omniture

IHG® Alu-alukan Six Senses Hotels Resorts Spas ke dalam Keluarga Jenamanya

IHG (InterContinental Hotels Group)
2019-02-14 23:32 1983

Six Senses jadi penambahan terbaharu kepada salah sebuah syarikat hotel yang terkemuka di dunia

LONDON, 14 Februari 2019 /PRNewswire/ -- IHG® (InterContinental Hotels Group), salah sebuah syarikat hotel yang terkemuka di dunia, mengalu-alukan ahli keluarga baharu ke dalam portfolio jenamanya, menerusi pemerolehan Six Senses Hotels Resorts Spas.

Six Senses terkenal dengan tumpuannya terhadap kesejahteraan dan kemampanan, dengan setiap hotel dan pusat peranginan ditempatkan di lokasi-lokasi dengan keindahan alam semula jadi yang luar biasa yang akan membuatkan langkah anda terhenti, memberikan tahap perkhidmatan tanpa kompromi yang akan kekal lama bersama anda biarpun setelah anda meninggalkannya. Kesemuanya telahpun diiktiraf melalui pelbagai anugerah dan penghargaan* industri termasuk Travel+Leisure (Anugerah Terbaik Dunia, Jenama Hotel Terbaik untuk dua tahun berturut-turut), TIME Magazine, Conde Nast Traveler dan Skift, antaranya.

Mempunyai hartanah di 12 negara, Six Senses merupakan jenama di sebalik beberapa hotel, pusat peranginan dan spa yang paling menarik di dunia, termasuk: estet wain abad ke-19 di Douro Valley (Portugal), pusat peranginan pulau yang menakjubkan di Seychelles dan Maldives, percutian tepi pantai di Indonesia, Thailand, Vietnam dan Oman, percutian bandar di Singapura dan kediaman di kawasan pergunungan Courchevel (Perancis).

Six Senses menyertai bilangan jenama mewah yang semakin bertambah dalam keluarga IHG termasuk:

  • InterContinental® Hotels & Resorts , jenama hotel mewah yang terbesar di dunia, yang baru-baru ini meraikan pembukaan hotel ke-200 dan dinamakan dengan jolokan Jenama Hotel Terkemuka Dunia buat kali ke-12 di World Travel Awards (WTA). Ini merupakan jenama yang dikhususkan kepada mereka yang menghargai dan menikmati The InterContinental Life - glamor dan keseronokan tempat-tempat menarik, digabungkan dengan pengetahuan antarabangsa dan kebijaksanaan budaya tempatan.
  • Regent® Hotels & Resorts , baru-baru ini turut diambil alih dan kini menjalani proses penyesuaian semula yang meraikan warisan mewah mendalam dan legasi dihormati jenama tersebut. Dibangunkan pada tahun 1970, koleksi hotel-hotel dan pusat-pusat peranginan moden ini berakar umbi daripada kehidupan luar biasa dengan legasi kemewahan yang berterusan sehingga ke hari ini.
  • Kimpton® Hotels & Restaurants , perintis industri yang mula-mula memperkenalkan konsep butik kepada A.S. Jenama tersebut kini bakal dibuka di 20 destinasi global baharu termasuk Bandar Raya Mexico, Paris, Barcelona, Bali dan Shanghai, setiap satunya akan menonjolkan reka bentuk yang berani dan ceria, pilihan menjamu selera yang memenangi anugerah dan kemudahan mengejutkan bagi memastikan tetamu-tetamu mendapat pengalaman penginapan hotel butik yang unggul.

Menerusi keempat-empat jenama mewah utama IHG, tetamu-tetamu kini dapat menikmati hampir 300 hotel mewah di seluruh dunia dengan lebih 100 hotel bakal dibuka dalam beberapa tahun akan datang.

Sebagai sebahagian daripada keluarga IHG, Six Senses dijangka akan berkembang kepada 60 hartanah dalam tempoh 10 tahun akan datang. Ini termasuk hotel-hotel dan pusat-pusat peranginan Six Senses baharu yang luar biasa daripada kubu abad ke-14 yang dipulihkan di Rajasthan, kepada vila-vila di pulau persendirian di Kemboja dan hotel pertama jenama tersebut di Amerika Utara – gandingan kontemporari menara berpusing yang direka oleh Bjarke Ingles berhampiran High Line di West Chelsea Manhattan.

Ketua Pegawai Eksekutif IHG, Keith Barr, berkata: "Portfolio jenama-jenama mewah IHG yang semakin berkembang merupakan satu koleksi terbaik dalam industri pengembaraan. Setiap satunya menawarkan sesuatu yang unik kepada tetamu-tetamu kami, dan ia bersama-sama menawarkan pilihan lokasi dan pengalaman yang tiada tandingan. Kami amat berbangga untuk mengalu-alukan Six Senses ke dalam keluarga jenama kami dan berharap dapat membuka hotel, pusat peranginan dan spa yang lebih mengagumkan – setiap satunya kekal berpegang teguh kepada reputasi Six Senses yang terkenal di dunia terhadap kesejahteraan dan komitmen tidak berbelah bahagi kepada pengembaraan yang terancang."

Elemen utama kepada setiap hotel dan pusat peranginan Six Senses ialah Six Senses Spa, yang membolehkan para tetamu berehat, berhubung semula dengan diri mereka dan berasa segar sepenuhnya. Tetamu-tetamu dibimbing menyusuri laluan peribadi untuk mencari keharmonian dan keseimbangan, bagi memastikan faedah-faedah yang positif dan berkekalan. Unik kepada sektor hospitaliti, Six Senses turut mengambil aspek kesejahteraan daripada spa dan menyepadukannya ke dalam seluruh penginapan, membantu tetamu-tetamu mempelajari sesuatu yang baharu dan berhubung semula dengan diri mereka dan lain-lain serta dunia di sekeliling mereka.

"Ini merupakan era baharu yang menarik buat Six Senses," kata Ketua Pegawai Eksekutif Six Senses, Neil Jacobs. "IHG percaya dengan tujuan kami untuk menggabungkan kedua-dua platform kesejahteraan dan kemampanan untuk menggalakkan kesihatan peribadi dan kesejahteraan bumi. Berganding bahu dengan IHG bermakna kami dapat menggunakan pelbagai sistem dan kecemerlangan operasi untuk mengembangkan jenama kami dan menembusi pasaran baharu tanpa menghapuskan personaliti unik dan sentuhan ceria kami."

Dalam masa terdekat, tetamu-tetamu akan berpeluang untuk menempah penginapan Six Senses mereka melalui platform-platform tempahan IHG seperti laman sesawang ihg.com dan aplikasi mudah alih utama syarikat dan mendapat manfaat daripada kelebihan-kelebihan program kesetiaan IHG® Rewards Club.

Menerusi 15 daripada jenama hotel yang terkemuka di dunia dan lebih 5,500 hotel seluruh dunia, IHG menawarkan para pengembara dan ahli-ahli daripada program kesetiaan globalnya, IHG® Rewards Club dengan penginapan hotel untuk semua acara perjalanan.

Latar Belakang IHG® 
IHG ® (InterContinental Hotels Group) [LON:IHG, NYSE:IHG (ADRs)] ialah sebuah organisasi global dengan portfolio jenama hotel yang luas termasuk Regent Hotels & ResortsInterContinental® Hotels & ResortsKimpton® Hotels & RestaurantsHotel Indigo®EVEN® HotelsHUALUXE® Hotels and ResortsCrowne Plaza® Hotels & Resortsvoco™ HotelsHoliday Inn®Holiday Inn Express®Holiday Inn Club Vacations®Holiday Inn Resort®avid® hotelsStaybridge Suites® dan Candlewood Suites®.

IHG memfrancaiskan, menyewa, mengurus atau memiliki lebih 5,500 hotel dan kira-kira 826,000 bilik tamu hampir di 100 negara, dengan lebih 1,800 hotel yang sedang dirancang pembangunannya. IHG turut mengurus IHG® Rewards Club, program kesetiaan global kami yang mempunyai lebih 100 juta ahli berdaftar.

InterContinental Hotels Group PLC ialah sebuah syarikat induk Kumpulan dan diperbadankan di Great Britain dan didaftarkan di England dan Wales. Lebih 375,000 orang bertugas merentas hotel-hotel dan pejabat-pejabat korporat IHG di seluruh dunia.

Kunjungi www.ihg.com untuk maklumat dan tempahan hotel serta www.ihgrewardsclub.com untuk maklumat lanjut tentang IHG Rewards Club. Untuk berita terkini kami, kunjungi: www.ihgplc.com/media dan ikuti kami di media sosial melalui: Twitter.com/IHGCorporate dan www.facebook.com/IHGCorporate.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/480173/IHG_Logo.jpg

Source: IHG (InterContinental Hotels Group)
Related Stocks:
LSE:IHG NYSE:IHG
Keywords: Hotels and Resorts Travel Acquisitions, mergers, takeovers Corporate Expansion