omniture

Quectel Jalin Kerjasama dengan Deutsche Telekom Bangunkan Penyelesaian nuSIM Bersepadu

Quectel Wireless Solutions Co., Ltd.
2019-02-22 20:38 1442

-- Quectel bekerjasama dengan Deutsche Telekom untuk bawakan penyelesaian nuSIM bagi menampung pasaran IoT yang sensitif kos, dengan modul-modul nuSIM pertama daripada Quectel disediakan secara komersial pada separuh kedua tahun 2019 --

SHANGHAI, 22, Februari 2019 /PRNewswire/ -- Quectel Wireless Solutions, vendor selular dan modul GNSS yang terkemuka di dunia, mengumumkan bahawa ia bekerjasama dengan Deutsche Telekom untuk melancarkan penyelesaian nuSIM bersepadu, satu penyelesaian SIM bersepadu yang inovatif, direka khas untuk peranti berkos rendah yang digunakan dalam aplikasi IoT mudah alih. Modul-modul nuSIM pertama daripada Quectel akan tersedia secara komersial pada separuh kedua tahun 2019.

nuSIM bersepadu ialah penyelesaian dioptimumkan yang mana fungsi SIM beralih terus kepada cip modul tanpa kehadiran fizikal kad SIM. Memadankan dengan sempurna rangkaian LPWA dan SIM, nuSIM membantu merealisasikan penjimatan kos, masa dan ruang yang signifikan untuk pengusaha-pengusaha sepanjang rantaian nilai IoT, sesuai khususnya untuk senario aplikasi IoT seperti pemeteran pintar, produk boleh pakai pintar dan vertikal IoT lain yang memerlukan penggunaan kuasa yang rendah dan saiz yang kecil.

Penyelesaian nuSIM dapat memudahkan faktor bentuk peranti IoT dengan ketara dan memberikan pengurangan besar kos logistik yang berkaitan dengan SIM. Ia menyediakan jejak perkakasan dan perisian minimum dan berupaya dibekalkan menggunakan fail disulitkan bersaiz kecil sebagai sebahagian daripada proses penghasilan model. Selain itu, reka bentuk minimalis menawarkan fungsi-fungsi dalaman yang optimum dan antara muka dengan kecekapan kuasa yang hebat, yang semestinya akan dapat berfungsi menurut keperluan pasaran vertikal sensitif-kos baru muncul dan membantu OEM mempercepatkan masa untuk dipasarkan pada kos lebih rendah.

Pembentangan atas pentas tentang penyelesaian nuSIM akan diadakan pada MWC Barcelona 2019 akan datang di reruai 3M31 Deutsche Telekom pada 13:00-13:45 27 Februari. Anda juga boleh mengunjungi reruai 5C11 Quectel untuk mengetahui lebih lanjut.

Siaran penuh disediakan di laman sesawang Quectel: https://www.quectel.com/infocenter/news/458.htm

Latar Belakang Quectel Wireless Solutions 

Quectel Wireless Solutions ialah pembekal global yang utama bagi modul-modul 5G, LTE, LTE-A, LPWA, GSM/GPRS, UMTS/HSPA(+) dan GNSS. Sebagai pembangun teknologi IoT dan pembekal modul selular profesional, Quectel berupaya menyediakan perkhidmatan sehenti untuk modul-modul selular IoT. Produk-produk Quectel telahpun diaplikasikan secara meluas dalam bidang-bidang IoT/M2M termasuk pembayaran pintar, telematik dan pengangkutan, tenaga pintar, bandar pintar, keselamatan, get laluan tanpa wayar, industri, penjagaan kesihatan, pertanian dan pemantauan persekitaran. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Quectel, halaman LinkedInFacebook dan Twitter.

Untuk maklumat lanjut hubungi:
Ashley Liu
media@quectel.com

Source: Quectel Wireless Solutions Co., Ltd.
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news