,  www.youtube.com/esbnyc atau www.pinterest.com/empirestatebldg/.

Latar Belakang Empire State Realty Trust
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT), dana pelaburan hartanah (REIT) yang terkemuka, memiliki, mengurus, mengendalikan, mengambil alih, dan menetapkan semula kedudukan hartanah pejabat dan perniagaan di Manhattan dan kawasan sekitar metropolitan New York, termasuk Bangunan Empire State, "Bangunan Paling Terkenal di Dunia". Beribu pejabat di New York, New York, portfolio pejabat dan perniagaan Syarikat meliputi 10.1 juta kaki persegi kawasan boleh sewa, setakat 30 September 2018, mencakupi 9.4 juta kaki persegi kawasan boleh sewa bagi 14 hartanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; serta kira-kira 700,000 kaki persegi kawasan boleh sewa bagi portfolio perniagaan.

Latar Belakang iHeartMedia New York
iHeartMedia New York memiliki dan mengendalikan WHTZ-FM, WKTU-FM, WAXQ-FM, WWPR-FM, WLTW-FM dan WOR-AM. iHeartMedia ialah syarikat audio nombor satu di Amerika Syarikat, mendekati sembilan daripada 10 warga Amerika setiap bulan dan melalui satu perempat daripada satu bilion pendengar bulanannya, iHeartMedia mempunyai capaian lebih besar berbanding mana-mana syarikat media lain di A.S. Kedudukan kepimpinan syarikat dalam segmen audio mencakupi pelbagai platform termasuk 850 stesen siaran langsung; penstriman muzik, radio dan atas permintaan melalui perkhidmatan digital iHeartRadio yang disediakan merentas lebih 250 platform dan 2,000 peranti termasuk pembesar suara pintar, papan pemuka auto, tablet, peranti boleh pakai, telefon pintar, pembantu maya, TV dan konsol permainan; melalui pihak berpengaruhnya; sosial, acara muzik langsung ikonik berjenama; dan audio siar sebagai penerbit audio siar komersial #1 di dunia. iHeartMedia turut menerajui industri audio dalam analitik teknologi atribusi untuk rakan-rakan kongsi pemasarannya, menggunakan data daripada kumpulan pengguna besar-besarannya. iHeartMedia merupakan sebahagian daripada iHeartMedia, Inc. Lawati iHeartMedia.com untuk maklumat lanjut tentang syarikat.


Foto - https://mma.prnewswire.com/media/799544/Empire_State_Building.jpg

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/799545/1R_2018_by_Stewart_Gerard.jpg

 

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Related Links:
Keywords: Art Banking/Financial Service Commercial Real Estate Entertainment Music Radio Real Estate Future Events