omniture

Sojern Siar Dapatan daripadan Tinjauan Terbesar Pemasar Pengembaraan Global

Sojern
2019-02-22 15:48 1284

Lebih 600 pemasar pengembaraan disoal selidik di 46 negara 

SAN FRANCISCO, 22 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Sojern, penyedia utama penyelesaian pemasaran digital untuk industri pengembaraan, hari ini menerbitkan satu laporan baharu bertajuk "Keadaan Industri: Laporan tentang Pengiklanan Pengembaraan 2019." Menerusi lebih 600 responden dan 46 negara di seluruh dunia yang diwakilinya, ini merupakan tinjauan global yang terbesar seumpamanya yang menumpu secara eksklusif kepada pemasar pengembaraan. Dapatan ini meliputi keratan lintang luas topik-topik termasuk peruntukan belanjawan, pelaburan dalam media sosial dan pemperibadian, penerimaan teknologi, keberkesanan saluran media dan banyak lagi.

"Dengan lebih 8,500 pelanggan di seluruh dunia, kami taksub tentang perincian pemasaran pengembaraan setiap hari. Kami sedia maklum pemasar yang bekerja dalam setiap bidang industri pengembaraan berdepan dengan cabaran-cabaran unik—bermula dengan tekanan terhadap keputusan belanjawan, kepada penyediaan pengalaman pelanggan diperibadikan, selain untuk mengikuti perkembangan teknologi mudah alih dan betapa pantasnya industri pemasaran digital berubah. Kami bertanyakan diri kami, apa yang mungkin berlaku sekiranya kita semua boleh berkongsi perspektif dan mempelajari amalan terbaik daripada satu sama lain?" kata Jackie Lamping, naib presiden pemasaran, Sojern.

Responden tinjauan melibatkan pemasar pengembaraan yang berusaha memaksimumkan belanjawan tahunan kurang daripada $50,000 sehinggalah kepada mereka yang mengurus belanjawan bernilai berjuta-juta dolar, mewakili jenama-jenama merentas spektrum syarikat penerbangan, hotel, organisasi pemasaran destinasi (DMO), syarikat pelayaran, agensi pelancongan dalam talian (OTA), carian meta, tempat tarikan, perkongsian rumah dan banyak lagi. Laporan ini merupakan bahan bacaan wajib untuk pemasar pengembaraan yang ingin memahami amalan terbaik industri dengan lebih baik dan mewujudkan penanda aras untuk pendekatan mereka terhadap pihak-pihak lain dalam industri.

Untuk meninjau dapatan secara lebih terperinci, muat turun laporan penuh Keadaan Industri: Laporan tentang Pengiklanan Pengembaraan 2019.

Latar Belakang Sojern
Sojern dibangunkan menerusi lebih sedekad kepakaran dalam menganalisis laluan pengembara yang lengkap untuk membeli. Syarikat tersebut membawa pengembara daripada impian kepada destinasi dengan mengaktifkan penjenamaan berbilang saluran dan penyelesaian prestasi pada Sojern Traveler Platform untuk lebih 8,500 pelanggan di seluruh dunia. Diiktiraf sebagai syarikat Deloitte Technology Fast 500 selama enam tahun berturut-turut, ibu pejabat Sojern terletak di San Francisco dengan pasukan-pasukannya ditempatkan di Berlin, Dubai, Dublin, Hong Kong, Istanbul, London, Bandar Raya Mexico, New York, Omaha, Paris, Singapura dan Sydney.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/249299/sojern_logo.jpg

 

Source: Sojern
Related Links:
Keywords: Advertising Travel Survey, Polls & Research